Sunday, June 13, 2010

Nilai 3

Semalam pergi ke Nilai 3 with Umi. nasib baik la Umi (yang senasib dengan aku) ada. kalo tak entah bila aku akan jejak kaki kat situ before my wedding. "Mr Busy, awak busy bukan salah awak. untuk kita jugak (ayat pujuk diri sendiri uhuk uhuk)".

Alkisahnya gerak dari rumah dalam pukul 930. pukul 430 baru la gerak balik. 7 hours berjalan, men'survey', membeli n segala benda yang berkaitan. penat toksah nak cakap la kan. sampai rumah sambung lagi pergi meronda ke Seksyen 9 n ke Mydin with kakak Mr Busy. sudahnya hari ni aku jalan terhenjut-henjut. lutut sakit, betis sakit. ambik kau penyudahnya.

Ok lah bukan nak story pasal tu tapi pasal kesah survey kami di Nilai. ni aku nak bagi nasihat kat korang. sana kedai tersangatlah banyak, tersangatlah rambang mata nak memilih. so if pergi, dah jumpa apa2, jangan la terus beli. make a survey dekat kedai lain dulu. bukan apa, karang korang masuk kedai2 lain, tetiba jumpa barang yang exactly the same, tapi harga beza dalam 30-40%. rasa rugi tak? jangan gigit jari sudah lah.. penat sket takpe, yang penting, poket tak penat nak kuar duit. haha.

Kitorang masuk almost semua kedai yang besar2 n macam menarik. kadang2 bukan menarik sangat pown kat dalam dia. kat luar je nampak macam menarik. ada satu kedai ni dia tulis, "Promosi pembukaan, Semua barang Beli 1 percuma 1". ha menarik bukan? tapi bila masuk, sebenarnya ekau tertipu. harga semua dah di'double'kan. maknanya kita bayar untuk 2 barang la. sebab tu aku cakap survey harga dulu. jangan gelojoh :P. aku dah agak dah sebenarnya. mana ada orang baik hati sangat nak bagi barang percuma. kan? kan?

So apa hasil yang aku dapat sepanjang 7 jam kat sana? apa aku beli? ohhhhh aku tak beli apa pown melainkan air dan sedikit makanan untuk alas perut. uhuk uhuk. i didn't bring enough money lorrr. lagipown aku memang dah niat nak survey jer dulu. curik2 idea apa yang patut :D. hasilnya aku dah dapat sedikit idea untuk gubah hantaran aku nanti. boleh la aku gubah sendiri dengan semangat yang waja. berbaloi-baloi.. muahahaha.

Umi plak dah beli bekas untuk gubah hantaran dia nanti. dia cepat buat pilihan tapi aku ni memang la cerewet!! muahaha. takpe aku dah aim. second time pergi nanti tinggal nak keluar duit bagi kat cashier jer. tak sabar plak rasanya ;)

Paper bag yang aku suka tu sangat banyak kat sana. harga murah n berbaloi. insyaAllah aku beli terus jer kat sana untuk majlis dekat Ganu. yes i'll be using paper bag. senang aku nak bubuh apa2 yang patut nanti. paper bag memudahkan urusan :D

Nilai 3 memang best kalau nak borong barang. harga still boleh bargain. tapi tu lah.. bukan suma barang best. majoriti barang dia memang tak berapa nak up to date. majoriti gubahan hantaran yang dorang buat aku tak berkenan langsung. mungkin mereka masih belum terdedah dengan dunia luar :P. tapi ada yang sampai RM1k++ untuk 1 set 7 dulang hantaran. gila apa. kalau buat sendiri dalam separuh jer kos dia. aku pown pelik macam mana ada orang yang boleh beli gubahan yang dah siap tu. bukannya lawa pown. beli 2 set lelaki n perempuan pulak tu. tak lawa langsung.. dah la mahal. ok2 aku dah mula mengutuk. bajet terer. haha. abaikan saja.

Semalam call ayah suruh carikan tempat nak sewa kanopi, kerusi meja, tray makanan n segala benda yang berkaitan. tapi ayah kata..

A: Alah awal lagi. nanti lagi sebulan nak majlis ayah booking la.
T: Tapi T kawen time cuti sekolah ayah.
A: Takpe senang jer nak cari. ramai orang boleh buat.
T: Hmm suka hati ayah la. kalau semua penuh siap lah ayah.
A: Kalau takdok ayah buat sendiri la meja2 tu sume.
T: ???

Buleh camtu? hmm.. parah.. parah..... sabar jer la..

So Tata.

No comments: