Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 30, 2010

Bilik Aku Dah Macam Gudang

Housemate aku kata, "Sarah bilik ko dah macam gudang aku tengok". haha. yes aku admit. bilik kecik tapi segala benda alah aku sumbat. gini la adat hidup membujang di rumah sewa. bilik ko tu la rumah ko. segala benda sila lah simpan di dalam bilik. kemas elok2. jangan jadi macam aku. sila tengok.

Ni kira ok dah ni sebab baru kemas. kalo tak nak langkah pown kena selak kain. haha. ok tipu. bilik aku jadi sendat cenggini sebab paper bag yang berlambak ni la. ops lupa nak gtau, last weekend aku pergi ke Nilai 3 lagi with Mr Busy n his sis. tak dirancang pown. gerak dari rumah pown dah pukul 330 petang. bakul untuk gubahan hantaran aku nanti jugak dah dibeli. nampak sipi² cukup la yer. tak grand pown. tapi sweet :P

I bought this kind of paper bag.

English style. i fall in love when the first time i saw this. so 2nd time pergi malas dah nak pikir banyak, terus jer angkut 1000pcs dengan harga 38sen/pcs (for small size. yang besar lain harga). masih lagi murah n tepat dengan bajet :). tak banyak kedai dekat Nilai tu yang jual design macam ni. ada jugak english style tapi corak lama sket. anda tengok, sure boleh beza which one is better. yang penting yang ni aku suka sebab sangat sweet. sangat kena dengan tema at Ganu nanti. aku heppy. sangat sangat sangat :)

N also bought some flowers untuk deco barang hantaran nanti. mulanya tak nak beli sebab tak yakin tapi Mr Busy cakap, "Beli la dulu sikit. cuba dulu. abg yakin ayg boleh buat. tengok macam bunga telur tu, cantik sangat dah abg tgk. ayg mesti boleh buat punya". wahh vangga! "Mekasih awak bagi kita semangat macam tu". terus berkobar-kobar nak teruskan misi seterusnya.

So Tata.

Pre-Wedding Photography: Is It Necessary?

Aku tengok sekarang dah jadi trend (mungkin dah lama tapi aku yang ketinggalan), ambik gambar untuk pre-wedding. is it necessary? penting ke ambik gambar secara official macam tu? sebenarnya apa tujuan pre-wedding photography (PWP) ni?

Aku pernah bercakap dengan one of my friend yang jugak a bride-to-be pasal isu ni. dia dapat pakej photography sekali dengan pre OR post-wedding photography. dia lebih berminat untuk ambik post-wedding punya coz dia cakap kalo pre-wedding selalu pown dah buat. ala gambar yang konon comel muka kamu berdua dengan boipren tu (takpe aku pown selalu buat. dulu la. zaman muda2 :D).

Kalo ambik gambar before wedding, mana boleh nak mesra2 sangat (except kamu memang tak kisah). kalo dah sah nanti ko nak peluk ke, kepit2 ngan pasangan ko ke, takde sapa nak kesah dah. rasa janggal pown dah takde. yang penting halal sudah =)).

Sampai sekarang aku duk pikir lagi, apa tujuan PWP sebenarnya. sebenarnya sume tu terpulang pada kita sendiri. lain orang lain cara pemikirannya. jangan sentap, ini hanya pendapat peribadi :)

So Tata.

Thursday, June 24, 2010

Saya Sudah Lega :)

He text me early this morning (OP) sedang aku masih tido n baca mesej pown dengan bukak mata sebelah :DD
"Salam. morning Sarah. yup i dah baca msg u kt FB. masa baca tu tgh on9 kt airport. kelam kabut sket then terlupa nak reply. hehe.. sorry2. i dah dpt ur deposit. so ur date is officially block now :D"

Tu lah pikir bukan2 lagi. ngeeee. barulah rasa lega n boleh proceed dengan benda lain dengan hati yang tenang. lalalalala~

So Tata.

Wednesday, June 23, 2010

Tolong Jangan Buat Saya Risau

Ok tak sedap hati. semalam dah buat booking payment for OP. tapi sampai sekarang belum dapat apa2 reply from him. kami berhubung thru FB saja n biasanya each of my messages dia reply dengan cepat. kecuali masa aku mintak account number n semalam.

After transfer the payment of RM300, macam biasa aku message dia dekat FB.
"Ok i dah transfer RM300. copy of email has been sent to ur email k. so jgn missed pulak block the date for me k. once again ni nak bagi tarikh (punya la risau kot2 tersilap :D)

Majlis at Ganu: 3 December 2010
Majlis at Shah Alam: 11 December 2010"

Got no reply from him. aku cuba sms. just to inform him la kot2 dia takde masa nak bukak email or FB.
"Salam hai.. i ni Sarah. sory ganggu mlm2 mcm ni. i just nk bgtau booking money i dh trnsfer 2 izzati's account. i dh email 2 u d copy n got no reply from u. juz 2 inform. thanx"

But still takde apa balasan jugak dari dia. maybe dia dah tido (kot) coz dah hampir 12 malam.

