Pulau Tioman, Day 3, 25 August 2014
Sekejap jer rasa, dah hari ketiga pun. 3rd day ni agak kosong sikit dari pagi sampai la ke lunch time. Sebabnya tunggu turn nak snorkeling jauh sikit. Kena naik bot kali ni. Adik ipar kena turun laut yang paling dalam hari ni. Kira macam final test untuk praktikal kot. Entah tak berapa nak pasti pulak pasal ni hehe..
Mee goreng + kuey teow goreng + kopi O for breakfast |
Mulanya Helmi janji trip pagi, sekali postpone. Dari pukul 900 pagi postpone pukul 1200 tengahari. Dari 1200 tengahari postpone pulak ke lepas lunch. Huishhh bersabor jer la aku. Penat tau. Penat tunggu. Cukup tak suka sebab kita dah ready dari 900 pagi membawak ke tengahari, lama okeh. Mentang-mentang la tak bayar untuk ni, dibola-bolakannya kita tau. Hamboi marah nampak :D
Aku pun dah lupa dari pagi sampai tengahari tu apa kami buat. Melangut jer kot tunggu bot balik. Sebabnya bot memang dorang guna untuk pergi diving. So tunggu dan tunggu jer la.
Lunch. Nasi putih with ikan goreng, sambal telur mata, sup sayur n bebola, tembikai, air oren. Eh sambal belacan dia terbaik, wajib ada. |
Lepas lunch, siap-siap, ke bot la kita. Kecoh jer hubby tak bagi aku bawak kamera. Uishh mana boleh. Kamera tu ibarat nyawa tau dekat sini. Rugi la kan tak ada gambar kenangan. Lain ler kalau kami ni memang kaki bercuti. Setakat Pulau Tioman ni apa la sangat kan -____-
Adik ipar ready untuk dive sedalam 12 meter. Kedalaman yang paling dalam untuk sesiapa yang ada lesen Basic Divers (kalau tak silap la yer). Dorang tak boleh turun lebih dalam dari 12 meter. Kalau nak pergi dalam lagi, kena upgrade lesen ke Master, then Advanced (kalau tak silap lagi sekali). Ini pun aku dapat info berdasarkan apa yang aku dengar-dengar dorang bercerita la. Salah kalu, ampun :D
Lepas turunkan divers semua, yang nak snorkeling standby. Lupa nak bagitau, destinasinya ke Pulau Renggis. Memang ramai yang snorkel dekat sini. Dorang kata coral dekat sini sangat cantik. Aku dengar orang cakap jer la, sebab takde peluang nak turun pun. Sebenarnya memang penakut yang amat hahaha..
Seumur hidup baru sekali aku snorkeling. Itu pun masa trip ke Pulau Perhentian few years back dengan ex-company. Aku ni memang penakut air dalam, rasa tak selamat sebab kaki kita terapung-apung kan tak pijak apa-apa. Dah la tak tau berenang. Pakai life jacket pun tetap aku rasa tak selamat. Nasib baik ada life guard tak berbayar masa tu hahaha..
Dah tau nak datang tempat banyak ikan, tapi tak bawak roti. Serius rasa ralat giler. Nasib baik aku ada bawak kismis sekotak. Asalnya kismis ni bekal untuk Hafiy sebab takut dia lapar. End up, jadi rezeki ikan di Pulau Renggis rupanya. Brilliant la otak ikan-ikan tu nanti :D
Dalam sejam kot dekat sini. Lepas tu standby nak ambik para divers and balik ke chalet :)
Kali pertama aku mandi pantai selepas 3 hari kat sini. Boring kan aku ni? Hahaha.. Orang lain datang pulau, jumpa pantai, confirm berendam jer keje. Aku ni dah dekat nak balik baru reti nak bilas badan dengan air masin. Boringgggg :D
Anak teruna yang takut mandi laut dan geli pada pasir-pasiran di tepian pantai. Kau tak tau berapa lama masa aku ambik nak suruh dia pijak kaki atas pasir pantai ni. Kau tak tau berapa banyak ungkapan yang aku keluarkan untuk yakinkan beliau untuk sentuh pasir. Nak yakinkan pengundi untuk pangkah kita pun tak semencabar macam ni tahuuuu -____-
Ada la beberapa minit dekat atas pasir ni. Itu pun dah berapa kali dia panjat naik atas aku. Penggeli tersangatnya lahai budak niiii. Aku pun penggeli jugak tapi tak la sekritikal ni. Mintak-mintak jangan la sampai ke besar yer nak. Risau mak -_______-
Kami dah siap mandi, dah bersiap nak keluar jalan, dia baru naik ke darat. Nak lesen punya pasal, bertabahlah yer wahai adinda :D
Jom kita ke jeti. Perut lapar ni lepas berendam. Nak tunggu dinner macam lambat pulak. Try tengok makanan dekat gerai lain macam mana aroma dan rasanya.
Hubby's. Kuey teow goreng basah. |
Mine. Mee goreng basah + telur mata. |
Mak, ayah mertua tak makan pun. Kami jer yang kebulur sangat :D
Berdekatan dengan jeti tu ada beberapa kedai jual macam-macam. Kedai runcit semua tu. So tak susah la nak dapatkan apa-apa barang. Duty Free Shop pun ada. Jual coklat, barang-barang yang free duty. Kami masuk gak la beli t-shirt pulau. Barang-barang lain tak beli apa pun sebab agak mahal jugak barangnya.
Berdekatan dengan jeti tu ada beberapa kedai jual macam-macam. Kedai runcit semua tu. So tak susah la nak dapatkan apa-apa barang. Duty Free Shop pun ada. Jual coklat, barang-barang yang free duty. Kami masuk gak la beli t-shirt pulau. Barang-barang lain tak beli apa pun sebab agak mahal jugak barangnya.
Sebelum maghrib gerak balik ke chalet and standby for dinner. Makan lagi hahaha..
Nasik ayam for dinner |
Malam ni masa untuk adik ipar ambik test bertulis dia. Sempoi jer rupanya ambik test ni. Insructor dekat sebelah jer. Siap boleh explain kalau tak paham soalan. Eh kalau gini takde la risau sangat takut failed kan.
And tadaaaaa. She's now a licensed diver :). Segala penat lelah sepanjang 3 hari berbaloi. Rentung toksah cakap la kan hahaha.. Hubby dah cakap, tahun depan dia pulak nak ambik. Eh no hal, janji iolls boleh ikut ;)
Malam macam biasa tak ada aktiviti sangat. Depa pakat main gitar, menyanyi-nyanyi, layan shisha.
Ikut hati teringin nak cuba. Tapi tengok sorang minah ni asyik la duk terbahak-bahak sebab tak pernah hisap, tak apa lah lupakan saje. Eh minah tu pun satu, dah tak reti tak payah ler nak menyibuk. Konon sosial. Eh yang kau nak marah kenapa. Biarlah dia hehehe..
Bersambung ke hari keempat, masa untuk pulang :)
Quick Link:
Once Upon a Time in Pulau Tioman | Day 1
Once Upon a Time in Pulau Tioman | Day 2
1 comment:
Syiokk yer bercuti ke pulau tioman...julia lama dh ngidam nk pi pulau2 sekitar pantai timur ni...huh seronokk...pulau renggis mmg port divers rupanya wahhh noted
Post a Comment