Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

2011 is Leaving. 2012 is Coming!

The last day of the year is here now!

Pejam pelik pejam pelik dah sampai hujung tahun. hari ni hujung tahun eh, 31 Dec 2011. hari ni aku cuti, tapi hubby keje. duk umah sorang2 lagi lah macam biasa :(

Dekat rumah in law ada buat mesyuarat n ada makan2. ok bab makan2 kena highlight hahahaha. meeting start after Asar tapi aku still jugak kat rumah. tunggu hubby balik pukul 7 nanti lah. after Maghrib baru gerak. ok aku ni menantu yang tak berapa nak baik herherher.

Okeh the new year 2012 is coming. kalendar baru pown dah berlambak2 ni hehehe. apa resolution baru?

Aku cakap terus terang lah, yang aku dah malas nak ada apa jenis resolusi pown. sebabnya resolusi sejak 11 tahun lepas pown tak tercapai2 lagi sampai sekarang hahahahaha! so we just go with flow saja. hidup bersederhana, janji selesa. apa yang ingin dicapai, bakal dicapai n telah dicapai, simpan dalam diari sendiri jer lah.

Happy new year 2012 uollsss!

Moga hari yang mendatang penuh dengan:
  • Kejayaan
  • Kebahagiaan
  • Kegembiraan
  • Dan keberkatan

Amin :)


P/s: Susu Mamil Mama ni memang sedap betul lah! tak rasa muak langsung bila minum ;)

So Tata.

Friday, December 30, 2011

Nak Beli Ke Tak Nak, Nak Beli Ke Tak Nak Niiii

Tak boleh tido malam. tak boleh tido malam. tak boleh tido malam teringatkan katil ni oiiiii....


Memang idaman sanubarilah.

A: Waaa bestnya tilam dia. berapa ni?
S: Ini 6 ribu
A: Wooooooo. u takde yang murah2 sikit ke? mahal sangat lah <--- dialog orang yang takde duit tapi berangan nak katil mewah
S: Ada. dalam sana X ribu. 


Simple yet elegan


A: Lawanya!!
S: Yang ini tengah promotion 50%. harga asal X ribu. katil harga lain. tapi sekarang tengah offer. jadi beli ni dapat katil free. lagi dapat soft pillows free. tilam ni ada 10 years warranty
A: Waa.. bestnya. lembut giler tilam dia
S: Ini 100% Latex maa. u duduk sini, i lompat hujung sana takde rasa ooo
A: Sampai bila offer ni?
S: Sampai hujung bulan ni saja
A: Hmmm.. ok lah nanti i datang balik lah. kasi fikir dulu yer

Keluar jer dari kedai bla bla bla discuss ngan hubby. kami betul2 dah jatuh cinta pandang pertama sama itu katil lah. tapi bila kira bajet sana sini, macam semput jer hahaha. dengan mak nak guna duit lagi..

Diamlah aku menunduk seribu bahasa... katil idamanku..... huhuhu

Masuk kereta, duk bebel lagi.

"Bestnya kalo dapat katil tu.. lama dah orang nak katil macam tu awak. katil idaman kita tu"

Bincang punya bincang, we came out with decision. takmo pk panjang lagi dah.

Esoknya, kita kasi angkat! 



We go for king size sebab aku tengok queen size macam lah pulak. kami kan XXL hahaha. its quite pricey tapi takpelah. brand pown bagus.

Ada 3 pilihan warna. white, beige n dark brown. we choose ______ colour hehehe. nanti dah sampai lah aku kasi review.

Tak salah aku rasa berbelanja lebih sikit untuk tilam. lagipown dah berbulan2 kami tunggu nak beli tilam n katil for our room <--- jangan ditanya mana kami tido sebelum ni! hahahaha. memang niat hati nak beli yang elok terus. beli biar puas hati. insyaAllah kalo tilam elok, kuranglah masalah sakit belakang aku nanti. tido berkualiti lah konon lepas ni hahaha.

Alang2 dah ada dalam Carrefour, g survey bed sheet jap. yang kat rumah sume queen size. so nak tak nak kena lah beli yang baru.


Macam2 design lah ada. tapi akhirnya tak beli pown. bila katil dah sampai nantilah baru beli. tengah pening nak pilih kaler sebenarnya hahaha. bolehhh?

So Tata.

Keperluan -- Kehendak

Aku sebenarnya nak cakap pasal Keperluan vs Kehendak ni. manusia ni kan, kadang2 tak boleh nak bezakan mana satu kehendak, mana satu keperluan. contoh:
  • Makan adalah keperluan. tapi makan di restoran hebat adalah kehendak.
  • We need transport. contohnya kereta. sape tak berangan bila BMW lalu sebelah? siap cucuk2 suruh kita ke tepi sebab kete dia jauhhh lebih pickup dari kete kita? tipulah kalo kata tak teringin. tapi itu sume kehendak. kalo tak ada pown tak jadi satu bebanan dalam hidup. bila ada tu yang terbeban nak membayor bulan2! kalo mampu, takde hal. ini kes orang yang kurang mampu macam aku lah.
  • Handphone. bulan ni ko beli henpon baru, bulan depan dah keluar model baru. yang kehendaknya tinggi, sanggup trade-in everytime keluar model yang dia berkenan. itu semua kehendak ok! tak beri kesan apa2 pown kalo ko tak tukar. henpon sekarang ni function dia sama jer sume. yang beza, rupa bentuk. keperluannya, kita cuma perlukan alat komunikasi. tapi kenapa ya nak membazir?

Kalau nak senaraikan kehendak sendiri, tak kan habes. lagi ko pk apa yang ko nak, lagi bertambah2 keinginan untuk benda2 lain.

P/s: Ingat tak entry ni? apek tu bagitau aku tadi, nombor yang naik 8383 bukan 8585. alahai sikit jer lagi! hahaha

So Tata.

Thursday, December 29, 2011

Antara Keperluan Ibu & Kehendak Kami Suami Isteri

Di saat2 genting..

Yang mana perlu diutamakan?

Keperluan ibu
Kehendak kami suami isteri

Yes we have that money. tapi dari awal lagi kami dah ada perancangan. dah lama kami tunggu. setahun. bukannya sekejap. tapi di saat2 akhir, mak datang dengan hajat..

Mahu ditolak, tak sampai hati..
Mahu disangkal, kelu..
Mahu menidakkan, tak terkeluar dek kata2..

InsyaAllah kami dahulukan mak. kehendak kami (yes we can say it as keperluan), kemudianlah..

InsyaAllah rezeki Allah itu maha luas :)

Kembara Char Kuew Teow

Aku memang SUKA giler makan char kuew teow!

Semuanya bermula bila aku belajar dekat UUM, Sintok, Kedah. dulu2 apa benda char kuew teow pown aku tak tau. dengar pown tak pernah. yer lah aku ni orang Ganu. Ganu mana ada char kuew teow ni beb. pastu bila masuk matrik pulak, dekat Gambang, Pahang. lagi la tak nampak kelibat char kuew teow pown. mungkin lah kat Pahang ada tapi aku tak pernah tau pown kewujudan makanan ni.

So bila dah sambung belajar ke Kedah nun, mula lah aku diperkenalkan dengan char kuew teow ni. mula2 aku pelik jugak. apa benda lah char char ni. try la makan coz kawan2 kata bestttttt.

Bila makan, wahhhhh memang best pown! huh terus jadi 1 of my peberet food lah. mana2 pergi pown kalo boleh nak makan char kuew teow jer. menu lain tolak tepi dulu kalo jumpa char kuew teow nih..

Tapi biasa la, banyak kedai, banyak tempat yang jual, macam2 perisa lah yang aku jumpa.

Ada yang best giler!
Ada yang ala2 jer..
Ada yang hampes tak rasa apa!

Tapi.. aku tak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba hehehe.

Bila dah abes blaja pulak, keje dekat Selangor. ni 1 lagi tempat syurga makanan. ko nak makanan apa. ko nak makanan melayu? makanan india? makanan cina? makanan indon? makanan jawa? makanan barat? makanan thailand? cakap jer.. sume ada!

Lagi lah senang keje aku untuk memboyotkan badan hahaha.

Tapi walaupown dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dari pelbagai bangsa, pilihan pertama tetap jugak char kuew teow herherher. n bila dah terbunting ni, lagi lah menjadi2 selera nak menelan char kuew teow.

Masa awal2 preggy dulu, aku tersangatlahhhh suka tengok cite Warung Kita. aku ni memang dah dari dulu, kalo tengok orang makan, aku pown naaakkk makan jugak. dalam keadaan memboyot, lagi lah menjadi2 perasaan naakkk tu.

Yang crew Warung Kita ni pulak, suke bebeno tunjuk episod yang dorang pegi makan char kuew teow. meleleh2 air liur wa cakap lu tiap2 kali tengok. apa lagi, misi pencarian pown bermulalah.

Balik dari keje, singgah ke Alam Megah, area rumah in-law. situ biasanya char kuew teow dia mantap (tekak aku rasalah). tapi nak dijadikan cerita that time aku beli tak rasa hape. tawar. tak sedap!

Stress... merana hohohoho.

Call hubby yang tengah keje, suruh dia tanya kawan2 dia mana nak cari char kuew teow sedap. nada merayu masa tu rasa macam nak mintak pelempang jer! hahahaha.

Hubby yang tidak sanggup menghampakan harapan bini dia yang tengah mengidam ni tanyalah pada kawan2 dia mana tempat char kuew teow terbaekkk. dapatlah suggestion 2,3 tempat.

So esok lusanya bermulalah penjelajahan kami mencari char kuew teow idaman tekak. pergi 1st place, tak jumpa. pusing 2,3 kali tak ada pown kedai! huhuhu sedih!

Hubby kata ada lagi 1 tempat tapi jauh sikit sampai ke Meru.

A: *sambil buat muka mintak pelempang* Jauh sangat la pulak......
H: Takpe kawan abang kata dia tutup lambat. kita cuba jer pegi, kalo tutup, kita pegi lain kali ye? <-- masa tu dah almost 10pm kot
A: Ok.... *sekali lagi muka macam tempoyak basi*

Bergeraklah kami from Shah Alam to Meru. nasib baik jalan tu kami agak familiar sebab tu jalan yang sama kami guna kalo nak pegi mungurut aku dulu.

Nak jumpa kedai tu pown 1 hal jugak. bercintalah kami duk usha sume kedai kat situ. last2 hubby call kawan dia tanya betul2 which kedai yang dia bagitau tu. memang susahlah nak jumpa sebab kawan dia kata kedai tu takde signboard pown! bolehhh???

Pusing punya pusing.. akhirnya jumpalah kami. mulanya risau tersalah. tapi tengok dari description yang kawan hubby bagi macam betul dah. pastu nampak tukang masak tengah ketang ketung memasak kat depan tu (dapur dia kat depan kedai jer). ok sah kedai yang betul.

Terus order, char kuew teow special please! semestinya udang mau lebih hohohoho.

Order sampai, makan. ok sedappp! makan dengan gelojoh sampai kulit udang sume aku telan hahahaha. dah habes, bersandar. puas hati. rasa nak lagi. tapi perut dah penuh. hubby tanya nak bungkus ke tak. aku dengan tamaknya kata nak.

Then balik dengan senang hati. perut happy hahahaha!


**********

And that was about 3-4 months ago. maknanya dah lebih kurang 3-4 bulan lepas tu aku tak pernah sebut lagi dah pasal char kuew teow. gitu rupanya penangan orang mengidam yer? herherher.

Tapi tetiba semalam datang balik rasa mengada2 tu. terpaksalah hubby yang sangat penat baru pulang dari keje melayan karenah bininya herherher.


Semestinya char kuew teow special untuk saya herherher.

Perut kenyang suka hati lalalalala.



*Dialog yang berlaku sebelum sampai ke tempat yang dituju*

A: Awak u-turn jer kat sini. cepat sikit sampai. depan sana jauh sangat
H: Sini tak boleh u-turn ni *tapi stereng tengah pusing u-turn dah*
A: Takpelah cepat sikit sampai
H: Ni kalau ada polis habes la ni. malam tak apa lagi lah
A: Ala takpe.. kereta tak ada tu
H: Takpe lah, berani mati berani buatlah
A: Ehhhhh salah lah!!! berani buat berani tanggunglah........ kalo tak pown sebut jer berani mati
H: Ooooooo

P/s: Aku rasa nak buat kamus untuk setiap perumpamaan baru yang keluar dari mulut dia lah hahahaha.

So Tata.

Nombor Ekor --- Nombor Kereta Aku??

Semalam balik dari keje, sorang guard ni tegur. jiran office kami lah. kebetulan aku park kereta betul2 sebelah office dia.

G: Hari ni i beli nombor kereta u
A: Nombor kereta i??
G: Yer lah.. itu i beli nombor u tadi (sambil tunjuk kedai nombor ekor)
A: Oh yeke?? u beli nombor kereta i?
G: Yer lorrr. tadi i beli
A: Hahaha. esok kalo menang u bagitau i tau
G: Haaa esok kalo menang i kasi belanja u makan!
A: Hahahaha ok!

Sekali betul2 ong nombor kereta aku macam mana? hahahaha.

Sampai rumah cerita dekat hubby. tergelak besar dia. tapi dia kata nombor cantik susah nak menang. 8585 cantik kewww?? hahaha. katanya staff number dia selalu dapat 1st prize. tapi kenapa dia tak pernah beli kan? hahaha bongok punya soalan. eh2 nak tau ke nombornya? PM please harharhar.

Cakap pasal nombor ekor ni kan.. tiap2 kali hari Rabu mesti benganggg jer aku. tau kenapa? sebabnya kereta akan berpusu2 parking dekat tepi jalan sampaikan kita nak keluar simpang pown susah sebab tak nampak kereta yang lalu lalang. silap2 boleh accident tau tak!

Yang lagi buat aku menyampah adalah pembeli2 nombor ekor ni majoritinya adalah Melayu dan aku pasti mereka adalah Muslim. tak rasa malu langsung. sebab tu lah orang Melayu ni tak maju2 <-- sorry to say lah yer.

P/s: Persoalannya sekarang... kalo betul lah apek tu menang kan, boleh ke aku makan makanan yang dia belanja tu?? sumber sah2 la dah haram! hohoho.

So Tata.

Wednesday, December 28, 2011

Tempahan Barut

Hari Jumaat minggu lepas lagi dah dapat. baru sempat nak update pasal ni. i bought it HERE.

Sume aku tempah 3 set x 5 pcs/set = 15 barut. semuanya jenis bertali. mulanya ingat nak try yang zap on tapi risau lah nanti kena kulit baby takut sensitif pulak. maknya ni kulit sensitif.. mana la tau turun kat anak pulak hohoho.


1 set of cotton flannel bercorak. saiz M = RM24/set.

Corak sume aku tak pilih sebab aku macam pening sikit lah hohoho. last2 aku suruh jer Kak Mazlina yang pilihkan. yang penting kaler merah, hijau n biru.


1 set of cotton flannel (plain). saiz M = RM23/set.

Yang ni pown aku tak pilih kaler. tak kisah sangat lah. janji kainnya ok.


And 1 set of cotton putih. saiz S = RM18/set.

Memang aku sengaja beli 2 saiz. mulanya ingat nak beli saiz L, tapi bila ditanya dekat Kak Mazlina ni, dia kata L is too big for a newborn. takut jadi baju pulak nanti hahaha. so its ok lah, ambik S n M. ni pown dah besar aku tengok.


Then aku beli tungku herba baby ni for RM16. kecik tinonet jer. lebih kurang separuh tapak tangan jer kot.


So ada sesiapa berminat nak order? :)

So Tata.

Attractive Munchy's Oat Krunch

Aku rasa aku tak pernah beli kot Oat Krunch ni. beli pown sebab kali ni tin dia menarik tertarik kebaboooomm!


Flavour strawberry and blackcurrant lagi ha. manja nyewwwwww :D

Takpe, nanti bila isinya dah habis, boleh buat isi barang <--- ayat penyedap.

So Tata.

Jom Minum Susu

I'm using Anmum before. am thinking to change, tapi tak tau what brand should i use.

Then bila ada promoter datang n cite tentang kebaikan susu ni, apa salahnya mencuba kan?


Mamil Mama. for me and also for u baby! yang penting, its yummy yummy. rasa sebijik macam aiskrim vanilla. oh i prefer the original one. tak suka sangat coklat.

Dear baby:
"U take lottttsss of my calcium honey"

Semalam jer ada satu gigi pecah. i'm shocked! nasib baik dekat dalam. kalo dekat luar, dah rongak ok. inilah padahnya bila malas minum susu. setakat dah 7 bulan preggy ni, baru jer habis 700gm susu. wowwww "banyaknya"!!!!

Nasihat kepada mereka2 yang nak jadi ibu, or bakal jadi ibu, or sudah menjadi ibu, drink enough milk ok! its very good for u n your baby. please dont be like me. menyesal kemudian tiada gunanya sobsobsob.

Ok so lepas ni berjanji pada diri sendiri, pada hubby n pada baby jugak, will drink at least 1 glass of milk per day. insyaAllah kena rajin dan kuat semangat. chaiyok2!

So Tata.

Tuesday, December 27, 2011

What A Looooong Weekend


Today orang dah start keje. but me still terbongkang dekat rumah. not feeling well lah. so total cuti untuk hujung minggu ini adalah 4 hari! giler tak bosan???

Sabtu - di rumah
Ahad - pagi: di rumah, petang: di Mydin
Isnin - di rumah lagi
Selasa - MC + di rumah lagi dan lagi dan lagi

Ahad jer masa berjimba sebentar dengan hubby di Mydin. the other day, he's working sobsobsob.

But never mind, macam lah tak biasa ye dak?

So that Sunday, we went to Mydin to buy some stuffs. lama jugak tak pegi sana. dulu sokmo lah pegi coz dekat. now bila dah stay kat Jalan Kebun, quite far jugak lah. beli barang dapur pown selalunya dekat Econsave sini jer.

Alang2 dah pegi Mydin ni, kita skodeng lah baby's stuff sekali ye dak? then jalan punya jalan, ambik serba sikit barang yang perlu, jumpa pulak baby cot yang comel ni.


Terus teringat dekat Ira coz dia ada post dekat blog dia pasal baby cot yang lebih kurang macam ni lah kot. the price is RM200++. sumpah lupa the exact price. masa tu ingatkan boleh ingat. rupanya mak dah tua la uollssss. ampun :D


Dah lama carik set macam kat atas ni. such a cuteeyyyy! kaler blue + pink gittewww. like like like ;)


Nappy liners ni sesaje jer beli. nak test dekat baby nanti. kot lah sesuai kan. kalo tak sesuai pown tak lah terasa sangat coz just RM6.90. kalo ok, boleh jimat dekat napkin pakai buang nanti kan?

And some other small things lah. bila update baby's checklist, alhamdulillah dah banyak settle. almost 90% i can say. just small2 thingy jer yang perlu add up lagi.


Target dari rumah. yummmyyyyy!!!

So Tata.

Pejam Pelik Pejam Pelik

One fine day..

H: Ayang dah berapa bulan?
A: Dah 7 dah awak
H: 7 dah? pejam pelik pejam pelik dah 7 bulan kan
A: Apa dia??
H: Yer lah pejam pelik pejam pelik dah masuk 7 bulan dah. kejap jer kan
A: Hahahahaha. bukan pejam pelik pejam pelik lah. pejam celik pejam celik
H: Haaaa pejam celik pejam celik lah.. bla bla bla bla

I am very used to it lah. never mind :D

So Tata.

Friday, December 23, 2011

Sale Lagi!!

Mak kental uollsssss. nak ambik gambar tunjuk kat korang punya pasal tau?


Tengok parkinson!! hahaha. mana tak parkinsonnya. kete tengah banyak. nak sampai roundabout pulak tu. sempat lagi aku bukak tingkap snap bunting ni hohoho. konpem orang belakang pot pet pot pet :D


Aku nak fokus iklan kat bawah ni ha... ada baby sale lagi. brand Mamalove. ok ke eh? dekat giler pulak dengan rumah aku. aku gtau hubby:

A: Awakkkk ada sale barang baby lagi tau!
H: Kat mana?
A: Dekat kota kemuning ni jer. dekat jer ngan umah kita.
H: Ok kali ni kita pegi pagi2 tunggu depan pintu
A: Hahahaha

Tau kenapa? sebab stress mengingatkan sales Pureen hari tu lah. baju best2 sume orang dah borong. kami dapat baju cikai2 jer hohoho. tapi tak tau lah sales yang ni macam mana pulak.. clothing belum tau lagi ada ke tak kan.

Apa pown tunggu 6-8/1/2012 ni lah. kita seranggg!

So Tata.

Pedih Dada..

Sakit ni dah berlarutan seminggu. before aku balik kampung hari tu lagi.

Aku ingat lagi masa hari jumaat tu aku makan nasik lemak Petronas. saje nak test. sekali suap macam nak berapi mulut ni. pedas masyaAllah! tapi aku continue jugak makan. nak buang membazir plak. aku ni pulak memang jenis hantu pedas hohoho. tapi nak perabih 1 bungkus tu masyaAllah azabnya... sambil makan sambil tahan pedas. makin lama makin pedih dada, makin berapi. mula tu ingat biasa jer. last2 sampai ke petang tak ok jugak. makan apa2 jer sume rasa pedihhhhh jer dada ni. padahal aku dah elakkan semua makanan yang bercili. n sampai lah ke sudah tak ok2 jugak...

Then semalam nak gerak balik dari office, call hubby and tell him sakit macam makin teruk, tak hilang2. he ask me to go to doctor straight away from office coz dia kena keja pukul 7pm, memang tak sempat la dia nak teman. so then aku pegi klinik yang biasa, Klinik Noor Hajar S27. but this time bukan Dr Ashikin yang bertugas. but its okay jer lah, dah sakit sangat.

Bila sampai turn, masuk bilik doc. pastu buleh aku renung muka doc tu lama2? nak tau kenapa?? sebab..... muka dia sebijik sebijut macam Dr Ashikin! saling tak tumpah.

A: Eh macam Dr Ashikin lah!
D: (Sambil senyum) Saling tak tumpah yer?
A: Tu lah saya ingat Dr Ashikin tadi
D: Muka jer yang sama..

Aku rasa doc ni dah terbiasa sangat dah orang tegur macam tu hohohoho. mati2 aku ingat Dr Ashikin lah. tapi teringat balik dulu Dr Ashikin pernah cakap kalo yang muka macam dia tu, tu kakak (or adik dia. aku dah lupa). ohohoho adik beradik.. tapi bukan muka jer yang sama. cara bercakap, suara, badan.. eh sume lah! saling tak tumpah. macam magik lah hahahaha.

Eh aku ni nak cerita pasal doc pulak ke? kena tukar tajuk entry ni herherher.

Ok so sembang2 borak2 lah dengan Dr Atiliana ni. i told her all my problems bla bla bla. sakit dada 1 hal, yang baby asyik mengeras dalam perut pown 1 hal.. dari lunch sampai ke petang, rasa tegang jer perut ni. sampai senak2 lah.. so cite lah sume dekat doc..

Doc tekan2 perut n dia kata baby besar. kalo tengok keadaan perut (dia cek sambil tekan2), katanya macam dah 30 weeks. padahal baru jer approaching my 28 weeks. eh first time lah orang cakap baby aku besar! before ni sume cakap kecik jer. takkan cepat beno baby beso dalam masa 4 minggu ni hohoho. but that one traditional way lah. just anggaran.

Yang paling best, boleh skodeng baby! hehehehe.

Pastu saje2 jer lah gedik dengan doctor suh skodeng anu dia agagaga. aku bagitau lah result last scan macam mana. Dr Ashikin cakap dah 90% confident its a _________ :D. tapi saje jer lah kan. Dr Atiliana pown skodeng lah jugak n nampak samar2 coz kaki baby bersilang. dia kata insyaAllah betul lah tu apa Dr Ashikin cakap. ok lega :P. takpe nanti next checkup dekat KK, boleh skodeng lagi!

Ok so actually apa masalah yang aku hadapi adalah:

  1. Sakit dada a.k.a pedih dada tu memang berpunca dari makanan pedas yang aku makan tu. sebabnya baby dah semakin membesar, ruang perut dah makin sempit. asid plak makin banyak terhasil. perut dah memang luka pulak.. dats y lah pedih dada tu susah nak hilang. plus gastrik pulak. haiyoooo
  2. Baby keras - she dont think that dah ada contraction (takot aku. yer lah dah nak masuk 28 weeks @ 7 months ni, maunya tak cuak?). dia kata baby bukan keras kejap2 come and go. kepala baby memang kat bawah tapi still boleh nampak kepala dia in full. kalo dah nak bersalin omaigod kepala baby biasanya akan nampak separuh jer sebab dia dah turun.

Alhamdulillah nothing's serious. maunya eden tak riso?

So dapat lah 3 jenis ubat ni..


Untuk gastrik

Kurangkan asid dalam perut. sakit gastrik, kepedihan dada, ketidakhadaman - i'm having all these problems


Stomach pain

Nak baik. nak sihat kan? no more skip2 makan ubat yer? seksa tauuu huhuhu.

So Tata.

Thursday, December 22, 2011

Menu Malas

Nasi putih kosong + telur dadar

Menu malas untuk dinner sorang2 uhuhuhuhu.

So Tata.

Bedding: Tempah Sarung Tilam & Bantal


I bought this set for RM75

Saiz tilam ni ngam2 untuk baby coat. tapi dah ada set tilam, masalah bab sarung pulak. hari tu dah tanya MIL boleh tak dia tolong buatkan. dia kata boleh. but bila di pk2 balik, rasa macam nak tempah jer lah. macam menyusahkan MIL plak kan.

Bila kira2 total harga untuk sume ni, still ok lagi lah.

Lagipown tempat yang aku nak tempah tu ada banyak design yang comel lote menarik tertarik. kalo nak beli sendiri macam tak reti la pulak nak pilih kain hahaha.

N semalam dah settle tempah dah. tak sabo nak dapat nih hohoho. nanti dah dapat aku review yer?

P/s: So for bedding, dah boleh tutup buku :). nanti nak tempah barut pulak. berkenan dengan barut macam Aty tempah. insyaAllah will go for it jer lah :)

So Tata.

Wednesday, December 21, 2011

Shopping @ Pasar Besar Kedai Payang

Lepas ambik kad nikah, kami straight away ke Pasar Besar Kedai Payang. mak nak beli dodol katanya. rasa macam pelancong lah pulekkk herherherher.

Mak aku ni kalo balik kampung mesti nak aje pegi Pasar Payang ni. nak beli dodol lah, nak beli kuih jala emas lah, nak kopok lah, macam2 lah. tak ke macam pelancong tu hohohoho.


Korang penah pegi sini? macam2 adaaaaa. harga memang murah2.


SE RM1 ~ maksudnya SATU RM1 yer kawan2 :D


Telur penyu pown hado. musim mahal sekarang. 10bijik = RM35. tapi sian penyu kan. dia bertelur beratus2 sambil menitik air mata tapi orang kita senang2 jer kutip/ambik telur dia kan? patut lah penyu dah merajuk takmo naik bertelur kat Rantau Abang nun huhuhu.


Hubby borong kopok sira. aku beli ni, sagon kelapa. ole2 untuk kawan2 opis. ni packaging baru tau. dulu dorang balut guna kertas jer. ni kira dah upgrade lah. dorang guna tube yang macam straw cendol tu. sedaaaaap hehehe.

So Tata.

Kad Perakuan Nikah

Dah setahun menikah baru nak ambik kad hohoho. alaaaa bukan salah aku jugak. jabatan agama ni yang lambat.  sijil nikah dah dapat lama dah. kad pulak, nikah bulan 12/2010, kad siap 08/2011. 8 bulan tu!


Aku pown bukan lah selalu dapat balik kampung kan. time raya hari tu balik lah, tapi pejabat pulak tutup. so last weekend balik, sempat lah pegi kejap. nasib baik pejabat kat Ganu bukak on sunday.


Senang kan ada kad macam ni?

Oh yer, kitorang tak payah pegi buat kad ni sendiri pown. kalau di Ganu, before akad nikah tok kadi akan mintak gambar bakal suami isteri n duit RM113 kot. lupa lah. then tok kadi akan hantar semua ni terus ke pejabat agama n pejabat agama akan terus proses kad kita. senang keje. kalo nak harap pegi buat entah bila lah boleh buat hohoho.

P/s: Dekat Selangor kena pegi buat sendiri kan?

So Tata.

Friday, December 16, 2011

Beruntungnya Perempuan Yang Mempunyai Rahim

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...
  1. Dia bekerja dengan Tuhan.. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
  2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
  3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
  4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
  5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
  6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

Wallahualam :)

P/s: Malam ni nak gerak balik kampung. nak kena standby barang baby tak? kena ke? mana lah tau kan...

So Tata.

Wednesday, December 14, 2011

KFC Free Double Zinger Burger Combo!


Ini betul2 bukan cobaan! korang kena percaya sebab aku dah beli pown tadi hohoho. syarat2 dia:
  1. Print this coupon either in colour or black n white - aku print hitam putih sajer
  2. Tak valid on public holiday
  3. Promotion sehingga 15 Januari 2011
  4. Valid dengan pembelian apa2 sahaja di KFC - tak kisah lah korang nak beli apa pown. dari yang termurah sampai la yang termahal. beli apa2 saja, boleh dapat set kat atas ni for free! tapi dia kata 1 barang 1 coupon. maknanya kalo nak dapat lebih dari 1 set, kena beli lebih dari 1 barang in different bills. macam aku tadi, aku beli 3 mashed potato, buat bil asing2, dapat lah 3 set ni for free! :)


Ramai orang cakap dah tak valid. dekat FB KFC pown dah announce. ni aku quote apa yang dorang tulis.

Dear KFC Fans,
Due to the overwhelming response on the FREE Double Zinger Burger Combo online voucher, we would like to inform that the allocated stocks for this online promotion is FINISHED! We REGRET for any inconvenience caused and we THANK YOU for all your support. Please look out for more amazing deals from us very soon!:)

KFC ni nak tiru mcDonald kot. tapi tak sampai berapa jam release, tetiba buat announce kata tarik balik. apa daaaa. 

Tapi aku pegi tadi ok jer lagi. depends on outlet jugak kot. maybe outlet yang aku pegi tadi (USJ20) still belum dapat info dari HQ kot. so apa aku beli?


3 mashed potato. cost = RM2.25 x 3 = RM6.75


Tapi dapat semua ni!!!! silalah percaya. giler tak best?

Ok esok nak try lagi la herherher.

P/s: Baik korang pegi cepat, mana tau ada certain tempat dah tak valid ke?

So Tata.