Sedapkan hati, mungkin dia sibuk. mungkin aku yang terlebih pikir?

Please dont make me worry.

So Tata.

Semangat Pudar

Balik dari beli barang2 untuk bunga telur, terus tekun mengadap. nak cuba buat tapi otak masih lagi konpius design macam mana nak buat. dari awal lagi rasa tak sedap sebenarnya sebab tak yakin dengan diri sendiri boleh buat sebagus orang lain.

Buat punya buat sampai la hampir pukul 2 pagi. pasang bukak, pasang, bukak balik. whats wrong with me!! benci lah. cuba lagi sampai siap. tapi aku tak suka hasil dia. susahnya nak puaskan mata aku yang sangat cerewet ni.

Rasa nak nangis jer. rasa down giler. benci lah.

:'(

Monday, June 21, 2010

Bunga Stokin: Ros

Weekend yang penuh dengan aktiviti. sekarang tengah giler nak siapkan bunga. so sehingga malam tadi, i managed to finish up 20 kuntum bunga ros yang sangat cantik (bukan aku cakap, tapi orang yang tengok hasilnya cakap cenggitu :P). as a beginner dalam dunia pembuatan bunga ni, aku patut berbangga dengan diri sendiri. bangga dengan kesabaran, ketekunan, kesungguhan dan kekreatifan yang tak seberapa ni.

Inilah hasilnya..

20 kuntum bunga ros yang kembang mekar

and some petals yang belum dibentuk n dicantum

Lepas sume bunga ni dah siap nak kena sambung pulak. katanya nak buat bunga dulang kan. tapi ni yang aku duk risau ni. risau bila aku sambung nanti hasilnya tak se'marbeles' yang diharapkan. kena banyak buat research lagi.

Projek bunga dulang sudah hampir berjaya. nampak gayanya bunga pahar pown akan terhasil dari titik peluh sendiri. abes la tangan i calar balar kena besi u. muahahaha.

So Tata.

Friday, June 18, 2010

Bunga Stokin: In The Making

Malam tadi pergi lagi ke Klang, tempat semalam. nak beli lagi kain bunga stokin =). going there with Kak Zatul (kakak Mr Busy) n Umi. sangat teruja sebab dah tau basic on how to do that bunga. beli lagi 10 paket kain. 1 paket boleh dapat dalam 3 kuntum bunga (depends on saiz n berapa banyak kelopak yang digunakan untuk sekuntum bunga tu).

Petang semalam balik kerja terus gigih berusaha buat lagi another kuntum. practice makes perfect maa. sempat la siap 2 kuntum lagi. lain2 bentuk. n salah satunya aku buat bunga macam kat bawah ni.

Bunga ros. agak menjadi jugak la aku buat. bunga jer la. yang lain belum buat lagi. n niat memang nak buat exactly like this. cuma daun maybe akan ditukar. sebenarnya aku dah terbeli kain stokin yang kaler hijau tu. tapi bila pikir balik, mana kena dengan kaler tema hantaran aku nanti. so aku akan tukar warna coklat atau silver. manik2 yang berikat tu pown aku dah beli but warna pink gelap. tapi benang pulak lupa beli. hishh penat nak ikat every kelopak dengan pengikat dia tu. keras la. sakit tangan wehh. kalo setakat buat 2, 3 kuntum takpelah. tapi aku nak buat minimum 3 kuntum untuk 1 dulang. kalo 11?? ha kira lah sendiri. maunya tangan jadi rupa incredible hulk. haha.

Oh lupa nak bagitau. current project is bunga dulang. insyaAllah next project will be bunga pahar (tu pown kalo sanggup. haha)

So Tata.

Thursday, June 17, 2010

Bunga Stokin: 1st Trial

Hohoho. aku pown tak tau macam mana aku buleh terjebak dalam alam pembuatan bunga. tak pernah aku yakin pown aku buleh buat sebab memang tak pernah buat langsung. diulangi TAK PERNAH BUAT LANGSUNG. ok2 tipu sikit sebab dulu2 masa kecik mak aku suka buat bunga straw. aku ada jugak tolong buat siket2. hehe. tapi tu dah 10 tahun lepas (oh aku dah tua). mana la nak ingat lagi. otak dah berkarat.

