Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 29, 2010

Resepi: Popia Ketam

Ok kali ni kita tukar topik sket k. asyik cite pasal kawen jer. apa kata kali ni aku bawak korang ke alam rumahtangga plak. ni ha aku nak bagi resepi yang best punya. gerenti sedap! aku ni bila tengah marah mesti rasa nak makan. tengah makan jer mesti nak marah. eh silap :D

Actually resepi ni aku pernah masukkan dalam blog aku yang lagi satu. maybe ada yang tau pasal blog aku tu. tapi majoriti mesti tak pernah masuk kan. so aku rasa menarik jugak untuk share ngan korang sume resepi popia ketam ni. eh memasak ni satu ilmu tau. ilmu untuk persediaan ke alam perkahwinan jugak :D. so layan jer la entry copy paste aku ni yer.

Resepi: Popia Ketam

Takde apa nak buat di hujung minggu?? asyik layan tenet jer? jom kita main masak². alaahhhh.. resepi simple jer la wei. sape² pown buleh buat. tapi dengan syarat kena ada dapur la kat umah. pakai microwave aku lom cuba lagi :D

Ok jom tengok resepi nak masak popia ketam. aku dapat dari orang jugak. tapi best. jom layan.

Bahan² yang diperlukan:
  1. Kulit popia (saiz kecik jer)
  2. Isi ketam (ready made)
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Cili (dikisar)
  6. Garam + Gula secukup rasa

Step 1

Sediakan isi ketam n gulung macam buat popia biasa.

Senang jer gulung dia. kalo wat popia biasa kan susah sket sebab lembik n isi dia tak penuh. so yang ni tak payah nak pening kepala.

Step 2

Goreng popia tadi. tips masa menggoreng ni, jangan bukak api besar k. bukak api kecik jer. so bendalah ni takkan meletup. masak sampai kekuningan n garing. tak garing tak sedap. tapi jangan sampai rentung :D

Step 3

Masa untuk menumis ;o).

Bawang putih n bawang merah yang ditumbuk or dikisar. kat umah aku takde blender, so guna lesung sudah :D. tumis sampai wangi ok.

Masukkan cili yang dikisar (aku guna cili boh cap Puteri jer) n tumis sampai masak. taruk la garam n gula. manis sket lagi sedap tau. jangan masin², tak best. agak² dah masak, masukkan popia yang dah digoreng tadi.

Tadaaa.. ni la hasil dia. sedap, betul!! aku pernah masak n bawak time g picnic ngan ofismate aku. siap ada yang tapau bawak balik lagi tau :D. popia tadi kalo nak makan tanpa sambal pown sedap jugak sebab isi ketam tu manis.

Selamat mencuba ;)

P/s: aku tak edit langsung. malas :D

So Tata.

Wednesday, July 28, 2010

Bengang Berganda

Dah lama dah aku tahan sabar ni tau. hari ni makin menyirap darah aku.

Ceritanya cenggini. hujung bulan ni i have to move out from my current house since the owner (our boss) dah jual this house and all 3 of us is getting married (sorang dah selamat pown). since kami nak move out on the end of July, aku tak apply la sticker baru for my car. note here, we have to pay RM300 for the 2nd car sticker for the period of 6 months. giler mahal kan? tapi aku sanggup jugak bayar sebab tak nak parking dekat luar thinking of the security of my car. mahal pown mahal lah. so untuk bulan 7 ni aku terpaksa parking dekat luar jugak sebab i didn't renew my sticker (sticker hanya dikeluarkan 6 bulan sekali).

Kadang² nak masuk kereta dekat dalam sebab nak ambik barang pown bukannya senang. have to fill this and those forms. geram betul aku. helloo aku ni resident la. i've stay here for almost 2 years tau? takkan aku nak merompak kot?? tapi takpela yang ni aku malas nak kecoh² sebab dah menyampah.

Beralih pada urusan pemindahan barang aku plak. barang aku banyak, yes memang banyak. tapi sume barang² kecik n boleh angkut naik kereta jer. yang jadi masalah cuma almari baju aku yang gedabak besar ni jer ha. so nak tak nak kena sewa lori. and here comes the procedures again.

For those yang nak move in/out, we have to fill in 1 form 3 days before and pay a deposit of RM200 as a grant. memang duit tu dapat balik after everything settled but hey RM200 weh!! nak buat apa duit tu? let say masa aku tengah move out tu ada kes rompakan, so aku akan jadi salah sorang dari suspek ker? kena soal siasat ker? time tu confirm memang susah la duit tu nak dapat balik kan? ok aku bengang. tapi takpe aku bagi jer jugak.

Dalam borang kena state when n what the exact time kita nak buat sume tu. move in/out pulak just on weekdays 9.00am-5.30pm n Saturday 9.00am-1.00pm sahaja. eh kitorang ni tak keje ke weh???? itu ok lagi. yang menambahkan bengang aku jadi berganda² tu is they request for the lorry's plate number. mana aku nak cekau? memang aku akan sewa dari orang tapi let say orang tu ada banyak lori n still not sure lori mana yang dorang akan guna nanti macam mana? aku kata esok aku sms dia sebab budak tu belum bagi. dia kata tak boleh coz takkan nak bagi kat dia borang kosong. wehhhh aku dah isi la sume benda except the plate number tu jer! apakebongok la sangat. ok tahap kesabaran aku memang tercabar la masa tu.

Aku call member aku depan² dia n tinggikan suara *kesian member aku plak yang kena marah* suruh dia dapatkan jugak plate number lori. dia kata dah call tapi member dia tak angkat. last² aku call sendiri budak tu n still jugak tak dapat sebab member dia tu plak tak angkat phone. duk main sub dekat orang yang susah ni. bontot aku dah panas dah masa tu. tak campur lagi kepanasan dalam hati aku ni. aku dah bengang sangat, aku pergi dekat budak management tu aku cakap "Takpelah i datang esok. give me back the form". and then dia kata "Ok takpelah just give me RM200 and i'll give u the receipt". ha bleh pulak kau bagi!! bengang memang bengang.

I gave him RM200, get the copies of the receipt n left the office yang bau minyak wangi india tuh. drove my car out from that area and gave the 2nd copy to the guard. besok time lori dah sampai, n ada lagi masalah yang timbul, memang aku bakar lah bangunan tu!! haishhh.. aku memang bengang sungguh² ni.

Aku pown dah nak berambus dah dari sini. dah la tempat tak best. apa facility yang ada pown aku tak nampak. yang ada just playground yang tak macam playground n court yang entahapaapa. maintenance bapak mahal. duit sinking fund bayar tiap² bulan tapi rumah bocor tak boleh repair. katanya "Its the owner's responsibility". what the????? aku tau memang aku bukan owner but we have the right as a resident right?

Bengang aku jadi kurang sikit lepas jumpa 3 cute little Indian kids with their mom yang sangat friendly n yang penting tak annoying!! i feel better. and yes after some quarreling tu i went to Pasar Malam n bought myself some menus for berbuka. laksam + bihun sup + kebab for me sorang. hambik. k lah aku nak makan. tak elok lambatkan berbuka.

P/s: Esok raya. yeayyy!!

Same entry in HERE.

So Tata.

B2B Rajin Kan?

Rajin kan kita2 yang bakal raja n ratu sehari ni kan? ok yang raja tu sepatutnya kena slashed. haha.

Aku respect giler la ngan korang2 ni tau (diri sendiri jugak tak terkecuali). rajin giler update blog. aku just tinggal dalam sejam camtu jer blog aku. bila refresh jer mesti ada updates from some of u. kalau tinggal sehari mesti dah tak boleh nak catch up dah progress sume. haha.

Tengok betapa hebatnya kita menggunakan blog ni as a medium untuk meluah perasaan, sharing the progress n yang paling best banyak info or ideas yang diketengahkan. hanya b2b yang memahami perasaan b2b yang lain. right?

