Sunday, June 6, 2010

Lain Yang Target, Lain Yang Dapat

Weekend yang agak sibuk. hari Sabtu aku dah booking Mr Busy siap2. "Tolong tolak if ada sesiapa suruh masuk keja ok. please lah we need to move on. preparation kena buat sikit2. jangan nanti bila tarikh dah dekat baru lah duk kalut nak settle sume benda". so last Saturday, he's mine. haha.

Tengah bersiap untuk keluar n i got a message from this one vendor to give me the sample. dia buat coklat ;). jumpa dekat Carrefour USJ 19. makan2 coklat yang dia bagi tapi share2 jer dengan Mr Busy sebab konon malu. pastu mintak tapau. tak tau malu. haha. the chocolate was nice. sepanjang aku buat survey kat tenet ni, dia antara vendor termurah yang aku jumpa. to visit her blog, click HERE. kalau betul korang have idea to gift chocolate as a door gift, cuba la runding betul2. she's nice ;).

Some photos from her blog

Aku? maybe dah tak masuk list kot sebab mom Mr Busy dah ada idea lain for their door gifts. aku ikutkan saje ;). sekarang duk tengah pening nak pikir door gifts untuk majlis aku plak. "Mak, tolong......"

Ok 2nd destination, Mydin USJ. oh kami bukan makhluk yang suka pergi tempat gempak2. kalau apa yang kami cari ada berdekatan, situ lah tempat yang kami tuju. no need lah bazir minyak bazir masa semata-mata nak pergi tempat best2. itu kami, anda mestilah tak sama. kan? kan? :P. kami pergi Mydin mencari Habib. kan ada promotion katanya. harga emas makin hari makin naik. so kalau kamu kamu n kamu yang berbajet ciput macam aku ni, better la beli awal2. takde la nanti terbeliak bijik mata nak kena keluar duit banyak berkepuk-kepuk dalam satu masa.

1st thing yang aku nampak masa sampai kat situ, 70% sales. mulanya malas nak tengok pown tapi tertengok jugak. haha. nak tau offer dia tu untuk cincin harga berapa? RM8K++ kauuuu. cuba tolak 70%? meriahhh!!! dalam hati, "Awak, nak yang ni......" Tapi bila dilihatnya white gold jer yang ada offer tu terus aku blah (walaupown itu lah cincin idaman hati sejak dulu lagi. uhuk uhuk). so usha lah cincin2 lain. harga affordable n dalam lingkungan bajet. boring tengok cincin, aku tengok rantai tangan plak. pown boring. entah apa penyakit aku entah masa tu. akhirnya keluar tanpa pembelian. haha. Mr Busy ada berkenan satu rantai tangan ni, aku pown suka jugak. tapi entah kenapa tak rasa nak beli pulak. bongok jugak aku ni. haha.

Keluar dari Mydin dengan perasaan yang macam2. duk pikir patut ke aku beli yang tadi tu? Mr Busy duk kata ok dah. tinggal aku kata Yes or No jer. so tak nak buang masa, pergi tempat seterusnya, wedding card. dah lama dah aku duk usha pamphlet yang aku dapat dari member aku. design dia sumpah comel2 belaka. n harga pown sume comel2 belaka. yes affordable. jangan risau yer kawan2. aku takkan recommend kalau harganya buleh memengsankan aku. but aku belum tahu lagi lah service dorang macam mana. so far aku rasa aku akan tempah dekat dorang jer kot. tapi belum lagi. owner dia cakap nanti ada lagi wedding exhibition dekat Mid Valley early of July (2hb-4hb). dia kata masa tu memang dorang buat promotion lagi murah. lepas say terima kasih kami pown terus blah tanpa buat apa2 perjanjian jual beli :P

Next, Butik Pengantin. yang ni aku paling duk risau sekali. memandangkan majlis kami nanti masa cuti sekolah, memang aku risau. butik memang la banyak tapi nak jumpa yang boleh buat pelamin macam yang aku nak (with affordable price of course), baju ikut theme colour aku, ingat senang ker? memandangkan aku ni bersaiz L to XL, lagi la susah. takpe jangan risau, aku tengah gigih berdiet. insyaAllah akan berjaya =))