Nak dijadikan cerita malam tadi aku ajak Mr Busy teman aku pergi ke Klang. member2 dia cakap situ banyak kedai yang macam dekat Nilai tapi harga lagi murah. aku pown teringin la nak survey n compare harga or item2 yang ada. dekat sebelah City Point jer. banyak kedai bunga n barang2 kawen. oleh kerana datang lambat, 2 kedai jer sempat kami masuk. 1st kedai banyak barang untuk buat hantaran n deco2 yang berkaitan macam tray, bakul, kotak..

Harga pown lebih kurang jer dengan kat Nilai tu. english tray yang warna putih tu RM30. dekat Nilai pown lebih kurang macam tu jugak. so aku rasa ok la jugak. tak payah kot nak pergi jauh2 kalau setakat nak beli dalam kuantiti yang sikit. kalau nak beli banyak2 memang berbaloi coz harga still boleh nego. sambil aku bertanya sambil aku tengok dorang punya gubahan yang dah siap n tengah buat. kuntum2 bunga dip pown banyak yang dia baru buat. memang cantik la bunga dip yang dah siap tapi mata aku lagi berkenan dekat bunga stokin. aku rasa lagi sweet coz kaler dia kebanyakannya soft2 belaka.

So aku tanya la ada tak bahan nak buat bunga stokin, dia kata ada dekat kedai sebelah (same owner). masa tu aku tak niat pown nak beli sebenarnya. just tanya n nak tengok2.

Masuk jer kedai tu, aku didatangi oleh seorang wanita Indon merangkap salesgirl. alang2 dia dah duk ikut aku kat dalam tu, aku pown tanya la macam2. macam mana nak buat, susah ke tak.. dia duk yakinkan aku senang jer nak buat kak. senang jer. akak beli la kain ni, cuba buat sendiri. sambil duk borak2 tanya itu ini, aku tak perasan pown bakul dah ada kat tangan aku. maknanya aku tengah buat pemilihan barang untuk buat bunga stokin tu. haha. hebat betul minah tu sebab boleh yakinkan aku sampai akhirnya aku terbeli.

Pilih punya pilih, total dalam RM30. tapi bila aku tilik2 balik barang yang aku beli tu, rupanya tak balance kuantiti dia. barang2 lain aku beli banyak sebab dah siap packing tapi kain bunga stokin aku beli 2 paket jer. giler sikit. yer lah bajet nak cuba jer dulu kan. jadinya buleh buat berapa kuntum la sangat kan. takpelah katanya nak cuba :D

So ni la hasilnya...


Sempat la siap 2 kuntum bunga takde nama. haha. tak tau lah bunga apa yang aku buat malam tadi. takpelah janji ada rupa macam bunga. memang teruja gila lah bila dah siap tu. tapi banyak lagi kena study n asah skill yang ada ni. kena banyak tengok yang orang dah buat. kena improve dari segi kekemasan, bentuk bunga, cara ikatan yang tak menyakitkan tangan n macam2 lah. malam ni sambung lagi. kena sungguh2. insyaAllah kalo sabar sure berhasil.

So Tata.

Wednesday, June 16, 2010

Official Photographer

Dilema... dilema... dilema.... makin banyak quotation yang aku dapat, makin susah pulak nak buat keputusan. nak pilih yang mana pown dah tak tau ni. pening sungguh pening. aku akan pilih berdasarkan 2 ciri jer:
  1. Gambar cantik n menarik - cara shot n teknik mengedit. sume kena ambik kira. if shot cantik tapi edit tak power takkan menyerlah lah gambar tu. so kena cari yang betul2 sedap mata aku tengok.
  2. Affordable - sangat penting. all have to be within budget.

Aku tak ingat dah berapa orang photographer aku mintak quotation. dorang sume cepat respond. gud. ni antara ciri yang penting ok. n dari yang banyak2 tu, ada sorang photographer ni bagi quotation yang agak menarik. dia pown sangat sabar melayan sume soalan aku yang kadang2 boleh buat darah mendidih :P

Majlis di Ganu: Nikah + Reception + Outdoor
Majlis di SA: Bertandang + Outdoor
1 Custom Storyboard Album (hardcover) 12"x8"
2 Custom Sticky Album (hardcover) 15"x15"
1 Goldplated Frame + Photo (11R)
1 Slide Presentation
Additional gift (to be discussed later)
DVD
Unlimited Shots
RM2,500

So how? berbaloi tak? bila tanya orang, ramai kata ok dan sangat murah. gambar dorang memang marbeles lah coz sume yang aku mintak quotation, aku akan tengok dulu hasil kerja dorang (in digital mode only).

So nak cari yang lagi murah ke? guna photographer berbeza untuk dua2 majlis ke?pening ni. hish..

So Tata.

My Theme Colour

Berceloteh bercerita pasal my wedding preparation, teringat plak pasal my theme colour nanti either at Ganu or Shah Alam.

Ok here aku nak announce secara officialnya (bajet glemer) my theme colour for majlis tunang + solemnisation + reception would be Soft Pink + White. tambah pulak dengan touch of english deco. wahhh sweeeeeetnya... hope everything berjalan macam yang diharapkan.

Actually tak pernah langsung terpikir nak buat tema pink. pink? oh so not me lorr. but aku betul2 fall in love terpegun terkenan terpesona terpaku dekat pelamin satu ni. so sweet la pelamin dia. just a simple pelamin tapi sweet giler. sangat sangatlah buat aku gila bayang. ramai support aku suh buat pelamin macam tu for my nikah’s ceremony. since dekat Ganu nanti aku takkan bersanding (abang aku tak bagi ok), so having a simple pelamin sudah memadai. cukup la sekadar tempat ambik gambar saja. aku nak jugak berangan glemer. haha. then bila browse dekat google, i found this one dress yang cukup sweet. sangat kena dengan that pelamin. for new dress, just add on RM50 (harga di Ganu). kalo kat sini majoriti RM300. so no more pening2, just stick with the idea. sukaaaa....

Lebih kurang macam ni

Or with a touch of brown. sweet ;)

For majlis bertandang plak, the theme colour would be Merah + Hitam (with a touch of white).

Macam pelik jer. haha

Gothic la pulak. macam nak berkabung aku tengok. haha

Aku memang duk berangan nak pakai kaler merah untuk wedding aku dari dulu lagi. aku suka merah. merah is the best, ever!! haha sengal. even ni majlis kat umah Mr Busy, tapi dia tak kesah coz dia tau aku suka n tersangatlah kepingin.

"Mekaseh awak ;)"

So tata.

Sunday, June 13, 2010

Nilai 3

Semalam pergi ke Nilai 3 with Umi. nasib baik la Umi (yang senasib dengan aku) ada. kalo tak entah bila aku akan jejak kaki kat situ before my wedding. "Mr Busy, awak busy bukan salah awak. untuk kita jugak (ayat pujuk diri sendiri uhuk uhuk)".

Alkisahnya gerak dari rumah dalam pukul 930. pukul 430 baru la gerak balik. 7 hours berjalan, men'survey', membeli n segala benda yang berkaitan. penat toksah nak cakap la kan. sampai rumah sambung lagi pergi meronda ke Seksyen 9 n ke Mydin with kakak Mr Busy. sudahnya hari ni aku jalan terhenjut-henjut. lutut sakit, betis sakit. ambik kau penyudahnya.

Ok lah bukan nak story pasal tu tapi pasal kesah survey kami di Nilai. ni aku nak bagi nasihat kat korang. sana kedai tersangatlah banyak, tersangatlah rambang mata nak memilih. so if pergi, dah jumpa apa2, jangan la terus beli. make a survey dekat kedai lain dulu. bukan apa, karang korang masuk kedai2 lain, tetiba jumpa barang yang exactly the same, tapi harga beza dalam 30-40%. rasa rugi tak? jangan gigit jari sudah lah.. penat sket takpe, yang penting, poket tak penat nak kuar duit. haha.

Kitorang masuk almost semua kedai yang besar2 n macam menarik. kadang2 bukan menarik sangat pown kat dalam dia. kat luar je nampak macam menarik. ada satu kedai ni dia tulis, "Promosi pembukaan, Semua barang Beli 1 percuma 1". ha menarik bukan? tapi bila masuk, sebenarnya ekau tertipu. harga semua dah di'double'kan. maknanya kita bayar untuk 2 barang la. sebab tu aku cakap survey harga dulu. jangan gelojoh :P. aku dah agak dah sebenarnya. mana ada orang baik hati sangat nak bagi barang percuma. kan? kan?

So apa hasil yang aku dapat sepanjang 7 jam kat sana? apa aku beli? ohhhhh aku tak beli apa pown melainkan air dan sedikit makanan untuk alas perut. uhuk uhuk. i didn't bring enough money lorrr. lagipown aku memang dah niat nak survey jer dulu. curik2 idea apa yang patut :D. hasilnya aku dah dapat sedikit idea untuk gubah hantaran aku nanti. boleh la aku gubah sendiri dengan semangat yang waja. berbaloi-baloi.. muahahaha.

Umi plak dah beli bekas untuk gubah hantaran dia nanti. dia cepat buat pilihan tapi aku ni memang la cerewet!! muahaha. takpe aku dah aim. second time pergi nanti tinggal nak keluar duit bagi kat cashier jer. tak sabar plak rasanya ;)

Paper bag yang aku suka tu sangat banyak kat sana. harga murah n berbaloi. insyaAllah aku beli terus jer kat sana untuk majlis dekat Ganu. yes i'll be using paper bag. senang aku nak bubuh apa2 yang patut nanti. paper bag memudahkan urusan :D

Nilai 3 memang best kalau nak borong barang. harga still boleh bargain. tapi tu lah.. bukan suma barang best. majoriti barang dia memang tak berapa nak up to date. majoriti gubahan hantaran yang dorang buat aku tak berkenan langsung. mungkin mereka masih belum terdedah dengan dunia luar :P. tapi ada yang sampai RM1k++ untuk 1 set 7 dulang hantaran. gila apa. kalau buat sendiri dalam separuh jer kos dia. aku pown pelik macam mana ada orang yang boleh beli gubahan yang dah siap tu. bukannya lawa pown. beli 2 set lelaki n perempuan pulak tu. tak lawa langsung.. dah la mahal. ok2 aku dah mula mengutuk. bajet terer. haha. abaikan saja.

Semalam call ayah suruh carikan tempat nak sewa kanopi, kerusi meja, tray makanan n segala benda yang berkaitan. tapi ayah kata..

A: Alah awal lagi. nanti lagi sebulan nak majlis ayah booking la.
T: Tapi T kawen time cuti sekolah ayah.
A: Takpe senang jer nak cari. ramai orang boleh buat.
T: Hmm suka hati ayah la. kalau semua penuh siap lah ayah.
A: Kalau takdok ayah buat sendiri la meja2 tu sume.
T: ???

Buleh camtu? hmm.. parah.. parah..... sabar jer la..

So Tata.

Thursday, June 10, 2010

Tarikh-tarikh Penting


Tarikh2 penting kami

♥ Berkenalan ♥
November 2005

♥ 1st Meet up ♥
December 2005
Tarikh sebenar aku tak ingat :P

♥ In Serious Relationship ♥
14 February 2006
Saja jer aku tunggu tarikh ni. sebabnya nak bagi senang ingat (Mr Busy la. ingatan aku kuat. haha)

♥ Merisik Ceremony ♥
8 May 2010
On my birthday =)). after 4 years together, kami ambik keputusan nak kawen. aaawww. so dengan gatalnya aku suruh Mr Busy hantar rombongan merisik. budak2 zaman sekarang. haha. actually family dia dah lama nak hantar rombongan. cuma aku yang belum bersedia. sedia nak kawen tu dah lama (sebab tu kursus kawen dah lama settle. haha) tapi banyak benda lagi aku kena pikir. keadaan family n everything. n this year insyaAllah, i am ready. even pada mulanya masih jugak ragu2. tapi bila dah makin dekat aku makin yakin. aku yakin yang Allah dah bukakan pintu hati aku untuk menikah. sudah2 lah tu duk couple lama2. tambah dosa jer :P

♥ Engagement + Solemnisation + Reception Day ♥
3 December 2010
Ambik kau. sekali harung jer sume. senang keje aku. ekekeke. jimat masa, jimat tenaga. n yang penting jimat duit aku, jimat duit sume orang :P. majlis 3 December nanti pulak bukan majlis aku sorang jer. kami buat majlis untuk 2 pasangan. abang aku n aku ;). insyaAllah abang aku nikah on 27 November. seminggu lepas tu kenduri nikah aku n sambut menantu. all in one. hope everything akan jalan seperti yang dirancang. planning kena betul. banyak benda kena settle ni!

♥ Majlis Bertandang ♥
11 December 2010
Kami tetap pada pilihan tarikh yang pertama. no ubah2 anymore. so all together, 3 minggu berturut-turut la aku akan bersengkang mata untuk majlis besar. tak buleh nak bayangkan macam mana penatnya nanti ya? kena makan supplement kasi kuat ni. haha.

Summary:
Berkenalan: November 2005
1st Meet Up: December 2005
Serious Relationship: 14 February 2006
Merisik: 8 May 2010
Engagement+Solemnisation+Reception: 3 December 2010
Bertandang: 11 December 2010

Ya Allah Peliharakanlah Hubungan Kami..

So Tata.

Wednesday, June 9, 2010

Bantal Comel

Malam tadi pergi Plaza Alam Central. niat nak tengok contoh gubahan hantaran tapi buleh pulak tak jumpa. agak stress di situ. geram pown ada sebab aku tersangatlah teruja nak tengok contoh2 yang kawan aku duk cerita tu. habes satu kedai kami pusing. langsung tak jumpa. maybe dah takde or maybe dah tukar tempat? maybe. but i got this.