I love blogging!

P/s: Baru jer tambah search widget dekat sidebar sebelah tu. easier kot untuk cari apa2 ;)

So Tata.

Tuesday, July 27, 2010

My Officemate a.k.a My Housemate's Pinky Wedding

The wedding was held on 25th July 2010 at Dewan Alwy, FRIM, Kepong. gambar bawah ni time dah petang. sebab tu tak ramai orang.

Kami konvoi dari ofis coz majoriti tak tau jalan ke sana. ceh korang, kata orang KL/Selangor. ceh! :D. kami sampai sana ngam2 jer. pengantin baru sampai n acara bersilat sume tengah berlangsung. tak sempat nak tengok pown. nak snap pica pengantin tengah duduk tu pown tak sempat. budak2 tu la datang lambat. haishh.

Masuk jer dalam kami terus dibawa ke meja VIP. i suka u :P. yer la kami ni sume officemate dia. mesti la dapat layanan istimewa :D

The menus. nasi beriani + ayam goreng berempah + sambal sotong + dalca + acar + papedom + buah oren. seronok la kitorang duk meja ni. nak tambah berapa kali pown takde orang nak kesah. haha. tapi aku makan sikit jer ok.

Ala time ni jer la aku nak langgar pantang makan nasik pown kan. bukan banyak, tak sampai 1 senduk pown :P. rugi la datang kenduri kalo tak jamah even sikit kan ;)

Ha cukup pink tak? nice kan kaler baju dia. "Memang tak sia2 la Ida kau ambik kaler ni :D". sangat menarik perhatian n sangat cantik. so b2b di luar sana, kalo nak pakai baju macam ni, silalah ke Butik Alfinaz. nak alamat klik SINI. baju dia memang cantik2 la. ada lagi saiz lain. kawan aku ni laki bini XS. hehehe. oh lupe nak gitau. dia just sewa baju jer dekat Alfinaz. mekap, pelamin, deko dewan sume orang lain. just to inform la yer.

Adakah aku mengikut tema? definitely yes!! naseb baik ada baju pinjam ni. kalo tak mesti aku dah tak ikot tema dah :P. sedondon i u. buleh tukar tempat ni. opppss larikkkk. hahaha. Mr Busy takde baju kaler pink. mungkin akan dibeli kemudian :D

Aku tau dia seronok jadi pengantin sebab sume orang pown nak ambik gambar dia. haha. well sape tak suka kan ;). bila jadi pengantin tak makan pown takpe dah kan. janji gambar penuh limapuloh album. kehkehkeh.

Full view on the pelamin. mata aku tengok macam kosong sket la. kalo tambah bunga dekat bahagian atas panel tu mesti lagi berseri kan? sebenarnya ada kejadian pelamin hampir roboh disebabkan oleh sekumpulan tetamu yang bersungguh2 ambik gambar duduk atas pelamin. kecoh kejap. naseb baik tak runtuh. kalo tak abes la pengantin jadi bridezilla. haha.

Adakah abang seksafon (apa jenis ejaan la) ini caught your attention? for me, yes. aku suka sangat dengan idea ni. tak pernah lagi la setakat ni aku tengok orang main seksafon dekat kenduri kawen. best ooo. feeling2 romantik gitu. insyaAllah nak book dorang for my majlis nanti. abang ni pown hebat tau. merdu mendayu jer tiupan seksafon dia. awww i suka u. tak sabar tak sabar. ok sila sabar :P

And now time for bergambar dengan pengantin di atas pelamin. those are my officemates and the boss with their wives n daughter and sorang kawan pada officemate aku. tersesat pulak dalam ni :D. tengok aku sorang jer yang betul2 ikut tema. ha riak riak. hehe.

Lepas ni turn kami pulak. berdebar u nak duduk atas kerusi tu :P

See see. sama kaler :P. hmm.. lepas ni dah tak boleh la macam dulu. duduk pown dah asing2. takde dah nak wat carpool hari2 gi keje. hampir 2 tahun jugak la aku duk serumah ngan dia ni.