Aku dah jumpa sorang jurumekap yang sangat marbeles hasil mekap dia. Awyn ;)

Photos taken from her blog

Cuba la tengok blog dia kat SINI. aku dah duk usha sejak tahun lepas lagi weh. haha gila semangat nak kawen tau. belum lagi personally meet her. tapi naluri aku dah kuat meronta-ronta suruh dia yang tempek bedak kat muka aku masa majlis bertandang nanti. ha camne tu? kira confirm jer lah yer. haha. so aku decide tak nak ambik pakej. agak mahal la jadinya kalau nak sewa baju lain, pelamin lain, mekap lain. tapi takpe aku akan usaha dapatkan the best price. yang penting, semuanya haruslah di bawah bajet. itu mesti!!

Aku pergi satu butik ni. baju dia semua cantik2!!!! tak tipu punya. kalau ambik pakej memang murah tapi kalau separately harga biasa la mesti mencekik darah. nak sewa baju jer dah RM850. "Takpelah abang, kami datang lain kali jer. tapi kedai abang memang best, memang very up to date lah orang cakap. kalau saya boleh dapat pelamin murah, saya datang sewa baju dekat kedai abang yer :P". ni alamat kalau korang nak pergi. agak susah nak cari tapi berbaloi ;)

Sri Andaman Alfinaz
No 1-3, Jalan PJS 6/5F,
Desa Mentari, PJ

Just 2 butik yang aku singgah. tak tahu hala tuju mana nak pergi. jumpa kat tenet butik yang best tapi bila cari tak jumpa. buleh? tanya orang2 dekat situ, katanya alamat ni takde. ha camne tu? aku kata butik hantu. haha. berani betul mulut ni. dah2 tak nak cite dah :P

Ok berbalik pada tajuk entry, Lain Yang Target Lain Yang Dapat. sebenarnya tu cerita pasal Habib. pergi ke Plaza Shah Alam nak usha Habib dekat situ pulak. kot la choice lebih banyak kan. n guess what ada cincin emas kuning diskaun sehingga 70%!!! wahh aku dah teruja dah ni. harga asal sama RM8K++ jugak macam white gold yang aku tengok before that. design dia aku suka tapi malangnya just ada 2 saiz. 12 n 19. aku pakai 13. sedih!!!! kalau la aku buleh dapat yang tu, alangkah indahnya donia... diamond besar macam yang aku nak. takpe la dah memang bukan rezeki aku. uhuk uhuk... rantai tangan pown tak banyak choice kat situ...

Akhirnya patah balik ke Mydin. dah buat keputusan, beli jer rantai tangan yang mula2 tadi. tapi sampai situ tak terus terjah Habib pon. naik tingkat atas, gi cari Wah Chan pulak. saje la nak tengok2 kan ;). akhirnya aku kalah dengan godaan sales assistant Wah Chan tu. tersangatlah friendly (normal la nak tarik customer kan). akhirnya aku "terbeli" seketul bangle. diulangi, BANGLE. bukan rantai tangan seperti yang dirancang. bangle tu sangat lah menggoda. aku yang tak pernah terlintas langsung nak beli bangle, terus tersasar dari perancangan.

Oh tapi bukan senang nak decide. almost one hour jugak la kat situ kot. haha. siap mintak tempoh nak discuss lagi. nasib baik ada tiang besar boleh menyorok sambil gaduh bincang. haha comel. akhirnya kami capai kata sepakat. dah penat satu hari berjalan tak kan tak nampak hasil langsung kan? yes memang aku suka giler lah bangle tu. it just that, aku tak nak bebankan Mr Busy jer. banyak lagi nak guna duit ni. tapi dia sungguh2 nak beli jugak. "Terima kasih awak ♥♥. Saya tak paksa kan??" :P. itu la, lain yang target, lain yang dapat. apa pown settle lagi satu hal ;)

So Tata.

No comments: