Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 30, 2010

Suatu Hari di Butik Pengantin

Sumpah aku lupa nama kedai dia! :D

Dialog antara customer dan si owner butik:

A: Assalamualaikmum..
B: Waalaikummussalam.. (sume mata duk tengok aku masa ni)
A: Errr akak saya nak tengok pakej (disebabkan sume macam terkejut bila aku masuk, aku pown wat muka tak malu jer la cakap apa yang aku nak. dalam hati, akak ni tak ingat aku ker??)
B: Bila majlis tu dik?
A: Bulan 12 ni.
B: Ooo. eh ni bukan ke yang datang hari tu cakap nak buat pelamin design sendiri tu??
A: Ha saya la tu kak.
B: Eh tapi kenapa lain sangat, berubah sangat ni? apesal kurus, dulu bukan gemok ker? (%$#!*&#@)
A: Ala akak ni mana ada kurus. turun sikit jer pown. nak kena turun lagi ni.
B: Tapi lain sungguh ni. dulu bulat jer. berubah sungguh lah. sebab tu saya tak cam tadi. bla.. bla.. bla....
A: =)) (Tersenyum sipu. wakakakaka)

Akak memang best la kak! hehehehe. walaupown dia kata aku gemok (dulu), tapi sekarang hati berbunga riang ooo. nak kena diet banyak lagi ni kak. nak pakai baju lawa2 ni. haha.

So Tata.

Jangan Salah Paham!

Aku rase ada orang salah paham kot ngan previous entry. just nak jelaskan dekat sini, aku sakit otak ngan abang kandung aku tu ha. bukan dengan Mr Busy. kenduri nanti kan buat sekali kenduri nikah aku n kenduri sambut menantu. so nak tak nak sume kena bincang ngan dia. memang stress tahap otoromen menentang raksasa la wa cakap lu tiap kali nak mintak persetujuan dia.

Sume tak boooooleh jer. ikut hati nak jer wat kenduri asing2! hish.

So Tata.

Sunday, August 29, 2010

Bingung

Susah betul nak ajak bincang. susah betul nak jawab soalan orang baik2. ni lah orang lelaki. sume buat endah tak endah jer. yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. yang tu tak payah, yang ni tak payah. yang tu tak nak, yang ni tak nak. susah2 aku wat majlis aku jer lah. ko kawen lain kali.

Mak!!!! tengok la Abg Ngah ni..............

Stressssss.

Thursday, August 26, 2010

Childhood Memory

Bila terkenang mesti rindu. lebih² lagi di bulan puasa ni. teringat masa kami sume masih kecik, hidup di bawah satu bumbung. masa mak ayah belum bercerai. walaupown tak mewah, tapi cukup lah untuk makan pakai kami adik-beradik.

Bulan puasa, bulan yang banyak kenangan bagi aku. macam² cerita, macam² kisah.

Paling yang aku ingat time bangun bersahur. pagi² buta tu mesti dengar suara mak menjerit² kejut kami bangun :D. dengan muka mamai, bukak mata pown malas n kadang² nak basuh muka pown malas sebab nanti dah tak rasa ngantuk bila nak sambung tido. haha. giler sengal la time tu. tapi oleh kerana aku ni sorang je perempuan dalam adik-beradik, agak jadi mangsa pembulian sikit la di situ. lepas makan mesti aku yang kena cuci sume pinggan mangkuk. dah duk main air camtu mesti la mata dah tak ngantuk. stresss..

Time berbuka plak, kena tolong mak masak sedangkan yang lain sedang asyik menonton. bila aku suarakan rasa tak puas hati, mesti mak cakap "Kau lelaki ke perempuan?". stresssss lagi. tapi mak tak pernah suruh aku masak pown, tolong kacau² jer. sebab tu sampai besar aku tak pandai masak :D

Selalu duk ngomel, apesal aku sorang jer perempuan?? bila mak mengandung lagi, duk la berharap dapat adik sejantina. bila makcik aku call dari hospital, soalan pertama aku "Su, laki ke pompuan?". makcik aku jawab, "Lelaki". "Hmmmmmm". agak hampa di situ T___T. oleh kerana kami memang terlampau excited nak dapatkan seorang lagi puteri dalam family, adik yang last tu pown muka sebijik macam perempuan. gi mana² mesti orang ingat perempuan. naseb baik tak PATAH. haha.

