Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

Yes.. I Owe u! :P

Assalamualaikum ;)
Maaf tak sempat nak update.

Hujung tahun = Closing Account = Busy

Kenapa la aku kawen hujung tahun kan? kan dah takde masa nak update cepat2? muahahaha. sabar yer. biar la basi pown, i akan update jugak. kawan2 blogger yang datang my wedding, gambar nanti i masukkan ok? sebokkkkk sangat nih :D

So Tata.

Thursday, December 16, 2010

Review: Bilik Pengantin

Patutnya aku review pasal engagement n nikah dulu, tapi takmo la. nak skip. sebabnya nanti dalam post nikah akan ada gambar bilik, so tak surprise la kan? eceh. so aku masukkan entry ni dulu yer :P

What i love most about my wedding was my room! yes i really love it. bilik pengantin hasil ilham dan inspirasi dari pengantin sendiri. maunya tak suka kan? hehehe. aku kumpul idea sikit2 sampai la terjadinya bilik yang aku idam2 kan. n perkara yang paling tetamu puji pown, bilik aku la. bukan pengantin, bukan pelamin bukan benda lain. bilik pengantin dah overshadow pengantin weh. ahahaha.

Aku hias bilik ni from zero ok. bilik ni memang kosong n tak pernah orang duduk pown. bilik separa siap masa tu. but now dah fully furnished weh. haha.

Ini jer gambar keseluruhan bilik yang mampu disnap. pink uuuu. lawa kan? kan? :D

Jom kita story one by one.

Cat - the colour

Gabungan dark pink + white. majoriti memang menentang habes la pemilihan kaler aku ni tau. abang2 aku sume tak berkenan kalo aku cat bilik aku tu kaler dark pink. dorang kata kalo nak pink jugak, buat soft pink jer, dark pink tak lawa. terang sangat la, pink sangat la. tapi aku berkeras jugak nak kaler tu. sanggup aku balik kampung 2 minggu berturut2 semata2 nak carik kaler yang aku berkenan. takmo suruh dorang pilih, lain jadinya nanti! haha.

N hasilnya, 100% puas hati! suka sangat2 bila dah siap letak perabot n what so ever hiasan. macam bilik princess barbie uollssss. hahaha.

Perabot

I decided to make it all white. pink + hitam = tak cantek. for me la yer. so i choose white. memang sangat kena dengan warna cat yang aku pilih tu. its soooo lovely :))

So bila set perabot putih, sume yang lain pown aku beli putih. baru la matching kan?

Hiasan

Cermin besar. i bought it from Nilai 3, angkut sampai Ganu nun! giler kental kan? measurement 4' x 3'. the price? it just RM100! saaaangat murah dengan kualiti yang saaaangat bagus. i love it to the max la wa cakap lu. ekekeke.

N dekat bawah cermin hikmat ni, aku letak console table. sangatlah berkontrobesi tau ini console table. merata aku carik warna putih, susah giler nak jumpa tahu? last2 tau apa aku buat? beli jer apa yang ada, kasi spray kaler putih. selesai masalah! haha. terima kasih Mr Busy (masa tu belum jadi suami mithali :D)

Pasu bunga putih, also bought it from Nilai 3. its for RM28. the best price yang aku jumpa for that design. nampak lampu meja juntai2 manik kristal tu? meh close up sket.

Ha lawa tak? lawa tak? i sukaaaaaaaaa. bought it for RM100. also at Nilai 3. see, majoriti items aku angkut dari sana. puas hati tau, berbaloi-baloi :D

The pink carpets n the curtains, also from Nilai 3 :). carpet pink tu sekeping rege dia RM150. beli 2 keping (different measurement) they give me RM280. carpet bulu2 yang sangat soft n sejukkk. masa malam pakai inai aku tido atas carpet jer tau? syokkk. haha.

Bantal bulu2 lembut corak roses, bought them from The Store, Plaza Alam Sentral, Shah Alam for RM19.90 each kot. wall sticker dekat atas kepala katil tu, tak sengaja tempek kat situ. mula ingat nak cabut balik, tapi orang kata comel, so aku biarkan jer la sume ;). ni adik aku yang tolong tampal, tangan dia berseni dari aku walaupown dia adalah seorang lelaki. hehehe.

Flowery frame tu plak, aku DIY. dapat inspiration from Aty sayang. thanks Aty for the idea! mula ingat nak letak atas kepala katil, tapi the colour tenggelam plak. so tempek jer dekat atas meja solek ni. ok la kan! :)

Nampak tak pomander balls tu? tu bukan aku buat. but someone yang sangat baik hati kasi aku pinjam. Mekaseh cayang. nanti i pulangkan yer? ;)

N kesimpulannya, i really L.O.V.E my room! even lepas kenduri pown, tak rasa janggal biarkan bilik dalam keadaan macam ni :)



So Tata.

Teaser: Shah Alam's Reception

11th December 2010



Soon. more pictures :)

So Tata.

Wednesday, December 15, 2010

Nak Tahu Tak?

Nak tahu tak? nak tahu tak? nak tahu tak???

Mokcik tengah sengal + pening tak tahu nak post review pasal apa dulu ni. sume pong mokcik nak publish. nak buat yang ni, teringat yang ni. nak publish yang ni, aishh terlompat pulak. ini la puncanya sampai sekarang mokcik tak publish apa2 review lagi pasal big day mokcik. hahahahaha.

So Tata.

Review: Official Photographer

Assalamualaikum :)

Fuhh fuhh fuhh fuhhhhhhh. kasi tiup sikit, banyak betul habuk! kahkahkah.

Baaaanyaknya benda nak cerita, from A-Z kalo boleh tahu? tapi banyak kekangan. masa n kesihatan. i tak sehat la uollssss.

Lepas majlis resepsi dekat Shah Alam, i MC 2 hari ok. paham2 jer la kan. baru lepas kawen, dah MC. apa orang pikir? hahahaha. giler sengal lah manusia2 yang berpikiran sedemikian. aku ni before kawen lagi asyik sakit belakang yer adik2 kakak2 abang2 sekalian. so lepas kenduri, lagi bertambah sakit sebab 1 hari suntuk dari pagi sampai ke petang pakai heals n berjalan tak berhenti. badan plak dah memang kurang sihat, so kebarangkalian nak sakit ni memang dah dijangka.

Duduk rumah nak curi2 bukak komputer pown hubby tak kasi. baring, tido, rehat saja katanya! stressssss.

Ok so post review pertama, cerita pasal my official photographer (OP) dulu ok? sebab yang ni tak memerlukan gambar yang banyak :D.

Kalau tengok betul2 pada gambar yang aku dah upload, mesti dah tau nama dia.

Yes his name is Syahiran Sukardi (klik untuk pergi ke FB beliau).


 Nah kasi tempek gambar yang hensem sikit lah! :P

Such a nice guy to work with! memang best giler la ngan dia ni. sangat spoting, slumber, cepat mesra, sengal, gila2, komited. n yang paling aku suka, he's got such lots of ideas! kitorang ni yang malu2 n keras macam batu kerikil pown berjaya dilenturkan. hahaha.

Kami kena paksa jalan berkilometer jauhnya, panjat tembok, mandi hujan. n yang paling parah, kena siram air 1 baldi! kahkahkah. seronok giler adik aku dapat kenakan kitorang. but the result, superb!



I love the photos. dia berjaya timbulkan emosi dalam setiap gambar. sangat berpuas hati. n i love it.


Mulut moncong nak kena lempang! haha

Fully booked until June 2011. so beware :D

Yes i've made a right choice by choosing him as my official photographer :) Lambatnya dapat gamboooo.

So Tata.

Tuesday, December 7, 2010

Life After Married

Hari ni genap 4 hari aku sah bergelar isteri kepada Hadi Afiq bin Kamal Din. alhamdulillah life's getting better. hidup makin tenang, dah tak perlu pikir pasal apa2 dah. just teruskan hidup secara normal dan berhemah. haha. antara perubahan yang aku alami sepanjang bergelar isteri ni:

Teguran suami


Yer aku mengaku aku tak la sebaik orang lain. selalu lengahkan solat. now suami selalu tegur. alhamdulillah setakat ni aku tak rasa terganggu walau sikit pown. rasa lebih bersyukur :). tapi yer la orang kata baru2 macam ni semua indah kan. pedulikkk!! haha. tapi satu jer tak suka, sokmo kena paksa bangun awal. kahkahkah.
 
Hubungan dengan adik-beradik

Adik aku pernah cakap masa malam sebelum aku nikah. dia cakap depan mak "Mak nanti Siti dah kawen mesti jadi lain dah". dengan sungguh2 aku cakap "Dok eh, sama jer lah!". yer memang tanggungjawab no 1 aku nanti ke atas suami tapi family aku takkan lupa. kan? kan? tapi sehari lepas nikah jer adik aku cakap "Kan aku dah cakap, mu lain dah.." Entah lain macam mana pown aku tak tau. cara aku cakap sume sama. perasaan dorang kot. maybe aku nak buat apa2 pown hubby mesti ada sebelah. nama pown suami isteri kan? hehehe.

Tapi dorang ni memang kelakar la. kadang2 dorang lupa aku ni dah bersuami. dengan selamba jer masing2 duk masuk bilik nak mintak itu ini. pastu baru la perasan tersasul masuk bilik orang. hahaha. tiga2 orang sume camtu. yang paling tak makan saman adik aku yang bongsu la. ni sampai sekarang, duk dalam bilik aku ni. aku duk tengah tulis blog, hubby tengah tido, dia duk main game henpon. atas katil plak tu! hahaha. naseb baik hubby memang jenis tak kesah. adik.. adik... asyik kena marah dengan abang dan mak pown, duk jugak masuk bilik aku. belum boleh terima kenyataan kot! haha. maklum la dari kecik dia la yang paling rapat :)

Setakat ni tu jer la kot yang aku perasan. yang lain? sama jer kot :D. i'm still Siti Maisarah binti Abd Rahman. hanya yang berubah, i'm now someone's wife :)

So Tata.

Saturday, December 4, 2010

I Am Now His Wife



More pictures to be uploaded soon :)

Friday, December 3, 2010

You Are Invited

Sticky Entry




Majlis akan berlangsung pada:

Jumaat, 3 December 2010 / 26 Zulhijjah 1431H
Kuala Terengganu, Terengganu

Sabtu, 11 December 2010 / 5 Muharam 1432H
Shah Alam, Selangor

Wednesday, December 1, 2010

1 Day & 15 Hours Before

Less than 2 days!

Hari yang agak sibuk. keluar dari pagi cari barang2 keperluan. beli barang masak makan beradab, coklat n 1 lagi barang atas dulang, bayar duit katering n so many more. fuhhh penat!

Duit keluar macam air. lepas kenduri konpem makan megi. padahal sokmo memang makan megi. haha. tinggal esok jer nak buat persiapan apa yang patut. hari ni kena settle these things:
  1. Ambil baju n dulang extra dekat butik. malam baru boleh ambik sebab ada lagi sikit manik nak kena jahit
  2. Buat last 2 bunga dulang. giler tak siap lagi kan? haha. siap bunga dulang, kena sambung settlekan hantaran. kena siap jugak hari ni. esok just buat sireh junjung. makcik marah buat hari ni. nanti layu katanya :D
  3. Pakai inai. yes kena pakai malam ni dulu. kalau tak merah malam esok boleh pakai balik

Apa lagi apa lagi? oh cannot think. bila banyak sangat mulut yang bagi pendapat itu ini kepala otak dah pusing. hohoho. ikut jer lah..

So Tata.

Wednesday, November 24, 2010

DIY: Bunga Tangan Stokin




Its done! alhamdulillah :)

Ada sesiapa nak tempah? hahaha. nak buat untuk diri sendiri pown terhegeh2, ada hati nak buat orang punya pulak? muahaha.

Bunga tangan stokin ni aku akan guna untuk majlis di Terengganu on this coming 3rd December *oh just 8 days to go*. aku tak tau mana nak cari kedai jual bunga hidup la kat sana. uhuk uhuk. so taknak ambik risiko, just buat bunga ni. lagipown stokin ada banyak lagi lebih. tak tau nak buat apa. nak buat extra bunga telur, oh tak sanggup! :D

So Tata.

Monday, November 22, 2010

What a Stressfull Morning

As promised, baju bertandang aku akan siap hari ni 22 nov. early morning, aku mesej butik's owner.

A: Salam. baju saya dah siap ke? boleh jumpa hari ni?
B: Esok, tq
A: Kak saya tak banyak masa dekat shah alam ni lagi. janji lain tapi jadi lain

No reply. so aku sambung. dah bengang 

A: Saya tau la akak ni sebok sangat dengan artis. tapi akak kena ingat, saya ni customer jugak. jangan buat lebih kurang je

Darah dah naik sampai otak kot. serius rasa nak langgar jer kereta dekat depan aku tadi. then she replied.

B: Ok fine u datang today, but hope u jangan terlalu emotional, u untung coz i tak caj u harga baju baru, also pelamin panel tiada caj tambahan. your deposit paid only RM500, sepatutnya u should pay half payment, our procedure 1 week before majlis u should settle total, tq.. c u petang ni

Then dia sambung lagi.

B: Sara u pengantin, i respect u as my customer, but u dont simply blame me anything, if u nak satisfy i can return ur money..tq

What do u expect? last minute macam ni, is it the right time for me to cancel everything?

A: Pasal deposit, itu akak yang tetapkan kan? akak yang cakap just give 500. kan? then pasal baju, akak cakap memang akan dapat baju baru sebab u baru bukak butik. so how? bukan saya yang at first request all that. akak pon faham keadaan bride to be. there are lots of things to be settled down. n kenduri saya plak bukan dekat sini jer. so bab macam ni, i really hope that u can help me to make it done faster so i can focus on the other thing. bukan nak menyusahkan sesiapa

Hambek. panjang lebar aku merepek. bengang tahu?

B: Baju tu dah ada, memang baju tu as per disscuss cuma i hope u can consider bukan dengan cara melenting macam ni pagi2 hari..bukan caranya..if u cakap nicely everything can be settle, tak perlu u simply blame people, Insyaallah bendanyer ada..

Macam aku sorang jer yang buat masalah..

A: Saya dah banyak kali kot try to cakap baik2. but akak asyik sibuk n seems like ignoring me sometime. i just want to make sure everything is under control. akak faham better kan coz u dah biasa liase with others.

Thats all. no reply from her anymore.

Am i making trouble? i just want to make sure semua benda berjalan dengan baik. bukan satu benda ni jer aku kena settle. baaaanyak lagi. i just have 3 days in Shah Alam. n i will be home for almost 2 weeks. dah takde masa untuk fitting n tengok baju bertandang lagi.

3 days n there are loooots of things lagi nak kena buat. tolong la jangan kacau schedule aku.

Aku cuma nak semua ni berlalu cepat.

Friday, November 19, 2010

DIY: Guestbook Ekspres, Murah & Jimat

Lagi berapa hari jer ni.

Guestbook benda wajib yang kena ada on my wedding. nampak macam perkara kecik jer. tapi aku nak sangat2. untuk kenangan kan?

Mulanya nak tempah, tapi satu buku tu dah RM80. mahal kot?

Pk punya pk malas plak rasanya nak buat beria. simple2 sudah la kan? janji ada. lagipown masa dah suntuk maa. tak payah ngada2 nak buat vogue2.

Siap in 1 day. guestbook paling simple di alam semesta! ingat lagi portfolio yang kita selalu buat time sekolah dulu? time study dulu? haa gitulah rupe guestbook aku ni. takde apa yang special pown. tapi i sukaaaa :D.

Guestbook ni aku combine for both side. nape kaler kuning? sebab ni jer kaler yang ada dekat opis aku. kertas nipis murah pulak tu. ahahaha. giler pemalas bakal pengantin ni kan? ok2 nanti kalo aku ada masa aku cari kulit cantik sikit ok? penuh bunga2 ker? hahahaha.

Dekat dalam aku just tulis nama jer. got an inspiration from Huda. tapi dia punya lagi neat la for sure. aku punya buat sendiri. semua kos office yang tanggung. ahahaha. ampun bossss :D

Jangan lupa tinggal jejak anda yer nanti!

So Tata.

Thursday, November 18, 2010

1st Fitting: Tak Seronok?

 Entry Tertangguh

I have a problem. not 'a' actually. baaanyak problem sebab badan macam tong drum. nak kawen tapi tak reti2 nak kawal makan. hari tu diet kaw2 tapi badan pulak tak boleh accept. nak exercise pown badan tersangatlah cepat sakit. so redha jer lah dengan bentuk badan yang sedia ada T__T

Dah 2 minggu berturut aku balik kampung. bukan dekat, Terengganu tu! tapi nak buat macam mana, banyak benda wajib settle.

Benda paling penting, tengok baju! entah macam mana rupa pown masa tu, aku tak pasti. bila sampai kedai, terus mata melilau cari baju. n bila tengok, oh ok la. berat betul. penuh dengan bead. try pakai n muat ngam2. tapi tak suka. lengan nampak besar. pinggul nampak besar. memang dah sedia besar pon. sepatutnya tak terkejut kan? tapi tak seronok. Mr Busy cakap cantik sebab memang ngam kena dengan badan. tapi aku tak seronok. lengan besar. punggung lagi besar. tak suka!

Mood: Down tetiba T__T

So Tata.

Tuesday, November 16, 2010

Testing: DIY Hantaran

Ingat tak nak buat post ni. orang kata nanti basi. tapi takpelah, nanti entah sempat entah tidak nak update semua kan?

 Abaikan dawai yang belum potong tu. testing katanya :D

So what say you? nak mintak pendapat, tambah or tolak apa yang patut? amatur la katakan.

So Tata.

Friday, November 12, 2010

Formal Invitation

The cards are ready to be sent. saje aku takmo hantar awal2, nanti orang lupa!

For address, aku tak print. tulis tangan jer semua. seronok! tapi maaf tulisan awal2 jer cun. dah ke belakang macam hampeh. kahkahkah. janji pakcik posmen boleh baca :D. tunggu kad i sampai yer? kad murah jer u ollss. tapi info cukup. insyaAllah.

So Tata.

Wednesday, November 10, 2010

Tipu-lah!

Ticker dekat atas tu rosak. kan? kan? kan?

DIY: Pomander Balls

Ok takmo cerita sedih2 lagi ok? kawan2 b2b kata, nak kawen kena senyum selalu, jangan stress2, take it easy n enjoy the moment sebab satu masa nanti kita akan rindukan saat2 ni. thanx a lot kawan2 sume. i feel like crying bila baca kata2 semangat dari kamu :')

Apa pown yang jadi, preparation kena jalan kan? takmo sedih2 emo2 sampai tak boleh buat keje ok. dugaan sikit2 tu biasa la. kalo takde halangan, tak mencabar la kan? eceh berlagak pulak. kena cobaan sket mula la merah mata tu! muahaha.

Ok2 tutup story yang tu.

Lunch semalam i went to Mydin USJ. nak beli bunga for my pomander balls. orang buat, i pown nak buat jugak u. dah banyak kali usha bunga kat situ. murah beb kalo banding ngan tempat lain. cuma tak tau nak beli yang macam mana jer.

So semalam pilih punya pilih, i came out with decision.


Bunga matahari ke bunga daisy?

At first nak beli bunga ros. tapi takde saiz yang bersesuaian. lagipown masa housemate aku nak kawen dulu dia dah guna bunga ros kecik2. mak aihh susahnya nak cucuk dekat bola tu. kena pakai jarum peniti plak. menyusahkan dan menyakitkan tangan! takmolah. n nasib baik jugak jumpa bunga ni. sangat bersesuaian!

Balik rumah terus jalankan projek. tak sabar sebab dah lama simpan bola gabus ni. housemate aku dulu tersilap beli saiz besar. so aku ambik for my own use. oh dia beli dekat Sin Yin. aku tak pernah pegi Semua House. sadis kan? 

1st kita kasi potong itu bunga.

Batang bunga ni keras. so senang nak cucuk dekat bola tu.

And done! 5 of them. suppose ada 6. tapi bunga tak cukup. lunch ni nak pergi beli lagi sikit.

Costing: Pomander balls 

Bola Gabus: RM3/pc
Bunga: 1 tangkai (5 kuntum bunga) = RM1.90
1 pomander ball: 5-6 tangkai bunga = RM1.90 x 6 = RM11.40
Total cost: RM3 + RM11.40
=RM14.40

Kalau beli puluh2 ringgit (RM30 ++). buat sendiri lagi best. jangan risau senang jer ok. trust me ;)

P/s: Aku nak tambah lagi pomander ball ni. tapi memang dah tak sempat nak pegi sana. ada sesape nak pegi Semua House? nak kirim pelessssssss :D

So Tata.

Monday, November 8, 2010

Celaru

Ok aku cuba tak nak tulis, tak nak cerita dekat sini. takmo la cerita stress2 sebenarnya. tak tau lah. masa nak tulis ni rasa macam nak menitik air mata. pehal entah.

Lebih kurang 3 minggu jer lagi before majlis. and just tinggal 2 minggu untuk aku prepare sume benda yang besar2. 2 minggu lagi dah balik kampung, bercuti panjang. n masa tu, aku dah takkan ada masa dan tenaga untuk pikir dan urus benda2 yang aku patut settle sekarang.

Duduk dekat kampung 3 hari, takde apa dapat disettle, kecuali kek. cat tak beli lagi. so bilik belum cat n perabot tak boleh hantar lagi. mana mau letak.

Pergi butik nak tengok baju, tapi khamis ni baru sampai. "akak oii saya bukan ada banyak masa kat kampung. takkan tiap2 minggu nak balik". susah jugak sebab the owner dalam pantang. 15hb baru habis pantangnya. masa tu baru boleh dia tengok betul2. lagi berapa hari jer masa tu, apa perlu saya buat sekarang? depan dorang buat2 cool, tapi dalam hati menangis. cuma tak bersuara jer.

Sempat jugak curi2 masa cari console table for my room. dah jumpa yang berkenan tapi kaler hitam jer sume. please la, takkan takde produce kaler putih langsung? benci bila time kita nak, sume takde. abang ngah cakap, "takpelah hitam pown". takkan kot?? yang lain sume putih. benci! bukan nak cerewet sangat tapi memang akan nampak sangat janggal if ambik kaler tu. dah2 malas nak cakap. kalo ada, ada la. kalo takde, berserah. tak payah gatal2 nak ada console table bagai. cukuplah perabot yang dah ada *sedapkan hati*.

Baju bertandang pown tak tau cerita. will call u, will inform u. thats all the owner said. please, i just have couple of days saja! should i start crying now? T__T

My officemate asyik MC. pembawakan budak. yes tak boleh salahkan dia, satu hari aku pown akan alami masa macam dia. dan masa tu aku pown tak tau macam mana keadaan aku. dia takde, semua benda aku kena buat. aku lah receptionist, aku lah buat admin, aku lah buat account. can u imagine how kelam kabut i am? Puan Manager, kalo ko baca ni, buat2 tak tau jer lah aku blogging time tengah banyak keje ni. otak aku dah nak pecah.

Orang cakap bakal pengantin tak boleh stress, tak boleh pikir banyak sangat. tapi kalo bukan aku, sape lagi nak tolong pikirkan? sape lagi nak tolong settlekan segala benda dekat atas ni?

Kalaulah kamu boleh baca perasaan saya sekarang

Costing: Bunga Pahar

Kain stokin = RM1.30 each
1 keping = 4 kuntum bunga (8 petals each)
Kos 1 kuntum bunga:
RM1.30/4
= RM0.325 

Dawai = RM0.08 each
1 dawai = 4 petals
Kos 1 kuntum bunga:
RM0.08 x 2
= RM0.16

Manik:
RM0.03 x 2
= RM0.06

Bunga kecil (4 kelopak) = RM0.05

Daun:
RM0.13 x 2
=RM0.26

Ribbon:
RM0.03 x 3
=RM0.09

Net = RM0.02

Pelilit = RM0.05

Lidi = RM0.02

Total cost:
RM0.325 + RM0.16+ RM0.06 + RM0.05 + RM0.26 + RM0.09 + RM0.02 + RM0.05 + RM0.02
= RM1.035

Kos2 dekat atas tu aku dah kira yang paling maksimum. so total cost lebih kurang RM1 sahaja. kalau beli dekat kedai paling murah aku pernah jumpa RM2. tu pown design yang sangat simple. kalo design yang aku buat tu mungkin dalam RM3-RM5. jimat banyak kan?

Cuma 2 benda jer yang tak jimat. masa dan tenaga. jadi renung2kan dan selamat berDIY. peace! :D

 Eh2 tetiba ada gambar penyangak 

So Tata.

Friday, November 5, 2010

Banjir dan Kenduri

Hujan dan banjir ni kita tak boleh duga bila akan berlaku kan. sekarang dah masuk bulan 11, dah masuk musim tengkujuh. kita pown dah biasa dengan berita banjir bila tiba jer musim tengkujuh ni. bagi yang merancang nak buat kenduri mesti kena pikir panjang.

Sekarang Kedah dilanda banjir teruk. family bakal mertua abang ngah pown tak terkecuali kena berpindah-randah. majlis dorang lagi 3 minggu jer. agak2 sempat tak air tu surut? kalau tak surut jugak macam mana? kena la cari alternatif lain nampaknya. maybe kenduri ditangguh dulu but settlekan yang wajib. abang aku dah tak sabar nak menikah. hahaha. apa pown, mintak segalanya dipermudahkan. amin.

Banyak negeri dah banjir, tapi Terengganu belum lagi. insyaAllah doa banyak2 rumah aku tak naik air yer.

So Tata.

Thursday, November 4, 2010

Checklist: Balik Kampung

Deepavali aku balik. raya haji duk tempat orang. camno? "Nak wat camne mak, cuti Tie tak banyak" uhuk uhuk. so dalam 3 hari ni kena siapkan benda2 ni:
  1. Cat bilik - kena beli n cat terus. takmo suruh abang beli, nanti tak kena kaler yang aku nak.
  2. Perabot - bila bilik dah siap, boleh suruh dorang hantar terus perabot yang beli hari tu. tak sabar i nak deco bilik ni. eceh :D
  3. Pergi butik - tetiba rasa macam nak tengok baju lain. buleh? ahaha. bukan apa, baju yang kakak tu order belum sampai2 lagi. agak risau la jugak kan. so saje la nak tengok2 baju lain. for back up. ha baju laki sekali kena tengok. hari tu belum settle lagi.
  4. Tempah kek - mana mau cari ni? orang kata aku orang kampung lupa daratan sebab dah tak tau perkembangan kampung. haha. ok so kek for hantaran n kek for potong kek kena cari ni. abang2 adik2 i kan orang jati kampung. kalau tak tau jugak aku ketuk sorang2! muahaha.

Eh apa lagi, apa lagi?? tadi macam banyak, sekarang macam tak banyak plak. ahahaha. jap2 nak gilap otak. dah berkarat kot.

P/s: Malam ni balik kampong. o yeahhh.

So Tata.

Wednesday, November 3, 2010

Bunga Pahar: 100% Done!

Finally! Alhamdulillah.. syukur sangat. akhirnya siap jugak. genap 1 bulan sebelum majlis n my bunga pahar dah siap sepenuhnya. malam tadi bersengkang mata sampai pukul 2 pagi sebab nak kasi siap jugak. pastu pagi bangun dah bengong. ingat jam pukul 745, rupanya dah 845. buleh? haha. bayangkan ofis hour pukul 830 tapi pukul 930 baru aku sampai opis. wakakaka. giler kental. aku mesej bos gtau lambat sket sebab terbangun lambat. haha. berterus terang giler. amponnnn yer bos. 1st time ni kan? haha.

Meh2 kita jenguk hasilnya.


Masa ni belum siap lagi. dalam proses untuk tambah ribbon dan net.

Bunga aku ni memang ada macam2 tone kaler. sebabnya beli asing2. so probability untuk kaler tu berubah memang ada. tak kesah la kan. janji pink.

Ni close up bunga pahar yang dah siap. dulu aku pernah post pasal ni. refer to this entry. n dari penyelidikan n pengkajian (ceeewaaahh), aku buat renovation sket. dekat bawah bunga ros tu aku tambah bunga kecik 4 kelopak n ubah ribbon. maybe still nampak kosong but cukuplah. tak larat dah eden! :D

Semua dah siap masuk kotak. 100 of them. nak simpan terus sebab malas nak tengok dah. haha.

Untuk pengetahuan korang, those bunga pahar were 100% design n done by me myself. dari potong dawai, bentukkan, dawai, ikat stokin, bentukkan sampai jadi bunga, manik, bunga kecik, ikat ribbon, net. pendek kata semua lah aku buat sensorang. penat toksah cakap la kan. tapi aku saaaaangat puas hati. berbaloi la tangan bengkak pown kan. hahaha.

So korang, kalau ada niat n kesungguhan, mesti boleh! aku ni bukan kategori rajin tapi kalau ada effort semua boleh jadi. mulanya aku tak yakin pown aku boleh buat. tapi aku kuatkan hati jugak. mesti boleh punya lah kan! eh2 dah jadi sesi motibasi la pulak. muahaha.

Tapi project belum selesai sepenuhnya. lepas ni nak kena buat bunga dulang n bunga tangan pulak. eceh berlagak gigih. haha.

So Tata.

Monday, November 1, 2010

My Bro: Reaksi Sengal

Last night abg ngah tumpang tido dekat rumah. sebenarnya aku nak berlagak dekat dia, nak tunjuk bunga pahar yang aku buat sendiri tu. haha. TAPIIIII..

Bukan dia nak puji ke apa. masuk jer rumah terus sound aku.

"Pink semua. serabut lah mata aku tengok dekat rumah nanti"

Siot giler! bukan nak puji kesungguhan aku buat itu ini. tapi dikatanya serabut sebab kaler pink? dah nama pown kaler tema pink, mesti la pink kan?

Kalo kaler hijau baru lah cerah mata dia! sengal.
 
P/s: Bunga pahar dah nak siap. lagi 15% kot?

So Tata.

Sunday, October 31, 2010

Bloggers' Day [Wedding Xora]

Am home. tak pergi wedding Zaila. sorry dear. Mr Busy kena masuk kerja. biasa la orang kerja shift, waktu kerjanya tak menentu :(

But but but.. i am really excited meeting all of u, bloggers!! tak sangka ramai yang datang on wedding XORA. sampai jer terus melilau cari muka yang familiar. n mangsa pertama is SK. haha. then AMELYN. lepas tu masuk dalam n saw bloggers duduk dekat 1 meja. senang keje! hehehe. meet HANA YORIEE, NORA, KHUMAERA, SYAZ, YANIE and their fiances. meja penuh so i kena lepak meja lain. so sad :P

Sambil makan mata tak duk diam. aku ni cekap sungguh cam muka orang. hampir semua blogger yang aku pernah tengok gambar, aku kenal tau. sampai Mr Busy cakap, "Ramainya budak blog. ayang kenal semua ke?". Welllll. hahaha.

Eh who else eh. oh yes CIK BELLE. then KAY KAMAL, ELYAELMO. thats all kot yang aku sempat salam n kiss2. haha.

Ada lagi. nampak muka macam kenal, REEN! aku buat muka selamba pergi tegur. nasib baik tak salah orang. wahaha. PUAN T ada kat sebelah, i tegur jugak ok :)

See? i am really good in recognising u girls! haha.

P/s: gambar tak boleh nak upload lagi. later ok. korang2 cepat masukkan!

So Tata.

Wednesday, October 27, 2010

Baju Nikah Express

Baju nikah dah selamat hantar ke tailor. o yeahh! lunch semalam terus bergegas ke Kelana Jaya. jauh jugak oo from USJ nak sampai ke sana. Yumie, tau kan kat mana? :P

Nah kasi gambar sikit. khas untuk Yumie cayang :D


It was a very very simple kain. no beading at all (as requested by the tailor jugak). sekali tengok macam kain langsir pown ada, bak kata Mr Busy. haha. takpelah janji ado.

Aku cuma buat a simple baju. kain satin belah dalam buat dress maxi labuh n lace dekat luar buat design kurung moden. eh paham ke? haha. aku serahkan semuanya pada that Auntie. i trust her (insyaAllah) sebab baju raya hari tu dia yang buat n aku selesa. lagipown dia memang selalu jahit baju pengantin. so tak perlu risau lebih2. she will try to make it on or before 20/11/2010. ada masa 5 hari untuk alter or anything before balik kampong n cuti panjang!

So Tata.

Tuesday, October 26, 2010

Eden Buek Kojo Gilo!

Lagi 37 hari nak nikah, kain baju nikah baru beli semalam. gilo!

Ni sume last minute punya decision. mulanya ingat nak pakai 1 baju. tapi mak n Mr Busy suruh pakai baju asing2 for nikah n resepsi. so decide nak sewa jer la terus dari butik yang sama. sewa jer dah RM100+-. bila kira2 balik, buat sendiri lagi berbaloi. leh simpan wat kenangan n tunjuk kat anak2 bila tua nanti. tapi tak bangga pown kot tunjuk kat anak sebab mak ekau maso mudo gomok! haha.

Ok2 serius please. so balik kerja semalam terus pergi kedai kain. bukan Jakel. i takmo sebab i kan pengantin kedekut. haha. masuk jer kedai tu terus tengok kain yang tergantung. harga murah giler. balik umah tunjuk kat mak Mr Busy. then kena sound sebab beli kain satin murah. kan i dah kata i kedekut. haha. tak kesah la mak cik. i malas pk panjang. lagipown tailor i dah warning jangan beli baju batu2. susah nak jahit. lagi 1bulan++, what do u expect kan?

Mr Busy lagi senang. beli baju melayu siap. haha. kan aku dah kata, tinggal 37 hari jer. ni la akibatnya! tapi kan masa dia try baju putih bersih tu, tetiba i macam terjatuh cinta plak. nampak cahaya keimanan weh! hahaha.

So Tata.

Thursday, October 21, 2010

Tanda Lelaki Sayang

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu? Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekaligus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
 
Sumber: Tentang Cinta 
 
So Tata.

Wednesday, October 20, 2010

Template Mengumpul Alamat Secara Online

Wah tajuk skema tak hengat. penat tu aku pikir tajuk apa nak tulis. hahaha.

Ok gini. most of u mintak aku share cara yang aku guna untuk collect address from bloggers dekat blog aku ni. tak tahu yang mana? ha tu dekat atas tu aku tempek. template untuk mengumpul alamat korang2 sume. senang kan cara tu?

Yes it was very effective sebab for me sendiri pown, aku malas sebenarnya nak email kasi alamat dekat orang. tapi dalam kemalasan tu tetap jugak aku email :P. malu pown ada jugak kot. aku pemalu ke? wakaka. macam tak kena jer kata adjektif tu. ahaha.

Ok2 back to the topic. actually aku tau pasal template ni dari salah sorang kawan blogger kita jugak. i asked her how to use it and she emailed me the link n i really love it! tapi dear sorry sangat2 i dah lupa mana satu blog u coz dekat bloglist i ni terlalu banyak link b2b's blog sampai sometime terlupa sapa nama tuan punya blog even tiap2 hari baca! dear please klo u baca ni, say hai ok. i kena kasi kredit dekat u :) - eh2 dah tau sape tuan punya badan. tenkiu Macemellow!! :)

So kalo korang nak guna template tu, just click HERE.

Cara2 nak guna:
  1. first klik button "use this template"
  2. then edit la ape yg korang nak, tukar background dia kat "theme".
  3. then if nk publish kat blog mcm aku buat tu, juz ambik embed kat "more actions".

Got it? hope it will helps!

So Tata.

