Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, December 29, 2011

Kembara Char Kuew Teow

Aku memang SUKA giler makan char kuew teow!

Semuanya bermula bila aku belajar dekat UUM, Sintok, Kedah. dulu2 apa benda char kuew teow pown aku tak tau. dengar pown tak pernah. yer lah aku ni orang Ganu. Ganu mana ada char kuew teow ni beb. pastu bila masuk matrik pulak, dekat Gambang, Pahang. lagi la tak nampak kelibat char kuew teow pown. mungkin lah kat Pahang ada tapi aku tak pernah tau pown kewujudan makanan ni.

So bila dah sambung belajar ke Kedah nun, mula lah aku diperkenalkan dengan char kuew teow ni. mula2 aku pelik jugak. apa benda lah char char ni. try la makan coz kawan2 kata bestttttt.

Bila makan, wahhhhh memang best pown! huh terus jadi 1 of my peberet food lah. mana2 pergi pown kalo boleh nak makan char kuew teow jer. menu lain tolak tepi dulu kalo jumpa char kuew teow nih..

Tapi biasa la, banyak kedai, banyak tempat yang jual, macam2 perisa lah yang aku jumpa.

Ada yang best giler!
Ada yang ala2 jer..
Ada yang hampes tak rasa apa!

Tapi.. aku tak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba hehehe.

Bila dah abes blaja pulak, keje dekat Selangor. ni 1 lagi tempat syurga makanan. ko nak makanan apa. ko nak makanan melayu? makanan india? makanan cina? makanan indon? makanan jawa? makanan barat? makanan thailand? cakap jer.. sume ada!

Lagi lah senang keje aku untuk memboyotkan badan hahaha.

Tapi walaupown dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dari pelbagai bangsa, pilihan pertama tetap jugak char kuew teow herherher. n bila dah terbunting ni, lagi lah menjadi2 selera nak menelan char kuew teow.

Masa awal2 preggy dulu, aku tersangatlahhhh suka tengok cite Warung Kita. aku ni memang dah dari dulu, kalo tengok orang makan, aku pown naaakkk makan jugak. dalam keadaan memboyot, lagi lah menjadi2 perasaan naakkk tu.

Yang crew Warung Kita ni pulak, suke bebeno tunjuk episod yang dorang pegi makan char kuew teow. meleleh2 air liur wa cakap lu tiap2 kali tengok. apa lagi, misi pencarian pown bermulalah.

Balik dari keje, singgah ke Alam Megah, area rumah in-law. situ biasanya char kuew teow dia mantap (tekak aku rasalah). tapi nak dijadikan cerita that time aku beli tak rasa hape. tawar. tak sedap!

Stress... merana hohohoho.

Call hubby yang tengah keje, suruh dia tanya kawan2 dia mana nak cari char kuew teow sedap. nada merayu masa tu rasa macam nak mintak pelempang jer! hahahaha.

Hubby yang tidak sanggup menghampakan harapan bini dia yang tengah mengidam ni tanyalah pada kawan2 dia mana tempat char kuew teow terbaekkk. dapatlah suggestion 2,3 tempat.

So esok lusanya bermulalah penjelajahan kami mencari char kuew teow idaman tekak. pergi 1st place, tak jumpa. pusing 2,3 kali tak ada pown kedai! huhuhu sedih!

Hubby kata ada lagi 1 tempat tapi jauh sikit sampai ke Meru.

A: *sambil buat muka mintak pelempang* Jauh sangat la pulak......
H: Takpe kawan abang kata dia tutup lambat. kita cuba jer pegi, kalo tutup, kita pegi lain kali ye? <-- masa tu dah almost 10pm kot
A: Ok.... *sekali lagi muka macam tempoyak basi*

Bergeraklah kami from Shah Alam to Meru. nasib baik jalan tu kami agak familiar sebab tu jalan yang sama kami guna kalo nak pegi mungurut aku dulu.

Nak jumpa kedai tu pown 1 hal jugak. bercintalah kami duk usha sume kedai kat situ. last2 hubby call kawan dia tanya betul2 which kedai yang dia bagitau tu. memang susahlah nak jumpa sebab kawan dia kata kedai tu takde signboard pown! bolehhh???

Pusing punya pusing.. akhirnya jumpalah kami. mulanya risau tersalah. tapi tengok dari description yang kawan hubby bagi macam betul dah. pastu nampak tukang masak tengah ketang ketung memasak kat depan tu (dapur dia kat depan kedai jer). ok sah kedai yang betul.

Terus order, char kuew teow special please! semestinya udang mau lebih hohohoho.

Order sampai, makan. ok sedappp! makan dengan gelojoh sampai kulit udang sume aku telan hahahaha. dah habes, bersandar. puas hati. rasa nak lagi. tapi perut dah penuh. hubby tanya nak bungkus ke tak. aku dengan tamaknya kata nak.

Then balik dengan senang hati. perut happy hahahaha!


**********

And that was about 3-4 months ago. maknanya dah lebih kurang 3-4 bulan lepas tu aku tak pernah sebut lagi dah pasal char kuew teow. gitu rupanya penangan orang mengidam yer? herherher.

Tapi tetiba semalam datang balik rasa mengada2 tu. terpaksalah hubby yang sangat penat baru pulang dari keje melayan karenah bininya herherher.


Semestinya char kuew teow special untuk saya herherher.

Perut kenyang suka hati lalalalala.



*Dialog yang berlaku sebelum sampai ke tempat yang dituju*

A: Awak u-turn jer kat sini. cepat sikit sampai. depan sana jauh sangat
H: Sini tak boleh u-turn ni *tapi stereng tengah pusing u-turn dah*
A: Takpelah cepat sikit sampai
H: Ni kalau ada polis habes la ni. malam tak apa lagi lah
A: Ala takpe.. kereta tak ada tu
H: Takpe lah, berani mati berani buatlah
A: Ehhhhh salah lah!!! berani buat berani tanggunglah........ kalo tak pown sebut jer berani mati
H: Ooooooo

P/s: Aku rasa nak buat kamus untuk setiap perumpamaan baru yang keluar dari mulut dia lah hahahaha.

So Tata.

3 comments:

luvira said...

char keow tiow???
same lagi!!!!

ira pon mengidam char keow tiow awal2 mengandung...pastuh, stop...pastuh ari selasa lepas terasa nak makan lagi....


p/s : kite nih memang same taste kot...hahaha...


nak sharing...char keow tiow yeop kat gombak...sedap!!!

Liyana said...

same la! hantu char kuetiow kot. kt pasar malam area umah mmg ade char kuetiow yg sodap, tp kan lepas makan mesti rase haus giler2! agknye die letak ajinomoto sebotol kot... huu

kt mana nk cari char kuetiow yg sedap tp xde ajinomoto?? hehe

fiza said...

Dear Sarah...

Tumpang lalu yer...i selalu bc blog awak..silent reader (^___^)

just nk share...4 me ada satu lg char kuetiew best kat area Shah Alam ni...Restoran Bob Corner Seksyen 18...Perghhhh...memang mantop la...senang2 cuba laa (*___*)