Dulu mak pembuat kerepek. ada kerepek ubi masin, ubi pedas, kerepek pisang, kacang pedas dengan ikan bilis. mak buat, banyak hantar dekat kedai. 1 paket 20sen. untuk setiap RM1, tuan kedai dapat komisen 20sen. berapa sangat la yang kami dapat lepas tu kan? biasa la orang meniaga, semua nak untung.

Pagi² time cuti sekolah, mesti sume kena paksa bangun pagi² buta, tolong mak kupas kulit pisang ngan ubi. nak wat kerepek pisang kena guna pisang yang lum masak. so nak kupas kulit dia tak senang macam pisang yang dah masak. tercongok la dekat bilik air tu sume dengan muka sememeh baru bangun tido. merungut tu biasalah kan. bila ingat balik, susahnya mak nak bagi kami makan masa tu :'). menyesal sebab asyik merungut!

Tak cukup hantar dekat kedai, aku bawak ke sekolah, jual. penuh satu bakul basikal dengan kerepek jer. sekali bawak bukan sikit. banyak tau sampai penuh bakul. kerepek mak memang sedap. cukup rasa. jarang tak habis bila jual dekat sekolah. orang selalu datang beli time rehat. tapi duit selalu tak cukup. ada orang ambik kadang² tak bayar. kadang² hutang tapi sampai sudah tak bayar. aku ni baik sangat kot. takpelah aku dah halalkan sume tu. budak² la katakan! ;)

Tapi ada satu memori yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. masa tu cikgu tengah mengajar, subjek Bahasa Melayu kalau tak silap aku. tetiba ada orang ketuk pintu kelas aku, "Cikgu saya nak jumpa Maisarah". "Nak buat apa?", cikgu aku tanya. "Nak beli kerepek". mak aihhhh korang!! pesal tak beli time rehat jer?? malu tak hengat aku masa tu. tapi dalam masa sama bangga la jugak. glemer ooo kerepek mak aku! muahaha.

Tapi sekarang mak dah pencen buat sume tu. suruh buat pown dah malas. "Mak nanti mak buat kerepek eh, boleh bagi dekat orang time kenduri nanti". "Ala beli jer lah!". ha tengok. mak aku dah demand sekarang! haha.

Masa kecik, kami sume ada nama samaran.
  1. Zamani (abg long) - Panjang. sebab dia tersangatlah tinggi n kurus panjang.
  2. Mohd Nazrin (abg ngah) - Mat Jering. kejam tak? haha.
  3. Siti Maisarah (aku la tu) - Mek Tok. aku tak suka nama ni!!!! bila orang panggil rasa macam nak lempang laju² T___T
  4. Ahmad Marzuqi (mat) - Tituk. ???? mana ayah aku dapat ni?
  5. Mohd Ariff (ariff) - Pendek. sebab masa kecik dia pendek. ayah aku kejam. haha
  6. Muhamad Adib (adik) - yang ni tak sempat nak letak. ayah aku dah hilang bisa kot :D

Ayah aku memang kreatif. selalu kena marah dengan mak. "Dah bagi nama elok² dalam surat-beranak, gi panggil macam tu kenapa". tapi kami terpaksa redha. muahahaha. 

Kami sume 6 beradik, aku no 3. adik kami yang bongsu jer beranak dekat hospital, kami yang lain sume beranak atas tikar mengkuang :D. yang bongsu tu pown sebab kena paksa gi hospital. kalo tak dia tak maunya! adik kami yang last ni degil, susah nak keluar. sume orang kata, bila dah besar nanti mesti keras kepala. tapi aku tengok, antara ramai² dia la yang paling dengar cakap. maybe sebab adik kot, TERPAKSA ikut. haha. baru² ni aku call dia, dengar suara lain, agak garau. aku tanya, "Adik dah baligh ke?". punya la straight to the point soklan aku. haha. "Mana boleh bagitau, privacy!". hambik kau. ala, dia dah besar ;). kadang² masih anggap dia adik yang masih kecik yang paling manja dengan aku. mak kerja siang malam and most of all the time, aku yang jaga adik. childhood memory :)

Masa kecik, kami sume tak inject macam kanak² lain. ala yang kena cucuk bulan² tu. ubat tu la ubat ni la. mak ngan ayah aku dua² tak suka bawak kami gi cucuk. katanya kesian dekat budak², menangis sampai demam lepas kena cucuk tu nanti. so bila dah besar, masuk sekolah, mesti sume kena cucuk lebih banyak pada orang lain. qhada' balik! takpe masa tu dah besar. tak nangis dah. tapi kan aku pernah pengsan sebab takut nak kena cucuk. muahahahahahaha.

