- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
- Deria rasa bayi masih tidak terbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
- Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Menakjubkan eh?
So Tata.
3 comments:
ira penah baca sebelom nih...huhuhu, pastuh siap cite kat hubby lagi...
yang lagi best, siap g tgk kepala lutut cousin ira yg baru 3 bulan, betul ke dia tak de kepala lutut...hahaha, ye la kot, sebab lembik je...
bab boleh menyelam tu memang mengkagumkan..:)
kene download music classical plak pasni. hehehehe
Post a Comment