Some of my officamates. aku nampak kurus kan?

Dah gemuk balik. haha. lama jugak la kami duduk kat sana tu. sejam lebih jugak la. maklum la dia kawen bukan selalu. kan?

Pantang nampak kamera la dia ni.. aku nak candid jer sebenarnya. tapi dia nampak jer even aku duk jauh. haishh. laki dia dah jauh ke depan.

The cake. ni aku pelik sikit la. mana pergi fondant cake yang dia order tu? heran bin ajaib. takpe nanti dia dah masuk ofis aku selidik :P

And that is the door gift. 4 pieces of rose shape chocolate. dia order from HERE. aku yang tolong carikan, aku tau la :P. harga sangat reasonable. boleh negotiate sampai ke lubang cacing. hehehe.

Bunga telur dip for selected guests only yer.

Dah balik baru teringat nak ambik gambar banner dia. gambar kecik sebab kereta tengah gerak. tak sempat la uit. banner ni tempah dekat Gedung Kad Kahwin.

Tengok, sume info pasal majlis dia aku tau kan? hebat tak? maklum la most of the time memang aku yang temankan dia.

And last but not least..

Gambar kami. dah lama ooo tak ambik gambar gedik2 macam ni. sila maafkan :D. muka kami ada iras tak?

Got some infos from this entry? good. that is the reason i blog for ;o)

So Tata.

Monday, July 26, 2010

Catering.. Any Suggestion?

Mau update pasal wedding my fren semalam, tapi kabel takde. eh bukan takde tapi tak support. esok lah update.

Sebenarnya tengah mood sengal. found 1 caterer yang banyak positive reviews. harga murah n menu banyak! tapi dah terlambat tempah, dah penuh. sedih! tak nak salahkan sesiapa. cuma sedih :'(

Ada sesiapa nak bagi suggestion caterer? please nak yang betul2 ikhlas ok. i mean biarlah yang betul2 ok. bukan sebab tolong sedara ke kawan ke apa tau (boleh kalau memang tip top). kalau yang dah ada pengalaman lagi bagus. tak nak lah majlis spoil semata2 sebab makanan jer. ini pilihan besar tau!

Mood sengal =(

So Tata.

Tuesday, July 20, 2010

Bila Dijemput Cubalah Hadirkan Diri

Dulu before aku decide nak tamatkan zaman bujang ni, aku tak berapa nak ambik peduli pown pasal jemputan orang. i mean jemputan kawen la. most of them memang aku pergi. mostly yang sangat rapat dengan aku. kalau yang so so jer tu, even dapat kad pown, naluri nak pergi tu tak lah membuak2 sangat. kejam kan?

But now bila difikirkan balik, rasa menyesal sangat sebab tak berusaha untuk attend all the weddings. yer lah, bila orang jemput, means orang tu ingat kat kita. kalau tak jemput meroyan pulak kata kawen tak jemput lah apa lah kan. bila dah dijemput takmo pulak datang. camne tu? biasa la manusia. aku tak kata orang. tapi ingatan untuk diri aku sendiri..

Kawan2 sebaya aku tak ramai yang dah kawen. maklumlah muda lagi. haha. 25 muda? perasan lah kau. bila ingat2 balik aku takde la kejam sangat. wedding kawan aku kat Kedah nun aku pergi. kat Klang aku pergi (even macam dekat tapi sesat sampai sejam tau). n latest dekat Temerloh. eh aku ni kira sahabat yang baik la kan :D

Fairuz.. orang Kedah. antara ramai2 kawan yang rapat ngan aku, dia la yang paling awal sekali kawen. masa tu aku dekat UUM lagi kot. aku pergi time dia nikah jer sebab dia nikah gantung. 3 bulan lepas tu baru dia buat majlis. masa kenduri dia tu kami dah abes belajar and majoriti tengah praktikal (for accounting students). so tak dapatlah attend. member aku sorang ni subur terlebih. bunting pelamin. eh bukan, bunting nikah. haha. masa kenduri tu perut dah ada isi dah. sekarang anak dah 2 pown. alhamdulillah rezeki kau Cikgu Fairuz :D