Dulu duit belanja mak bagi 30sen jer. bila dah besar sket n dah stabil sikit, mak bagi RM1. masuk sekolah menengah dapat RM2. sukanya masa tu! tengok kawan² beli pen kaler². nak beli tak mampu sebab sebatang dah RM2. sama dengan duit belanja sekolah dah. teringin sangat nak beli. pastu bodek mak, "Mak nanti T nak duit belanja untuk seminggu terus boleh? lepas tu mak tak payah bagi lagi la untuk seminggu tu". dapat duit terus bagi dekat kawan mintak tolong belikan 5 batang. ha giler tamak tak. haha. pastu gi sekolah dah takde duit belanja. pen kaler² punya pasal. tapi mak kesian tengok, dia bagi jugak duit lain. terima kasih mak :')

Sejak kecik, aku lebih rapat dengan ayah. maklum la anak perempuan sorang. pernah ngelat time nak solat. solat dalam bilik. solat zohor tapi aku buat 2 rakaat. hahaha memang bongok. punya la confident takde orang nampak. rupa²nya abang ngah aku dah standby duk bawah katil intai aku. kantoi! haha. dia bagitau mak, mak marah aku. tapi aku tetap jugak tak ngaku. aku kata aku buat 4 rakaat la! dengar dek ayah, ayah marah abang. kesian abang kena pukul sebab aku. yes my bad. "Sorry abang ngah! aku kecik lagi masa tu. takut kena marah". hehehe.

Kenangan zaman kanak². ada suka, ada duka. tak habis kalau nak tulis. tapi semuanya mematangkan aku. sekarang semua dah besar, adik pown dah form 2. yang kedua bongsu SPM tahun ni. yang lain semua dah ada kerjaya masing². alhamdulillah, semua dah mampu tampung diri sendiri.

Kenapa aku tulis sume ni? sebab aku RINDU.

Malam ni balik kampung. o yeahhhhh.

So Tata.

Monday, August 23, 2010

Isu DIY

Malam tadi menyembang dengan member laki aku, ex-colleague. sembang punya sembang, terngadu la aku pasal tangan aku sakit duk buat bunga. eh bukan ngadu tapi tercakap (sebenarnya nak riak sebab aku rajin buat bunga sendiri. haha). sembang punya sembang dia pown cakap:

S: Yang ko susah2 g buat sendiri tu pehal
A: Biarlah aku rajin
S: Pesal ko tak beli jer?
A: Ko ingat murah ke kalo beli? kalo bunga yang macam aku nak ni maunya 5hengget sebatang tau!
S: Ala kalo 100 baru 500hengget
A: Oii pakcik. 500 tu ko ingat sikit ke? macam2 aku boleh buat dengan 500 tu tau. kalo aku buat sendiri bunga telur yang macam aku nak tu, kos baru dalam RM1.50 sebatang. ha tak ke jimat tu?
S: Buat apa la susah payah ko nak buat. ko tu dah la pemalas. haha
A: Setan gondol kau. kalo aku malas takde la aku nak wat sendiri ngok! (aku ngan dia memang selamba kutuk sama sendiri. haha)
S: Kalo aku takde ah aku nak susah payah buat
A: Ko lelaki, apa ko tau. sentimental value oooo
S: Eh sentimental value tu apa? aku tak paham la. wakakakaka
A: Hampagassssssss

Paham apa yang aku cuba nak sampaikan dekat mamat tu? walaupown kadang2 buat sendiri tak la dapat jimatkan kos mana pown, tapi sekurang-kurangnya kita puas hati. buat ikut macam apa yang kita nak. walaupown certain benda yang kita nak DIY tu bukan la benda besar yang boleh beri effect mendalam pown pada majlis secara keseluruhan, pada orang lain. yang penting, ia beri kesan pada diri kita, pembuatnya ;). percayalah cantik ke tak cantik ke, janji kita berusaha untuk beri yang terbaik untuk majlis kita. biar kita ingat sampai bila2.