I love it, love it, love it!! oh yang ni adalah hiasan dekat pelamin aku nanti. aku dah tanya butik aku dekat Ganu n dorang boleh buat pelamin exactly macam yang aku mintak. tapi bantal comel ni dorang tak boleh sediakan. kebetulan malam tadi aku jumpa. apa lagi terus lah sambar tanpa pikir panjang. lepas ni boleh guna wat hiasan dekat tempat lain pulak. alalala comel =))

So Tata.

Sunday, June 6, 2010

Lain Yang Target, Lain Yang Dapat

Weekend yang agak sibuk. hari Sabtu aku dah booking Mr Busy siap2. "Tolong tolak if ada sesiapa suruh masuk keja ok. please lah we need to move on. preparation kena buat sikit2. jangan nanti bila tarikh dah dekat baru lah duk kalut nak settle sume benda". so last Saturday, he's mine. haha.

Tengah bersiap untuk keluar n i got a message from this one vendor to give me the sample. dia buat coklat ;). jumpa dekat Carrefour USJ 19. makan2 coklat yang dia bagi tapi share2 jer dengan Mr Busy sebab konon malu. pastu mintak tapau. tak tau malu. haha. the chocolate was nice. sepanjang aku buat survey kat tenet ni, dia antara vendor termurah yang aku jumpa. to visit her blog, click HERE. kalau betul korang have idea to gift chocolate as a door gift, cuba la runding betul2. she's nice ;).

Some photos from her blog

Aku? maybe dah tak masuk list kot sebab mom Mr Busy dah ada idea lain for their door gifts. aku ikutkan saje ;). sekarang duk tengah pening nak pikir door gifts untuk majlis aku plak. "Mak, tolong......"

Ok 2nd destination, Mydin USJ. oh kami bukan makhluk yang suka pergi tempat gempak2. kalau apa yang kami cari ada berdekatan, situ lah tempat yang kami tuju. no need lah bazir minyak bazir masa semata-mata nak pergi tempat best2. itu kami, anda mestilah tak sama. kan? kan? :P. kami pergi Mydin mencari Habib. kan ada promotion katanya. harga emas makin hari makin naik. so kalau kamu kamu n kamu yang berbajet ciput macam aku ni, better la beli awal2. takde la nanti terbeliak bijik mata nak kena keluar duit banyak berkepuk-kepuk dalam satu masa.

1st thing yang aku nampak masa sampai kat situ, 70% sales. mulanya malas nak tengok pown tapi tertengok jugak. haha. nak tau offer dia tu untuk cincin harga berapa? RM8K++ kauuuu. cuba tolak 70%? meriahhh!!! dalam hati, "Awak, nak yang ni......" Tapi bila dilihatnya white gold jer yang ada offer tu terus aku blah (walaupown itu lah cincin idaman hati sejak dulu lagi. uhuk uhuk). so usha lah cincin2 lain. harga affordable n dalam lingkungan bajet. boring tengok cincin, aku tengok rantai tangan plak. pown boring. entah apa penyakit aku entah masa tu. akhirnya keluar tanpa pembelian. haha. Mr Busy ada berkenan satu rantai tangan ni, aku pown suka jugak. tapi entah kenapa tak rasa nak beli pulak. bongok jugak aku ni. haha.

Keluar dari Mydin dengan perasaan yang macam2. duk pikir patut ke aku beli yang tadi tu? Mr Busy duk kata ok dah. tinggal aku kata Yes or No jer. so tak nak buang masa, pergi tempat seterusnya, wedding card. dah lama dah aku duk usha pamphlet yang aku dapat dari member aku. design dia sumpah comel2 belaka. n harga pown sume comel2 belaka. yes affordable. jangan risau yer kawan2. aku takkan recommend kalau harganya buleh memengsankan aku. but aku belum tahu lagi lah service dorang macam mana. so far aku rasa aku akan tempah dekat dorang jer kot. tapi belum lagi. owner dia cakap nanti ada lagi wedding exhibition dekat Mid Valley early of July (2hb-4hb). dia kata masa tu memang dorang buat promotion lagi murah. lepas say terima kasih kami pown terus blah tanpa buat apa2 perjanjian jual beli :P

Next, Butik Pengantin. yang ni aku paling duk risau sekali. memandangkan majlis kami nanti masa cuti sekolah, memang aku risau. butik memang la banyak tapi nak jumpa yang boleh buat pelamin macam yang aku nak (with affordable price of course), baju ikut theme colour aku, ingat senang ker? memandangkan aku ni bersaiz L to XL, lagi la susah. takpe jangan risau, aku tengah gigih berdiet. insyaAllah akan berjaya =))

Aku dah jumpa sorang jurumekap yang sangat marbeles hasil mekap dia. Awyn ;)

Photos taken from her blog

Cuba la tengok blog dia kat SINI. aku dah duk usha sejak tahun lepas lagi weh. haha gila semangat nak kawen tau. belum lagi personally meet her. tapi naluri aku dah kuat meronta-ronta suruh dia yang tempek bedak kat muka aku masa majlis bertandang nanti. ha camne tu? kira confirm jer lah yer. haha. so aku decide tak nak ambik pakej. agak mahal la jadinya kalau nak sewa baju lain, pelamin lain, mekap lain. tapi takpe aku akan usaha dapatkan the best price. yang penting, semuanya haruslah di bawah bajet. itu mesti!!

