Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 17, 2010

Bunga Stokin: 1st Trial

Hohoho. aku pown tak tau macam mana aku buleh terjebak dalam alam pembuatan bunga. tak pernah aku yakin pown aku buleh buat sebab memang tak pernah buat langsung. diulangi TAK PERNAH BUAT LANGSUNG. ok2 tipu sikit sebab dulu2 masa kecik mak aku suka buat bunga straw. aku ada jugak tolong buat siket2. hehe. tapi tu dah 10 tahun lepas (oh aku dah tua). mana la nak ingat lagi. otak dah berkarat.

Nak dijadikan cerita malam tadi aku ajak Mr Busy teman aku pergi ke Klang. member2 dia cakap situ banyak kedai yang macam dekat Nilai tapi harga lagi murah. aku pown teringin la nak survey n compare harga or item2 yang ada. dekat sebelah City Point jer. banyak kedai bunga n barang2 kawen. oleh kerana datang lambat, 2 kedai jer sempat kami masuk. 1st kedai banyak barang untuk buat hantaran n deco2 yang berkaitan macam tray, bakul, kotak..

Harga pown lebih kurang jer dengan kat Nilai tu. english tray yang warna putih tu RM30. dekat Nilai pown lebih kurang macam tu jugak. so aku rasa ok la jugak. tak payah kot nak pergi jauh2 kalau setakat nak beli dalam kuantiti yang sikit. kalau nak beli banyak2 memang berbaloi coz harga still boleh nego. sambil aku bertanya sambil aku tengok dorang punya gubahan yang dah siap n tengah buat. kuntum2 bunga dip pown banyak yang dia baru buat. memang cantik la bunga dip yang dah siap tapi mata aku lagi berkenan dekat bunga stokin. aku rasa lagi sweet coz kaler dia kebanyakannya soft2 belaka.

So aku tanya la ada tak bahan nak buat bunga stokin, dia kata ada dekat kedai sebelah (same owner). masa tu aku tak niat pown nak beli sebenarnya. just tanya n nak tengok2.

Masuk jer kedai tu, aku didatangi oleh seorang wanita Indon merangkap salesgirl. alang2 dia dah duk ikut aku kat dalam tu, aku pown tanya la macam2. macam mana nak buat, susah ke tak.. dia duk yakinkan aku senang jer nak buat kak. senang jer. akak beli la kain ni, cuba buat sendiri. sambil duk borak2 tanya itu ini, aku tak perasan pown bakul dah ada kat tangan aku. maknanya aku tengah buat pemilihan barang untuk buat bunga stokin tu. haha. hebat betul minah tu sebab boleh yakinkan aku sampai akhirnya aku terbeli.

Pilih punya pilih, total dalam RM30. tapi bila aku tilik2 balik barang yang aku beli tu, rupanya tak balance kuantiti dia. barang2 lain aku beli banyak sebab dah siap packing tapi kain bunga stokin aku beli 2 paket jer. giler sikit. yer lah bajet nak cuba jer dulu kan. jadinya buleh buat berapa kuntum la sangat kan. takpelah katanya nak cuba :D

So ni la hasilnya...


Sempat la siap 2 kuntum bunga takde nama. haha. tak tau lah bunga apa yang aku buat malam tadi. takpelah janji ada rupa macam bunga. memang teruja gila lah bila dah siap tu. tapi banyak lagi kena study n asah skill yang ada ni. kena banyak tengok yang orang dah buat. kena improve dari segi kekemasan, bentuk bunga, cara ikatan yang tak menyakitkan tangan n macam2 lah. malam ni sambung lagi. kena sungguh2. insyaAllah kalo sabar sure berhasil.

So Tata.

6 comments:

Aty Fared said...

boLeh tak saye tau kedai yang kat klang tu kat maner.. exactly ara...i familiar gak are klang nie.. besh kalo tau kedai2 yang murah..!!~ngeee..share taw ngan i...plz... :)

gincuitumerah said...

sarah..tunjukkn kedai tu..wow..very nice...congrates...nk cr dawai tu da abes..hehehee

Mysarah Rahman said...

aty_fared: kedai tu betul2 belakang citypoint. ada banyak kedai kan dalam 5 or 6 macam tu. i dah masuk almost sume kedai but the cheapest one is kedai Cintaku. salesgirls dorang pown sume sangat friendly. selamat menerjah! =)

Unknown said...

Erm bleh xtau bpe die jual semeter kain stokin 2??sbb hr tu beli dkt Nilai semeter die jual RM2.50..then dawai tu sebatang 15sen..ni mak suh beli lg sbb stok hr 2 dh abis ktenye..semeter kain stokin tu die dpt 4tangkai bunga telur..2le, nk ke Nilai lagi mcm jauh je rsenye..hihi

Thanks..

Mysarah Rahman said...

i beli yg dh siap packing. tapi tak sure la bape panjang dia tu. satu paket RM1.50 jer. dawai tu plak paling murah boleh dpt 8sen (kedai Chenta). cuba tgk dulu k ;)

Unknown said...

wahhh murah2..ni dh blh save bdget i cket ni..hehe.
anyway thanks sarah:D
ingt ptg ni nk terbang p sne jp..ekeke..

aha, i dah link blog u..kte change link ye..bleh wt rujukan sbb u dh xlme dh..i lmbt lg..hihi