Paham konsep DIY di situ?

2 days of weekend, aku berjaya siapkan 25 kuntum bunga lagi. so all together total is 45. another 55 kuntum to go for my bunga pahar!

So Tata.

Thursday, August 19, 2010

Bunga Stokin: Progress

MasyaAllah lamanya aku tinggalkan projek DIY aku yang ni. bila aku tengok je kotak berisi barang2 buat bunga ni takde pown datang keinsafan nak teruskan projek. apa kes!! tak boleh jadi, tak boleh jadi. dah pasang tekad malam ni nak sambung buat bunga stokin! *tepuk2 bahu sendiri. alamak tak sampai :D*

InsyaAllah ada kelapangan aku buat tutorial how to make it ok. aku tau ramai yang dah tau, tapi tak salah berkongsi ilmu. mana tau boleh topup yang mana kurang jelas kan. lagipown aku buat bunga ros. jarang orang buat bunga jenis ni. jadi misi akan diteruskan malam ni!

Kena ikat kaki sendiri dekat tiang jangan kasi ngelat. just 3 months ++ to go. kamu WAJIB risau Sarah. u better watch out!

So Tata.

Wednesday, August 18, 2010

Just Be Yourself

Eh kenapa mesti tiru orang punya cara eh? adore sangat ke dengan satu blog tu sampai banyak benda ditiru sebijik2? aku pown suka jugak blog tu tapi tak la aku curi idea dia 100%. tak baek ooooo. peace! :D

So Tata.

Tuesday, August 17, 2010

Holiday or More Pay?

Pagi tadi tengah drive ke ofis, layan Red.fm. n the topic was about Holiday or More Pay?

Terus aku jawab, more pay please! for the time being, i really needs more money. bila dah ada duit, holiday anytime pown boleh pergi. tak perlu risau dah. tapi risau jugak la kot, kalau2 boss tak approve cuti! :D

Nak wat kenduri ni memang pakai banyak duit. yang besar2 tu memang dah kena allocate siap2. yang kecik2 pown banyak jugak! macam2. kadang2 yang kecik2 tu lebih membebankan. benda remeh-temeh yang mungkin kita kurang ambil berat. sebab tu budget tu penting.

Apa pown, ukur baju di badan sendiri!

P/s: Boss tak nak kasi bonus ke untuk orang nak kawen ni. haha

So Tata.

Monday, August 16, 2010

Kad Jemputan: Final

Bagus dorang ni buat kerja. pantas dan tangkas. thumb up for Grazine.

Aku send lakaran peta ni petang jumaat, sabtu pagi dah siap email.

Peta ni sekali buat terus ok. tinggal kesalahan ejaan je sikit2. tapi untuk keseluruhan kad, hampir 10 kali jugak la kena edit. eh tak cerewet mana pown kan? muahahaha. kalau aku jadi vendor maunya aku reject customer serupa cam aku ni. haha.

So now everything about my kad jemputan and kotak for doorgifts (Mr Busy's side) sudah settle. tinggal nak hantar for printing jer. insyaAllah early September dah boleh collect. it means before raya la. so balik raya dah boleh bawak balik dah kad yang nak bagi mak n ayah simpan. lega tau! so now boleh concentrate benda lain pulak. banyak lagi dalam q ni. mana 1 nak mula dulu? cepat cepat bukak diary!

So Tata.

Wednesday, August 11, 2010

Kad Jemputan: Progress

Just received a call from my kad jemputan's vendor, Grazine. salah aku jugak. dah suruh dorang design tapi sampai sekarang tak finalised jugak lagi yang macam mana aku nak. pembetulan dah berapa kali buat. mata makcik ni cerewet! kaler, corak, susunan, center ke tak, sesuai ke tak, besar kecik tulisan, satu2 aku cek! punya la cerewet macam tempah kad harga 5hengget sekeping. bajet diva. mana tak banyak kali dorang kena betulkan. nasib baik adik2 tu baik hati =))

So sekarang tunggu aku bagi map (even ada lagi isi kandungan kad tu yang aku nak alter :D) and after that boleh proceed for printing. bajet nak siap before raya, so that aku dah boleh bagi dekat mak n ayah (for them to keep it first lah. not yet distributing). printing took 14 days. kalau aku dah settle dengan draft dah boleh proceed. tapi tu la aku ni kadang2 ngok jugak. suka bertangguh! (kaw2 punya kutuk diri sendiri).