Aku pergi satu butik ni. baju dia semua cantik2!!!! tak tipu punya. kalau ambik pakej memang murah tapi kalau separately harga biasa la mesti mencekik darah. nak sewa baju jer dah RM850. "Takpelah abang, kami datang lain kali jer. tapi kedai abang memang best, memang very up to date lah orang cakap. kalau saya boleh dapat pelamin murah, saya datang sewa baju dekat kedai abang yer :P". ni alamat kalau korang nak pergi. agak susah nak cari tapi berbaloi ;)

Sri Andaman Alfinaz
No 1-3, Jalan PJS 6/5F,
Desa Mentari, PJ

Just 2 butik yang aku singgah. tak tahu hala tuju mana nak pergi. jumpa kat tenet butik yang best tapi bila cari tak jumpa. buleh? tanya orang2 dekat situ, katanya alamat ni takde. ha camne tu? aku kata butik hantu. haha. berani betul mulut ni. dah2 tak nak cite dah :P

Ok berbalik pada tajuk entry, Lain Yang Target Lain Yang Dapat. sebenarnya tu cerita pasal Habib. pergi ke Plaza Shah Alam nak usha Habib dekat situ pulak. kot la choice lebih banyak kan. n guess what ada cincin emas kuning diskaun sehingga 70%!!! wahh aku dah teruja dah ni. harga asal sama RM8K++ jugak macam white gold yang aku tengok before that. design dia aku suka tapi malangnya just ada 2 saiz. 12 n 19. aku pakai 13. sedih!!!! kalau la aku buleh dapat yang tu, alangkah indahnya donia... diamond besar macam yang aku nak. takpe la dah memang bukan rezeki aku. uhuk uhuk... rantai tangan pown tak banyak choice kat situ...

Akhirnya patah balik ke Mydin. dah buat keputusan, beli jer rantai tangan yang mula2 tadi. tapi sampai situ tak terus terjah Habib pon. naik tingkat atas, gi cari Wah Chan pulak. saje la nak tengok2 kan ;). akhirnya aku kalah dengan godaan sales assistant Wah Chan tu. tersangatlah friendly (normal la nak tarik customer kan). akhirnya aku "terbeli" seketul bangle. diulangi, BANGLE. bukan rantai tangan seperti yang dirancang. bangle tu sangat lah menggoda. aku yang tak pernah terlintas langsung nak beli bangle, terus tersasar dari perancangan.

Oh tapi bukan senang nak decide. almost one hour jugak la kat situ kot. haha. siap mintak tempoh nak discuss lagi. nasib baik ada tiang besar boleh menyorok sambil gaduh bincang. haha comel. akhirnya kami capai kata sepakat. dah penat satu hari berjalan tak kan tak nampak hasil langsung kan? yes memang aku suka giler lah bangle tu. it just that, aku tak nak bebankan Mr Busy jer. banyak lagi nak guna duit ni. tapi dia sungguh2 nak beli jugak. "Terima kasih awak ♥♥. Saya tak paksa kan??" :P. itu la, lain yang target, lain yang dapat. apa pown settle lagi satu hal ;)

So Tata.

Thursday, June 3, 2010

Emas Putih vs Emas Kuning

I loved white gold!! dari dulu lagi memang aku suka giler. tapi ramai menentang bila masuk bab nak beli. emas putih lebih mahal if compare dengan emas kuning, tapi kalau nak jual, harga jatuh n boleh susut sehingga 80%. quite a waste there. tapi kalau kita fahami balik konsep cincin kahwin/tunang, it is a gift. a gift from the loved one. so takkan kita nak jual? beli untuk pakai, untuk simpan. cincin tanda ikatan kasih. patut ke pikir pasal jual or nak gadai?

Lain orang lain pendapat. ya mungkin betul bila terdesak, anything can happened. tapi bagi aku, gadai or jual cincin kawen would be the last choice. gila nak pikir pasal tu? nonsense.

One more thing, white gold and platinum = tidak sama.

Couple Ring. so sweeeeet ;)

Simple yet nice. i love it!