Shila.. pown orang Kedah. dari Shah Alam sanggup aku ambik cuti semata2 nak attend wedding dia. terharu dia u. mak dia pown kenal aku sebab pernah tdo dekat rumah dia once. she had a very wonderful family. as far as i know, dia kenal suami dia dari family punya aturan jugak. alhamdulillah bahagia sampai sekarang :). belum lagi dikurniakan cahaya mata (setakat yang aku tau). dia pernah mengandung tapi takde rezeki. takpe Shila, cuba lagi :D

Siti Nor Diana a.k.a Yan. happily married and dah ada 1 cute little daughter. Anis kot nama anak dia. haishh ni nama yang aku dah booking ni :P. orang Klang. pergi kenduri dia sampai sesat masuk ceruk hutan mana entah. haha. rumah dia dekat Jeram bukan pure Klang. nasib baik la sampai jugak. tak sempat tengok dia bersanding coz Mr Busy keja petang masa tu. apa pown, i'll pray for your happiness dear Yan! ;)

Ayien tahi lalat. hehe. ini nama samaran yang kitorang bagi untuk senang nak recognise. kalau tak asyik duk tanya, "Ayien mana 1?". "Ala Ayien tahi lalat". ha kan senang :D. nama ni kitorang bagi sebab she has a tahi lalat besar pada pipi dia. trademark tu :D. baru jer kawen on November 2009. 7-eleven. senang nak ingat katanya. wedding di padang. i mean dekat tanah lapang di Kampung Pandan. dua2 belah pihak buat sekali. yer la rumah masing2 dekat2 jer. tapi guests ramai masyaAllah. maybe kitorang pergi masa peak time kot. n now she's pregnant. lagi berapa bulan akan jadi ibu. sangat rajin update status dekat fb! hehehe.

Osheen.. wedding dekat Tasik Titiwangsa u! romantik gitu. awwww. pengantin pulak datang dengan kereta kuda. kena sangatlah tu. wedding was held on December 2009. best pergi wedding Osheen ni coz pergi ramai2 dengan 1 kereta. bergambar tak hengat! hehehe. lepas kawen dia terus ikut hubby pergi ke Egypt (if im not mistaken). also a mom-to-be. happy for u Osheen!

N the latest one, Ena's wedding. kawan yang agak rapat jugak masa dekat UUM dulu. sopan santun lemah lembut jer orangnya. sampai jugak kami ke Temerloh. and she looks really shocked on my attendance. suka tengok muka terkejut comel dia masa atas pelamin. bulat bijik mata. haha. nasib baik cepat dia control :D. maybe dia tak bajet pown akan ada member dari jauh yang datang. she and her hubby berkawan sejak sekolah lagi and akhirnya end up ke jinjang pelamin jugak. alhamdulillah. itu lah jodoh :) "Cepat2 bagi kami anak sedara!!". thats what i wrote on her wish card. haha.

Itu la antara wedding kawan2 yang mampu aku hadirkan diri. dorang sume same age jer ngan aku. Kak Aisyah n Mala, tu antara wedding yang aku tak pergi. ada kekangan yang tak dapat dielak. haishh. Kak Aisyah dah ada anak sorang. Mala pulak, belum ada rezeki kot. aku? tahun depan kot. haha. insyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki cepat ;)

Next will be the wedding of my officemate a.k.a my housemate, on this coming Sunday, 25th July. dia ni banyak buat preparation last minute. jangan contohi ok kawan2!! hehehe. apa pown, aku doa majlis ko berjalan lancar ok Ida :)

Lepas ni, if ada jemputan dari siapa2 saje, insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk attend. tapi janji dapat kad lah :D

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)


So Tata.