Persepsi: Scan Baby di Dalam Kandungan - Perlu atau Tidak Perlu

Bila ditanya pada orang, perlu ke nak scan anak dalam kandungan ni? penting ke? jawapan mereka:

Eh mestilah perlu!!
Selalunya golongan yang palinggggg suka n paling ramai kata perlu ni adalah mereka yang akan menyambut anak pertama. giler tak teruja nak tau anak kita kat dalam perut tu macam mana? then kalo couple yang dah ada anak pown, kadang2 mereka ni lagi teruja. yer lah, kalo dah ada sorang anak pompuan, kalo boleh yang kedua mintak2 lah lelaki kan. tapi kalo dapat perempuan jugak, itu rezeki dari Allah, kita cuba lagi :D

Tak payahlah.. surprise la sikit!
Memang kental lah mereka2 yang boleh sabar for almost 10 months tak nak scan anak dia kat dalam perut. gua respek lu la der!

Apa pown terpulanglah pada hak individu.. nak scan, silakan. duit poket sendiri yang keluar. yang penting:
  • Kepuasan
  • Tak menyusahkan orang

Got it? so kalo pada siapa2 yang kata scan ni tak perlu ke, kasi surprise ke, terpulanglah.. kalo kamu tak nak buat, janganlah dikondem mereka2 yang nak scan tu. anak dia, perut dia, duit dia..

Suka hati dia la nak skodeng anak dia berapa kali pown
Suka ati dia la nak skodeng anak dia laki ke pompuan pown

Jangan nak over sangat kondem orang boleh tak?

So Tata.

Tuesday, December 13, 2011

Perut Senget!

Tak sempat nak snap masa lagi jelas nampak senget!

Baby memang suka duduk belah kanan. kalo time dia mengeras, tegangggg jer perut dekat belah kanan. belah kiri jarang2 lah sangat. belah kanan tu lagi empuk agaknya dak?? hohohoho.

So Tata.

Monday, December 12, 2011

16 Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.


Menakjubkan eh?

So Tata.

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu oh Ombak Rindu oh Ombak Rinduuuuuuuuuuu

Ramainya orang buat reviewwwwwwww. jeles tau mau nengok jugak! nak tengok jugakkkkk!!




N malam tadi berjaya book tiket yeayyy!! kena extra charge pown extra charge lah. janji dapat seat!


Oh Hariz.......
I'm melting.................

Sape2 yang kata cite ni tak best, meh sini aku luku.


Selesai menonton:

A: Awak kita nampak awak macam Hariz lah
H: Sape Hariz?
A: Hariz lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
H: Hariz mana?????
A: Awak ni nampak sangat tak fokus tengok wayang kan?
H: Oh Hariz tuuuuuuuuuuuuuuuu. tapi rambut dia petak, rambut abang botak!
A: Ishhhhhh suka hati orang lah nak kata awak macam Hariz pownnnnnnnnnnnnnn






Bongok lah aku ni.


Forever he will be my 'Hariz' =)))

So Tata.

"Nanti Kita Dah Tua Awak Nak Cari Lain Tak?"

Tengah malam beberapa hari lepas, hubby balik keje, layan tb jap cite Dilema Wanita.

Kisah dia pasal 1 pasangan ni yang suami dia curang. wife dia sendiri jumpa gambar perempuan lain dalam briefcase suami dia. n di pandangan wife si lelaki ni, that woman jauhhh lebih cantik n muda dari dia. dia tau suami dia yang salah tapi dia tak salahkan suami dia, but she blame herself sebab dah tua n tak cantik lagi dah after 10 years of marriage (dia kata tak cantik tapi aku tengok mantop jer si Fiza Elite tu hohohoho).

So si isteri ni pown bersusah payah ubah penampilan diri. tukar fesyen rambut sebijik macam that woman, ubah cara berpakaian, make up n siap buat pembedahan sedut lemak lagi sebab nak menandingi perempuan berkenaan. tapi dia terlalu obses sampaikan suami dia pown hairan n tak suka (coz suami dia dah mengaku itu salah dia sebab curang tapi dia dah janji takkan ulangi lagi).

Tengah2 syok layan cite tu, terpacul lah dari mulut becok aku ni:

A: Nanti kita dah tua awak nak cari lain tak?
H: Nak buat apa... sorang pown dah tak terlayan!

Hahahaha agak2 boleh percaya ke tak?


3 December 2010 ~ 3 December 2011

Masih setahun jagung usia perkahwinan kami. semoga ikatan ini akan terus diberkati-Nya. insyaAllah :)

No celebration at all. mencik ahh. bukan mencik kat hubby tapi mencik kat diri sendiri coz i am not able to prepare anything for him. on our anniversary (tepat 12 tengah malam), hubby keje shift malam. so i just call him n borak bla bla bla. macam yang dijangka dia akan lupa punya hohohoho. but its okay lah, i dont mind pown <--- coz he is always like that lah!

Paginya bila hubby balik dari keje, aku heret dia pergi Pureen Clearance Stock pulekkkk.


Penat 'berperang' dekat sana, balik rumah sume terbongkang kepenatan. malam tu teringin nak makan Domino's Pizza. pegi beli then balik rumah makan. lepas tu tido. that's all! nothing special pown :(. but its okay lah, that day we both behave very goooooodddd. no lah masam2 muka or gaduh2 kecik tu. everything went smooth sajer. okay lah tu kan? its better that nothing :)

Then besoknya lunch di rumah.


