Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, October 11, 2014

Persembahan Tattoo Kebangsaan 2014

Dalam tv ni tengah ada persembahan khas sempena Kuala Lumpur International Tattoo 2014.
Apekejadahnya tattoo-tattoo ni segala???

Tengah masak mee goreng kat dapur, hubby menjerit.


Lawanya bunga api. Cantik giler! Ayang meh tengok ni.
Orang tengah masak niiiiiiiii.
Dorang buat persembahan tattoo ni.
Tattoo?? (Menjerit dari dapo)


Apekejadahnya tattoo pun sampai nak buat persembahan??
International bona tattoo tu?
Orang yang ada tattoo seluruh negara turun malaysia nak tunjuk tattoo kat badan dorang ke??

Dah kenapa la pulak malaysia yang nak kena anjurkan?
Kan negara Islam?

Tu diaaaa persoalan yang timbul di hati saat menggoreng mee goreng :D

Macam tu lah selalu.
Dia tak kira aku tengah buat apa pun, janji tercapai hajat dia nak bagitau.
Takpelah, dia nak share.
Karang kalau dia tak bagitau aku pulak bising apesal tak bagitau ada benda best dalam tv.
Komplikated betul perempuan ni hahaha..

Ok2 sambung balik cerita pasal tattoo tu.

Selesai menggoreng, letak dalam mangkuk, hidang dekat sang suami.

Apa tattoo2 tadi tu? Tattoo apa? Tattoo kat badan tu?
Bukanlah.. tattoo ni persembahan dari angkatan tentera. Memang tiap2 tahun atau beberapa tahun sekali akan ada buat benda ni. Dulu abang kecik2 mak pernah bawak tengok.
Oooooo...

Ok baru paham.
Dulu, ayah mertua bekas angkatan tentera udara.
So bab2 ni mereka tau lah.
Aku? Hampeh :D


Tengok dari rumah jer sudah.
Nak ke Stadium Merdeka nun?
Oh tidak ler..
Bukan suami I la tu.

Tapi kan, dari dulu aku memang minat pasukan beruniform ni.
Kemas, smart, bersih, disiplin, beretika.
Gitteww puji.

Suka weh tengok.
Bila dorang jalan tu kan, penuh gaya, penuh konfiden.
Badan tegap, smart jer tengok.
Eh suami I tegap jugak, tegap tang perut :D

**************************************


PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perarakan tentera bersempena dengan Kuala Lumpur Tattoo Antarabangsa 2014 secara langsung bermula 10 hingga 12 Oktober ini menerusi saluran TV2.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam.

"Kuala Lumpur Tattoo Antarabangsa 2014 merupakan salah satu acara utama dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 yang membolehkan pelancong tempatan dan luar negara melihat pertunjukan khas yang semangat patriotik negara.

"Persembahan perarakan terbesar ini melibatkan penyertaan dari 12 buah negara dengan melibatkan angkatan tentera terlatih dari negara Brunei Darussalam, India, Indonesia, Myanmar, New Zealand dan Singapura.

"Negara Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom turut terlibat dalam perarakan tersebut," kata pegawai perhubungan awam RTM menerusi kenyataan media yang di-e-melkan kepada mStar Online.

Paparan menakjubkan gabungan disiplin dan koreografi kreatif perarakan, tarian persembahan dan orkestra muzik berkualiti juga bakal dipersembahkan oleh angkatan tentera terlatih dari Rejimen Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia termasuk Polis Diraja Malaysia.

Selain itu, tarian perang, paip beg dan band tembaga, akrobatik, demonstrasi tentera dan persembahan meriam, persembahan Artilary, pertunjukan bunga api, laser serta cahaya dan muzik turut dipersembahkan.

Sumber: Mstar Online





**************************************

Eh eh eh dah macam belog berita la puleerrrrrr :D

1 comment:

Fyda Noh said...

Samalah, saya pon tertipu dengan event ni. Maklumlah sekarang banyk event pelik-pelik di Malaysia