Design for kotak dah dapat. both design either for kad or kotak, guna concept yang sama. so for bunting, aku nak ngorat abang tu kasi design guna konsep yang sama lah. kalo dapat lah kan. all those things will be in RED. and i love it.

So Tata.

Bulan Madu

Honeymoon.

Majoriti b2bs yang merancang untuk majlis perkahwinan mesti merancang sekali untuk honeymoon kan? but not for me. bukan apa, aku taknak bebankan kepala otak Mr Busy susah payah pikir pasal ni. nak kawen dah pakai ribu riban punya duit pastu ada hati lagi nak pikir pasal honeymoon? oh no no no. kami bukan orang kaya duit sepah2.

Nak kawen ni pown abes keluar semua duit simpanan tahu? selesaikan yang wajib dulu. nak berjimba-jimba bersuka ria lepas selesai majlis baru kita pikir. banyak ooo duit nak pakai. nanti lepas kawen nak masuk rumah baru pulak. nak reno apa yang patut. duit lagi! nak beli perabot. duit lagi! nak beli perkakas rumah. duit lagi! nak beli pampers anak. duit lagi! eh eh lajak plak :D. everything is about money ok. nasib baik kentut tak payah bayar.

Perkahwinan adalah perancangan untuk masa depan. jadi sebelum kita membuat sesuatu keputusan, think it twice. more is better!

Fantasia Bulan Madu: Cameron Highlands sudah ok for me ;)


So Tata.

Tuesday, August 10, 2010

Hantaran & Progress

To the Groom:
  1. Sireh junjung
  2. PSP
  3. Perfume ♥done
  4. Kasut
  5. Belt ♥done♥ + Wallet ♥done
  6. Jam
  7. Tafsir + Sejadah
  8. Toiletries
  9. Coklat
  10. Kek
  11. Buah

To the Bride:
  1. Sireh junjung
  2. Cincin + Gelang ♥done♥ + Duit Hantaran
  3. Handphone + Jam
  4. Kasut ♥done♥ + Handbag ♥done
  5. Perfume ♥done
  6. Telekung ♥done
  7. Coklat
  8. Kek
  9. Buah

So those will be our hantarans. 9 berbalas 11. lebih sikit jer sebab kami tak buat majlis bertunang. all the deco will be done by me myself, insyaAllah. at first aku cakap dekat mak nak buat bunga telur sendiri:

M: Pandai ke T buat?
A: Pandai la mak.. lawa oooo.
M: Ada masa takpelah.
A: Buat sikit2 la mak ;)

Tak berapa lama lepas tu, datang plak mood nak gubah sendiri sume hantaran. here goes the dialogs:

A: Mak T nak gubah sendiri la hantaran nanti.
M: Pandai ke tu?
A: Ish mak mesti boleh punya. bukan susah pown. letak bunga letak riben siap la.
M: Yer la. dengar memang la macam senang tapi nak membuatnya tu. pandai ke nak gubah biar jadi lawa.
A: Musti buleh punya! senang jer :D
M: Hmm iye lah.

Sume benda aku cakap senang, aku cakap boleh buat. tapi hasilnya? hampehh. haha. hampeh sebab aku belum buat. cuba dah buat nanti. marbeles wa cakap lu. tapi bila nak buat? hahahahampeh!

Mood rajin berkobar-kobar cepatlah datang!

S6 Tata.

3 Months, 3 Weeks, 3 Days

Seriously im not doing anything about my wedding prep. takde progress langsung. day to day ticker terus bergerak n makin hari jumlah hari makin mengecil. bunga telur tak buat lagi, bunga dulang, hantaran, catering and khemah for bertandang, kad jemputan not yet finalised and all the leceh2 things!!!

Mood: Kucar kacir

So Tata.

Friday, August 6, 2010

Pelamin Roman Yang Mabeles

Sekarang tengah glemer dengan pelamin roman style kan? i love it. for those yang nak buat majlis dekat dewan sangat sesuai. but kalo rumah tak boleh la sebab lebar dia about 30feets ++. Dina Halim Boutique sangat familiar dengan pelamin jenis ni kot (lately). but tadi aku jalan2 dekat FB n found this Boutique yang memang aku suka design pelamin dia. sweet sangat sume design dia. n latest design, roman style.