Thats all!

P/s: Cuba try tanya soklan camtu kat hubby korang. cer tengok apa reaksi dia plak :D

So Tata.

Friday, December 2, 2011

4D Scan of Our Little Junior

Alhamdulillah dapat jugak buat seperti yang dirancang. tak sabar2 nak tunggu 6 months tau? dah siap booking date lah dengan hubby <-- maklumlah orang biziiiii :D

Ok so we did it dekat Klinik Noor Hajar Seksyen 27 Shah Alam (03-51928434). last datang sini dulu, lebih kurang masa 4 months preggy, doc ada cakap tak lama lagi akan sampai mesin scan baru. dah boleh buat 4D scan. terus teruja lah masa tu! terus cakap dekat hubby nanti dah 6 bulan nak pegi scan dekat situ. nasib baik dia ok this time :P

The charges sangat murah! just RM95 for 4D scan + gambar berwarna + cd. worth it kan? just walk-in saje. doctor dia pown best. aku dah biasa dengan doctor ni, Dr Ashikin. doctor lain pown ada jugak but aku selalu jumpa dia lah. a very nice doctor.

Berkobar2 kami nak tengok wajah baby.


But baby malu!!! dia takmo tunjuk muka langsung. nampak sipi2 jer. nampak lah sikit hidungnya, matanya. but the whole face memang terlindung. doc kata sebab muka dia betul2 rapat dengan uri masa tu. alaaa... kaco lah! hohohoho.

Tengok photo dekat atas tu, yang hitam tu nampak macam rambut kan? yes aku pown ingat macam tu! hahaha. but doc kata bukan. katanya tu adalah tulang sekeliling otak dia (kalo tak silap aku lah). ooo gitu hehehehe.

Aku siap boleh cakap depan doctor.

A: Nampak macam sempittt sangat dia kat dalam tu kan doctor?
D: (Tersenyum) Dekat dalam tu lah tempat paling selesa sebenarnya.

Eh? yeke? tak ingat lah time dalam perut mak 26 tahun lepas hohohoho.


Nampak tak dia macam tengah hisap jari? u so comellll :')

Alhamdulillah Dia sempurna, dia sihat. syukur ya Allah :')

Bila dah balik, hubby tak habes2 cakap baby kitorang kurus. dia salahkan aku sebab malas minum susu. hahahaha no komen :D

Baby's gender? eh2 nak tau ke? nak ke? nak ke? ok lah aku gtau. yer nak gtau la ni..............






















































































RAHSIA!!!! wahahahahahaha.

Ala tunggu bulan 3 nanti lah. kasi can la kami nak buat surprise skettt. kami husband n wife dah promise to keep it as a secret dulu. kalo tercakap tu naseb lah hahahaha :D




P/s: Sorry kerna terpaksa menghampakan kalian. nanti2 pown korang dah boleh agak sendiri punya. ramai ahli nujum kat sini ni! hohohoho :P

So Tata.

Items from Baby KIKO

Some of the items grabbed at Baby KIKO warehouse clearance semalam

Jangan ditanya mana datang 2 orang anak segera ni. kalo tengok gambar dorang, kaki dorang, baju dorang, tangan dorang, rumah bersepah, buat tak nampak jer. deal?

Banyak jugak lah barang yang kami borong semalam. most of them are toiletries macam dekat atas ni. some of them dapat as free gifts jer.

Mesti ada orang kata:

"Kenapa beli banyak sangat benda2 ni. nanti orang bagi hadiah berlambak"

Kalo orang bagi........ kalo tak??? <--- sila jawab.

Lagipown tak mahal mana. macam baby bath tu, aku beli 3 botol, 3 jenis. kalo lah anak aku nanti allergic ke, tak boleh pakai ke, aku bagi la dekat anak2 buah aku yang 4 orang tu. sure habes :D


Baju 4 pasang jer. topi 3 tapi gabak2 sume hahaha. ni sume laki aku punya pasal. sume dia suruh beli yang besar. katanya baby cepat besar. tapiiiii masalahnya aku ukur dekat anak buah aku yang umur 2 tahun lebih pown dekat2 nak muat tau? maunya gelebeh baju2 anak aku nanti hahaha. kena beli jugak lah for newborn punya saiz. taknak banyak beli lah sikit kan.

Topi tu murah jer. kalo tak silap 1=RM6 kot.


Stokin2 ni aku rasa tak murah mana kot. sepasang 4 hengget.


This baby sling just cost us RM20. sempat gak aku rembat 1. bila kitorang datang balik dekat tempat tu, clear. habes sume orang ambik. naseb baik sempat. material dia pown ok. tebal. cuma kaler jer lah yang i kurang berkenan :D


Haaaa yang ni memang aku tau tak patut beli dulu. ala 10 hengget jer pown :P. kalo ikut hubby dia suruh ambik lagi. aku jer yang kuat semangat tahan napsu hohohoho. takpe boleh simpan. nanti2 baby pakai yer :D



Mainan kecik2 tu pown murah jer. snail tu kalo tak silap 5hengget, yang lagi 1 tu, 3 hengget.

Eh2 mana ada banyak. mana adaaaaaa :D. kalo korang yang pegi entah berjela2 lagi listnya :D

Esok kita pegi Pureen punya sale pulak yer.

So Tata.