Hilang seketul diamond tu, menangis berlagu Badarsila la kau.

Tak suka sangat. batu2 tu sume macam berebut nak show off diri masing2. crowded.

A ring with a diamond. its more than perfect!

I really adore those designs. women and diamond. its a faith ♥

So Tata.

Gubah Hantaran: Upah or DIY?

Tolong la datang idea. camne aku nak gubah hantaran aku ni nanti? ok aku dah decide nak gubah sendiri (bajet hebat jer). masalahnya sekarang, aku takde pengalaman or pengetahuan langsung dalam bab nikah kawen nih!! langsung takde. zero. yes i mean ZERO ok! adik beradik aku mana ada yang dah kawen. latest pown sepupu sepapat aku, a few years ago. dah beranak pinak pown. cousin aku ada la yang baru kawen. tahun lepas kot. tu pown aku tak balik. kejamnya aku T___T

So thats why aku memang tak tau apa2 pasal hal2 wedding bagai nih. banyak dapat ilmu pown dari blog, secara online. blog memang banyak sangat berjasa dalam perkembangan ilmu pengetahuan aku yang sememangnya weng2.

So hantaran aku. nak gubah camne? aku search online but tak jumpa blog yang bagi tutorial untuk orang yang zero knowledge macam aku ni. help... help... aku tak nak orang yang buatkan. sebolehnya takmo takmo takmo. adik Mr Busy nak tolong buat tapi bila aku pikir balik, ala tak surprise la nanti. so kesimpulannya gubah sendiri la kau makcik.

But still i got 2nd choice. beli barang hantaran, hantar kedai, kedai bagi bil, aku bayar. haha. this is the last choice lorrr. kalo otak aku masih beku tahap eskrem dah expired, nasib la kan.

Memang orang cakap buat sendiri lebih jimat, boleh save banyak duit. tapi bagi aku yang memang tak tahu apa2 ni, entah lah. aku risau giler. risau kot2 kos yang aku kena tanggung nanti lebih tinggi dari kos untuk aku upah orang buat. haha. tu dah kes parah tu. aku cerewet lah!! that was the main problem. kalau orang buat takpe, aku redha jer. tapi kalau aku yang buat sendiri, kau tengok lah nanti macam mana..

Aku rasa cara yang paling selamat, masuk dalam kotak. but of course kena kretip la. tapi aku sebenarnya nak elak kotak. macam pemalas sangat la pulak. haha. demand macam2 tapi otak beku.

Tengok.. dia guna sangkar idaman hati aku T__T. ada tak sesape nak bagi aku pinjam free? uhuk uhuk. tapi satu jer perkara yang aku paling pasti. setiap dulang, setiap gubahan, mesti ada bunga ros pink/merah. itu pasti dan itu mesti ;)

So Tata.

Tuesday, June 1, 2010

Sales @ Habib Jewels

Found this promotion on Habib's web. if im not mistaken, offer ni valid at certain branch only. klik HERE if nak download full brochure. weekend ni boleh pergi usha2 apa yang patut. grab it while u can dear ;).

So Tata.

Dulang Hantaran

Lupa nak masukkan pasal dulang hantaran ni in previous entry. aku dah decide nak beli jer dulang hantaran. memang tak membazir lah! sebabnya aku ada lagi 5 orang adik-beradik yang belum menikah. tak payah dah nak sewa2. buleh guna sampai 7 keturunan pown. haha melampau.

Semestinya aku dah buat survey harga ;).
  • Pasar Payang = RM17.00 (belum tawar sebab pakcik tu macam kerek jer nak layan aku. haha)
  • Mydin = RM15.90
  • Nilai 3 = RM15.00 (lowest price yang kawan aku dapat)

So berapa harga yang aku dapat? it just RM12.90. ada sesiapa yang dapat lagi murah? tell me please. but then aku belum beli lagi. tak masuk dalam bajet gaji bulan May. haha. tapi kena beli cepat2 sebab takut harga naik. maklum la kedai ni baru bukak. dorang nak attract customer mesti kena letak harga kow2 punya murah kan! barang lain pown memang sangat murah. sempat jugak aku rembat 4 helai seluar pendek untuk askar2 kat umah aku tu n some other stuffs. murah memang murah. ok lari topik cerita pasal seluar pulak. haha.

Tikar ni kalo tak silap aku, RM35.90. boleh beli letak dekat ruang tamu rumah ;). tapi tak nak beli sekarang jugak. nanti hancur T___T

Ni kedainya. located at Padang Air, KT. orang Ganu sure tau punya. beli banyak2 boleh join cabutan bertuah. aku letak nama abg. dapat kereta pown jadi lah. haha. pray for him ;).

So Tata.