Misi Separuh Accomplished

Balik keje semalam terus cabut cepat2. pukul 5.22pm dah duduk dalam kereta (sorry bos i ponteng 8 minit :D). niat utama nak ke Nilai 3. since masa beli perabot hari tu Mr Busy suruh tambah lagi 1 side table, lampu meja pown kena la tambah nak kasi balance. eh lupa nak cite, aku dah beli lampu meja yang comel kaler pink ada bling2 n manik2 kristal! i like i like :D

So dengan kentalnya terus menuju ke sana dengan semangat waja. dah la kena gi sensorang. diulangi ALONE. nak wat camne Mr Busy keje shift, pastu dah abes shift OT plak. nak tambah pendapatan la katakan. pung pang pung pang gerak dari USJ pukul 5.30. sampai sana pukul 6. kental. pergi ngan Mr Busy dalam 40-45 minit. jangan pecah rahsia. eh mana ada laju, mana ada :D

Sampai jer sana, terus cari toilet dulu. tak tahan dalam kete sejuk! hehehe. pastu semangat ni cepat2 menuju kedai lampu yang aku pergi hari tu. sekali sampai, kedai TUTUP. yes TUTUP!! serius aku rasa sengal giler time tu. stresssssssnyaaaaa!! Nilai 3 tu bukan dekat oiiii. adoyaiii.

Abes takkan aku nak balik tangan kosong jer kan. terus rasa terumbang ambing. haha. dah alang2 dekat situ, aku pergi la masuk 1,2 kedai. n bought some items. bunga gantung, bunga manggar n some ribbons for my hantaran. malas nak pikir sebenarnya. ambik terus bayar.

Sampai rumah dalam pukul 7.45pm. teringat agenda malam tu. oh nak ke carrefour dengan Mr Busy n his sister. nak beli alas dulang. buat sendiri jer u. jimat sangat2! bought some metres of kain satin n kain organza. aku suka aku suka. seronok ;)

Balik rumah kental mendeko bakul hantaran. aku ni cerewet tahap dewa punya orang. tapi aku betul2 dah malas sangat nak pikir. n hampir pukul 3 pagi baru la siap 9 bakul hantaran aku tu. siap tampal ribbon n hiasan lain. penat nak mam la weh!! tapi takpe janji jalan. kalo aku tak buat tu, entah macam mana la aku nak mula. mak cerewet oiii. eh ada lagi nak buat, bunga n hiasan lain belum buat lagi. belum siap lagi. no no no.

Lupa nak snap gambo. aku teringat dekat bantal busuk aku jer time tu. haha. tak hengat nak ambik2 gambo bagai dah. nanti la yer aku share. nothing to be proud about coz it just a very very very simple deco from mine. tak lip lap lip lap kebabom pong :P

So Tata.

Monday, October 18, 2010

I am a DIY's addict

I had a very busy n hectic weekend. bukan weekend jer, start minggu lepas, balik jer dari keje terus mengadap bunga2 aku yang entah bila nak siap sambil layan drama Chinta.

On saturday, continue my DIY projects, making my bunga stokin for bunga pahar, bunga telur, bunga dulang n maybe for my bunga tangan also. oh please dont ask berapa banyak yang dah siap. rasa nak nangis! T__T

Tido malam pown tak teratur. tertido atas sofa depan tv sebab penat sangat buat bunga. serius, makan tak tentu, tangan dah calar-balar *uhuk uhuk*. all what i think about is my coming big day. tinggal lagi 45 days jer. can i make it? can i finished all my DIY projects?? i keep thinking about that (but of course tangan tak pernah berhenti bekerja), sampai termimpi2.

Aku mimpi bangun pagi dah hari nikah, hari kenduri. bilik pengantin belum cat, perabot belum susun n takde hiasan langsung dalam bilik tu. baju nikah pown tak sempat nak tukar, and im just wearing my daily baju kurung on my big day!

Serius bila bangun tu rasa tak berani nak tdo dah. haha. see how much im worried about that. hmmmm T__T

Semalam (sunday), bertungkus lumus siapkan lipatan kotak n ikat ribbons on them. got help from Mr Busy n his sisters. tapi aku takmo kalah, buat jugak dengan sungguh2. dapat banyak warning from Mr Busy not to do all those works, nanti sakit aku datang balik! yes memang betul2 kena. tengah malam belakang aku buat hal lagi. nasib baik Mr Busy belum balik. pergi klinik but klinik pulak tutup. just makan ubat yang doktor bekalkan sebelum ni. and alhamdulillah, its getting better :')

Pray for me ya sayang-sayangs semua. saya sangat tak keruan di saat ini :(

So Tata.

Tuesday, October 12, 2010

From Shah Alam to Kuala Terengganu

Entry lepas macam pisang goreng panas daa :D

Last weekend sempat balik kampung nak settlekan a few things. and alhamdulillah, urusan2 tu sume dipermudahkan oleh-Nya :). walaupown ada jugak perkara2 yang agak melecehkan, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat selesaikan perkara2 yang agak besar. even sempat balik on weekend jer (it took almost 8 hours journey ok!), tapi puas hati sangat2!

Borang Kebenaran Nikah - sudah selesai!

Before aku balik kampung, aku dah mintak tolong abang ambilkan borang kebenaran nikah (RM1 for Terengganu), and booking tok kadi. nasib baik tarikh aku nak kawen tu masih kosong. dah kena bagitau siap2 pukul berapa nak nikah n kena warning jangan duk tukar2! hehehe. yer la tok kadi ni bukannya nak nikahkan aku sorang jer. so aku balik ni just settlekan urusan borang nikah jer la. isi segala benda yang dia nak tu, then submit ke pejabat agama. eh nak tau tak, borang kebenaran nikah negeri Terengganu dalam jawi tau! tapi aku tak tulis jawi la.. bukan tak pandai, cuma takut ada kesalahan ejaan. bukannya hebat sangat pown! hehehe.

Aku rasa sape yang jadi orang Terengganu ni untung tau sebab proses dia tak renyah sangat. dekat Selangor pengantin kena datang jumpa tok kadi sendiri n bawak wali n saksi kan? punya la aku tanya abang aku macam2, rupanya tak payah pown sume tu. dorang just mintak ic n tandangan wali jer. ayah aku tak balik kampong, so aku jer yang tiru sign! eh2 ini rahsia, jangan bagitau orang tau! hahaha.