Update on Grazine

As promised =)

16 July hari tidak berbelanja. so 17 July mesti la jadi hari menghabiskan semua simpanan yang ada. haha. gila over. 17 July = Sabtu = weekend. as decided earlier, kami nak melawat Grazine untuk finalise design kad jemputan kitorang. Mr Busy tak busy sabtu tu. biasa la orang keje shift. sibuknya tak menentu.

Niat asal kononnya pukul 10 pagi dah sampai ke sana. konon jadi 1st customer la kan. tapi pukul 10.30 pown masih di atas katil. macam mana tu? jangan la kutuk. weekend. kamu pown sama kan? baik ngaku. tak baik tipu! :D

So bangun dengan muka tak rela bersiap la ala kadar tanpa gincu tanpa bedak terus pakai tudung. pakai spek sebab nak cover jerawat yang makin subur merebak kat muka ni. orang nak kawen muka mestilah makin bersih berseri tapi aku sebaliknya. ini semua sebab stress. kepala otak pown asyik berdenyut mintak Uphamol 650. ni ada lagi balance 4 months. bila tinggal lagi 4 days jer nanti macam mana agaknya? botak kot. wah ngeri.

Alamak sudah lari topik. taip tanpa sedar berjela2. nak buat macam mana. blog ni pown salah satu medium nak hilang stress ;)

Ok2 sambung story pasal Grazine yer. kalau ada sesiapa berniat nak pergi sini, aku nasihatkan print lah dulu map yang dia bagi kat web dia tu. tapi lainlah kalau kamu memang orang Klang or memang expert dengan alam semesta dekat situ :P Yang jadi susah nak sampai kat situ sebabnya jalan Klang banyak yang tengah renovate. flyover sana sini n banyak jalan yang dah jadi jalan sehala n yang ditutup pown ada. so kena la guna jalan alternatif.

Aku yang study map dulu before n on the way pergi ni pown buleh terlajak lalu jalan jauh. haha. kami mengaku kami memang tak hebat dengan jalan di Klang. nasib baik sampai. kalau tak? tak tempah la kat situ agaknya :P

Ni contoh jalan sesak yang kami lalu.

Kami 'terlalu' ikut depan Mydin. boleh lalu jalan depan. tapi bila dah lajak terpaksa la ikut jalan alternatif. nasib baik ada dalam map. kalau tak entah sampai ke Port Klang apa. haha. over. so after teragak2 betul ke tidak jalan yang kami ambik tu, akhirnya sampai lah.

Kedai motor ni same building dengan Grazine. just nak tunjuk bagi korang senang nak cam nanti (kalau ada yang pergi la). Grazine located dekat sebelah2 tu jer.

Ni signboard dia. jangan tengok yang atas tu, tengok yang bawah :D

Ok dah sampai! mula kami masuk tu ingatkan takde orang. tapi ada lagi 2 couple tengah pilih2 kad. eh ingat kau je ke nak kawen? :D

Kedai dorang tak la besar mana. tapi big enough dah kot untuk supplier kad, bunting or apa2 yang sewaktu dengannya. we were being entertained by 2 young ladies. mereka sangatlah friendly. kami masuk kedai dorang dalam pukul 1.45pm n sampai kedai dah nak tutup baru lah kami balik. haha. tak lah mana ada cerewet :D

This is some designs yang dorang display. harga dah stated dekat setiap rak. harga for 1000 pcs lebih kurang macam ni:
  • 1st rak: 60sen/pcs - kertas segi 4 sama (1 colour)
  • 2nd rak: 50sen/pcs - kertas saiz A4 1 or 2 fold (1 colour)
  • 3rd rak: 60sen/pcs - kertas saiz A4 1 or 2 fold (2 colour)

Contoh kad 60sen. 2 colour, purple+black. canteq ooo. suke aku tengok. tapi not for us la. bukan dalam lingkungan bajet :D. design or colour sume boleh customised. nak letak gambar ke, kalendar ke macam kat bawah ni.