Maybe dah banyak kot butik yang boleh buat pelamin roman ni. siyes memang aku suka. tapi kenduri buat kat umah. berangan jer la. but maybe boleh buat. just guna bahagian tengah tu jer?

So Tata.

Home Sweet Home

Finally.. after waiting for almost more than 2 years, our home sweet home sudah siap (boleh bayangkan tak aku senyum sampai telinga? :D). even ni rumah Mr Busy, still jugak aku nak ngaku rumah aku. lantakkk. ala hak suami hak isteri jugak kan. hak isteri hak isteri la. ha mula la tu nak drama. cis.

Our future home sweet home (serius aku teruja giler!!). i love the house very2 much. the design is ok for me. the colour, the size. just nice for pasangan yang baru mula nak membina family. cepat2 la dapat anak *dah mula meroyan*.

I love the gate. exactly like what i dream for. design n kaler ala2 kayu. nanti grill sume nak bodek Mr Busy pasang design yang sama la :D. ingat yer before moving in all your stuffs ke rumah baru, sebolehnya biar ada grill dulu. for security. selebihnya kita berserah ;)

"Encik rumah, saya tak sabar nak park kereta dekat laman kamu :D".

Boleh tanam pokok cili kan? haha. sengal. this is end lot. so ada sikit extra tanah dekat tepi. boleh park 2 bijik kereta dekat laman. nombor rumah kami? RAHSIA!! haha.

Seriously i prefer single storey house. seram kot duk rumah besar tapi penghuninya 2 orang jer. sebenarnya malas nak mengemas. haha.

Yang ni pulak rumah owner tanah. dia bijak. tanak ambik duit. tapi mintak rumah. 11 unit rumah tu jadi milik dia. tapi rumah ni lain sikit dari rumah lain sebab they have 4 bedrooms n 2 bathrooms. rumah kami just ada 3 bedrooms n 2 bathrooms jer. sebab tu la dekat belakang takde pagar (rumah kami ada). seram oo takde pagar :D. dengar cite dia nak letak harga RM190K++. kaya ooo kalo dia leh jual sume. jutawan wa cakap lu. "Abg jual la murah2 dekat saya". dan2 abang. hahahahampeh!

Oh yer ada playground jugak dekat sini. still berbalut plastik lagi. fresh from the oven u. n dengar cite jugak insyaAllah hujung bulan 11 ni dah boleh duduk ;)

Ya Allah aku bersyukur di atas rezeki kurniaanmu..

So Tata.

Thursday, August 5, 2010

Weeding. Again

See i rajin pergi kenduri kawen kan sekarang even orang tak officially jemput kita pown. haha tak malu. ini kan azam baru. pastu bila pergi mana2 dah jadi tabiat klik2 snap2. bagus tau. asah teknik photography. tak lama lagi boleh pakai dslr :D

On Saturday, im attending a wedding yang dekat giler dengan rumah Mr Busy. aku kenal la orang tu. pakcik tempat keje lama aku dulu. anak dia kawen. aku tau dia lupe jemput tu. sebab tu aku selamba badak air jer pergi. gila kental azam baru aku kan?

Wedding theme colour? Pink + Merah + Putih kot? sebab scallop dia warna pink. pelamin warna putih + merah. pintu gerbang putih + merah. baju putih. so betul la kot.

Pintu gerbang.

Makan2 cendol yang sedap n nasik. nasik? again? OMG. please stop my appetite thru nasik. makin tak terkawal ni T___T. tak lama lepas tu, here comes the bride.

Sedikit nasihat di sini. please ask a friend or a kid or sape2 saja yang akan pegang ekor baju kamu kalau ia meleret. lebih2 lagi kalau kena jalan dekat atas jalan tar. sure akan tersangkut tau. tak pasal2 mak pengantin pulak yang kena pegang. oh it shouldn't be!

The bride looks gorjes. "Macam anak patung". thats what most guests said. i love the 'cangkuk' kat atas kepala dia tu. really caught my eyes. naseb baik i pakai tudung u. baju dia pown gorjes jugak.