Tapi surat kebenaran belum dapat lagi. akak pejabat agama tu bagi tempoh sampai 18/11/10. aku tanya la dia, "Eh kak, memang lama yer nak siap?". dia kata "Adik punya tarikh nikah ni lambat lagi. boleh kalau kita nak bagi awal tapi takut terjadi kes dokumen hilang. kalau hilang adik kena buat semua sekali dari awal tau. lagipown adik ikut prosedur, so biasanya takde masalah. tiap2 hari ada banyak kes urgent nak kena settle dik. ada kes dah mengandung dulu lah, kena tangkap khalwat lah.. so kita dahulukan yang tu dulu.""Ooooo" :D

Perabot Bilik Pengantin - dah booking and full payment made!

7 kedai perabot aku meronda. 7 ok! penat Mr Busy melayan (nasib baik ada bodyguard ikut aku balik. hehe). takpe katanya, kena buat pilihan yang terbaik. dari segi harga n design aku tilik satu2. akhirnya Lavino jugak jadi pilihan. set perabot serba putih seperti yang aku idamkan. suka! :)

Aku dah malas nak pikir banyak dah, terus buat full payment. tapi maybe sebulan lepas tu baru aku suruh dorang hantar. bilik aku pown belum siap lagi ni!

Homestay for family bakal in-law

Kebetulan Mr Busy ikut aku balik ni, aku bawak dia sekali tengok homestay yang bakal dorang duduk nanti. for me, sangat ok dah. besar n murah! tapi keputusan di tangan mereka, up to them to decide :) 

P/s: Jadi co-pilot lebih penat dari driver rupanya! :P

So Tata.

Thursday, October 7, 2010

Kenapa Duit Hantaran Kau Sikit Sangat?

Perbualan di pagi hari..

A: Aku tengok kan, orang sekarang kawen, duit hantaran sampai belas2 ribu. 12 ribu, 13 ribu.. ish seram aku dengar!
B: Yer la barang sekarang sume mahal2, kos makin naik. Sarah jer yang letak murah sangat.
A: Aku tak nak bebankan bakal suami aku. banyak lagi nak guna duit. lagipown benda lain dah banyak guna duit dia. duit hantaran tu pada nombor jer!
B: Orang sekarang dah tak letak dah jumlah macam Sarah letak tu..
A: Takpelah.. insyaAllah cukup la tu..

Kos perbelanjaan makin hari makin mahal. harga barang semua makin naik. nak buat kenduri kahwin masyaAllah banyaknya pakai duit!

Apa pown, bertolak ansur lah dalam perhubungan. katanya susah senang kita bersama. takkan la semuanya nak bebankan bakal suami kan. dan janganlah sesekali terlintas perkara macam ni dalam hati:

"Eh orang tu letak duit hantaran ribu riban weh. mana boleh letak sikit sangat. malu la aku nanti!"

So Tata.

Tuesday, October 5, 2010

No 2 Dah Hilang. Hambik Kau

No 2 sudah hilang. sekarang sudah muncul no 1. 1 yes 1. 1 bulan ++ jer lagi! sendiri mau ingat la kan.

Tak payah gatal nak meroyan. everything seems to be under control. ok cool down Sarah, cool down. tarik nafas, hembus.. tarik nafas, hembus..

Eh pesal nak cuak sangat? semua ok la. betul semua ok!

Ok la sangatttt....

So Tata.

Sunday, October 3, 2010

Jihan & Fauzi Wedding Ceremony

Berderet oo jemputan kawen. lepas satu, satu. sume rasa nak pergi. yer la bila dah ada kelapangan n kesempatan, kena la cuba penuhi undangan tu. macam yang pernah aku cakap kat sini dulu la :). tak rugi tau meraikan majlis orang. orang jemput tu datang jer la. makan free weh! hehehe.

Hujung minggu kali ni aku ada 2 undangan. tapi 1 jer yang sempat pergi. yang 1 lagi dekat N9 nun. sorry yer Penna, could not make it! :(. Ha yang aku pergi siang tadi, kenduri si Jihan comel (2nd of October 2010). kawan blogger kita jugak.

Nak dijadikan cerita kan, buleh aku lupa nak bawak kad?? bukannya tempat yang biasa aku pergi. Teluk Panglima Garang tu. pernah la pergi, tapi sampai Sijangkang jer la. so nak tak nak redah jer nak cari lokasi majlis. nasib baik jalan dia senang n dewan tu betul2 dekat tepi jalan jer. kalo tak entah sampai entah tidak ke situ. hehehe.

Kami sampai sebelum pengantin. kami memang sangat lapar, so makan sepuas hatinya la! kehkehkeh. ada lagi 1 cerita ni tau. kami nak bukak botol air mineral. bukan main ketat weh. merah tangan aku duk memusing. adik Mr Busy pown sama, tak boleh bukak weh. ketat nak mam! tengah kami duk bersusah payah tu, tak perasan plak abang DJ duk usha. hahaha. siap suruh kawan dia tolong bukakkan lagi. malu kami :D. Sekali dia pusing, terus terbukak. kagum sekejap sampai terlopong. haha. kudrat lelaki kan. eh terima kasih abang gagah! :D

Ok kita layan pica plak.

Pelamin nan indah!

Centerpiece. tengah kami duk syok makan, pengantin pown sampai. ala2 Arab rupanya rombongan ni. dari pengantin sampai la kepada dayang2 nya. semua berpurdah. wahh!!

Sorry gambar tak clear sangat. zoom dari jauh jer.

All pink. pink memang jadi pilihan la. dah 3 majlis berturut2 aku pergi, semua pink. hebat la kuasa pink! hehehe.

Mak aihh makanan pengantin. yummy2 nya! "abang pengapit, ada kerusi kosong tak kat sebelah??" hahaha.

Pillow cake idaman kalbu ;). ada 3 tingkat ni. jadi separuh sebab nak fokus muka pengantin.

Dannnnnnn wajib la ada gambar dengan mempelai kan! comel betul la si Jihan ni tau. happy for u Jihan! :)

Lepas say hai2 bye2 n congrats to her, i mintak diri. congrats once again Jihan! :)

On the way balik. tengok sengal. nak ambik gambar dalam cermin. tapi konfius nak tengok dekat mana. sampai sudah tak menjadi. haha sengal.

Eh sape lagi yang pergi? susah la nak cam korang coz ramai yang tak letak gambar sendiri dalam blog. rugi tau. kalo tak boleh sembang2 =(

So Tata.