Sume boleh buat. harga still sama. harga cuma akan berbeza mengikut jumlah warna or jenis kertas yang kita nak guna.

For those yang memang berniat tak nak membazir untuk kad, yang murah lagi pown ada. kad super saver. oh i loikee. kertas dia ok jugak. tak la nipis. just nice. orang takkan kutuk la kalau guna kertas ni pown :D. harga? just 35sen/pcs for 1000 pcs. kalau 2 colour jadi 45sen. suka suka suka.

Yang ni plak kad bentuk cd. aku lupe la harga dia. 60sen kot. ada lagi range harga yang lain.

Ni plak full colour card. harga aku tak ingat. nak tau sendiri datang :D

Customised paper bag.

Ok yang ni jadi pilihan family Mr Busy. dah lama dorang duk cari kotak for door gifts ni. memang banyak jumpa tapi saiz tak kena. yang ni memang ngam. just 50sen/pcs for 1000pcs. kitorang siap pinjam kotak tu bawak balik lagi nak tunjuk kat family Mr Busy. nak beli 2 keping dorang tak bagi. dorang kata, pinjam boleh :D. so kami akan order yang merah kecik tu. colour n design akan customised kemudian.

This is V-box. yang kaler merah+hitam+putih tu ada promotion. just 45sen/pcs. no minimum order, ready stock. sebab jadi murah? sebabnya dorang ada lot of stocks available. kira macam stock clearance la. this is what the owner said yer.

So pilih punya pilih.. we came out with decision. masa pameran pengantin hari tu dah pilih dah design macam mana yang berkenan, tapi biasa la rambang mata. yang membuatkan kitorang jadi lama kat situ, sebab aku la. aku jadi lalang. lalang sebab tetiba nak pulak kad yang 50sen tu. yang 35sen dah ok dah tapi gedik kan? tu la pompuan. geram plak dengan diri sendiri. so jenis kad belum finalised. haishh leceh betul aku ni. proceed dengan layout kad dulu la. takpe, lambat lagi (perangai bertangguh yang tak ubah2).

For bunting plak (kami kan dapat free sebab buat booking masa pameran pengantin dekat MidValley hari tu), akan bincang kemudian. maybe aku akan design sendiri konon hebat n serah kat dorang printing jer. akan difikirkan kemudian.

Fuhh penat nak siapkan entry kali ni. sharing is caring! ;)

So Tata.

Friday, July 16, 2010

16 July 2010. Hari Tidak Berbelanja

Eh2 korang, ada dapat pamphlet ke apa2 ke pasal kempen ni? kempen tidak berbelanja. aku baru jer tau sebab kat ofis aku ni ada tampal. so kesimpulannya:
  • Hari ni kita jangan beli makanan kat kedai. Makan jer apa yang ada kat dapur or pantry ofis
  • Kalau minyak abes, kasi tolak saja itu kereta. Minyak pown baru naik harga kan?
  • Nak beli persiapan kawen? Esok jer la………

So b2b sekalian, hari ni hari kita rehat. buat kerja in-house jer. time ni la DIY segala benda. esok weekend kan? lagi banyak masa kan? so esok jer la kita sambung perabes duit yer. peace!

So Tata.

Thursday, July 15, 2010

Kek Idaman

Aku dah mula jauh hati dekat kek bantal ni lepas wedding Mawi & Ekin lagi. jatuh cinta sungguh sampai berangan2 masuk dalam mimpi lah konon.

Tapi aku tak nak la sampai bertingkat2 macam ni. macam la mampu kan. 3 tingkat bantal kecik2 pown cukup lah. janji bantal! dah ketinggalan zaman ke? aku peduli apa wah kerek


Ala comel busuk2 nya kek ni. kasut n baby tdo tu tak payah la letak. gila wedding cake macam tu?

Tapi sehingga ke hari ni aku rasa aku mampu berangan jer kot. mungkin takkan direalisasikan pown. sebab kos? tak lah.. adalah sebabnya. biarlah :(

So Tata.