Her husband ;). "Simplenya baju pengantin lelaki. sampin takde. tanjak pown takde. rambut jer dia pacak". hello makcik2 sume. biar la dia. memang dorang choose that way. modern maybe? mata aku tengok ok jer.

The pelamin. full of red roses (artifial pown nice jer kan?).

Wah abang pakai spek. silau yer? haha. some tips here: cuba la wujudkan contras between bride n pelamin. just my amateur thought.

N i got this for the door gift. boleh letak cincin ;)

P/s: Tengok pengantin berarak, aku pulak yang berdebar2. muahaha.

So Tata.

Wednesday, August 4, 2010

Nak Jemput ke Tak?

I should give this credit to Lala sebab introduce this link to me (and also kat korang jugak). this was taken from here (harap jangan la kena saman sebab share dekat sini :D)

Click to enlarge

Refer to previous entry, thanx for those yang share ideas n suggestions. refer dekat gambarajah kat atas ni, sendiri boleh jawab n pikir kot sape yang patut n sepatutnya dijemput kan? ;)

So Tata.

Gara-gara Facebook

Satu malam tu aku berbual2 dengan mak Mr Busy. lebih kurang macam ni la perbualan kami. M=Mak *ehem2*, A=Aku.

M: Hari tu kawan makcik ada cerita masa anak dia punya majlis kawen, dia jemput semua kawan2 dia dekat Facebook (ha sape kata mak2 kita tak up to date?). punya la ramai kawan dia datang tau. pukul 1 tengahari makanan dah abes!!
A: Ha biar betol??!
M: Iye betul.. baru jer berlaku baru2 ni. yer la dia jemput kawan2 Facebook dia. tapi kawan pada kawan dia pown dia bawak. maunya tak ramai.
A: Yeke..
M: Kamu nanti jangan la buat macam tu.
A: Hmmm.. (tak tau nak jawab apa. haha)

Terkelu aku. memang tak komen banyak sebabnya aku baru berniat nak invite all my friends thru FB (yang mana tak bagi kad la). nak buat ala2 event invitation tu la kan. bila dengar cite macam ni what should i do now? tak invite karang ada pulak yang kecik ati. aku ni jenis ati kuman. kecikkkk jer tau. karang ada orang yang ngadu2 tak dijemput mula la aku sentap. rasa serba salah sampai mati. camno ni eh.. korang buat macam mana?

So Tata.

Tuesday, August 3, 2010

O Yeah O Yeah. Dapat Munge!!

Ehem ehem. i dapat munge u. jangan jeles.

Tengok. tengok. kamu ada? takde kan? lalalala.. belek punya belek sama ini bunga. hati manyak munge2 ooo. mana tak nya. delivery ke opis tu. vangga oo. tapi bila belek punya belek. eh2 nama sape pulak ni? oh tidakkkkkk.

Its belong to her!! uhuk uhuk. sedih (pandai la ko berlakon even memang dah tau bukan ko punye kan). ai cik adik manis ni memang bertuah betul la. asyik orang bagi bunga jer. "Kau jual lesung pipit eh Mazni??" haha.

Bertuahnya badan kan. aku? nan ado la. ngehngehngeh. pernah la dapat once, masa konvo dulu2. simpan sampai sekarang tau even dah kering kontang lunyai debu berlapis2. haha. sentimental value wa cakap lu. tapi kan masa moved out hari tu kan kan.. terpaksa kan kan.. terpaksaaaa buangggg!! uwaaaa. terpaksa let go jugak sebab bunga kering tu mengumpulkan bakteria yang tersangatlah banyak. takmo la kena tahan dengan Kementerian Kesihatan sebab jadi punca penyebaran virus *over*.

Tapi ada jugak girls yang tak suka bunga :D

So Tata.

Hai Kamu

Lama jugak ni tinggal blog. mati la nak baca sume updates from b2bs. laju nau korang update kan? tengah slow2 kasi khatam ni :D

Being so busy with pindah-randah thingy. i'm now officially moved! eh apa itu pown ada official announcement ke. lega sebab dah tak payah nak deal dengan orang2 annoying macam ni lagi. penat nak muntah tau? final meeting petang ni, nak dapatkan balik my deposit. mintak2 la takde problem lagi.

Ada update. just a bit busy sebab semalam MC. see aku asyik sakit. Ya Allah permudahkanlah urusanku! Amin..

So Tata.