Sakit ni dah berlarutan seminggu. before aku balik kampung hari tu lagi.
Aku ingat lagi masa hari jumaat tu aku makan nasik lemak Petronas. saje nak test. sekali suap macam nak berapi mulut ni. pedas masyaAllah! tapi aku continue jugak makan. nak buang membazir plak. aku ni pulak memang jenis hantu pedas hohoho. tapi nak perabih 1 bungkus tu masyaAllah azabnya... sambil makan sambil tahan pedas. makin lama makin pedih dada, makin berapi. mula tu ingat biasa jer. last2 sampai ke petang tak ok jugak. makan apa2 jer sume rasa pedihhhhh jer dada ni. padahal aku dah elakkan semua makanan yang bercili. n sampai lah ke sudah tak ok2 jugak...
Then semalam nak gerak balik dari office, call hubby and tell him sakit macam makin teruk, tak hilang2. he ask me to go to doctor straight away from office coz dia kena keja pukul 7pm, memang tak sempat la dia nak teman. so then aku pegi klinik yang biasa, Klinik Noor Hajar S27. but this time bukan Dr Ashikin yang bertugas. but its okay jer lah, dah sakit sangat.
Bila sampai turn, masuk bilik doc. pastu buleh aku renung muka doc tu lama2? nak tau kenapa?? sebab..... muka dia sebijik sebijut macam Dr Ashikin! saling tak tumpah.
A: Eh macam Dr Ashikin lah!
D: (Sambil senyum) Saling tak tumpah yer?
A: Tu lah saya ingat Dr Ashikin tadi
D: Muka jer yang sama..
Aku rasa doc ni dah terbiasa sangat dah orang tegur macam tu hohohoho. mati2 aku ingat Dr Ashikin lah. tapi teringat balik dulu Dr Ashikin pernah cakap kalo yang muka macam dia tu, tu kakak (or adik dia. aku dah lupa). ohohoho adik beradik.. tapi bukan muka jer yang sama. cara bercakap, suara, badan.. eh sume lah! saling tak tumpah. macam magik lah hahahaha.
Eh aku ni nak cerita pasal doc pulak ke? kena tukar tajuk entry ni herherher.
Ok so sembang2 borak2 lah dengan Dr Atiliana ni. i told her all my problems bla bla bla. sakit dada 1 hal, yang baby asyik mengeras dalam perut pown 1 hal.. dari lunch sampai ke petang, rasa tegang jer perut ni. sampai senak2 lah.. so cite lah sume dekat doc..
Doc tekan2 perut n dia kata baby besar. kalo tengok keadaan perut (dia cek sambil tekan2), katanya macam dah 30 weeks. padahal baru jer approaching my 28 weeks. eh first time lah orang cakap baby aku besar! before ni sume cakap kecik jer. takkan cepat beno baby beso dalam masa 4 minggu ni hohoho. but that one traditional way lah. just anggaran.
Yang paling best, boleh skodeng baby! hehehehe.
Pastu saje2 jer lah gedik dengan doctor suh skodeng anu dia agagaga. aku bagitau lah result last scan macam mana. Dr Ashikin cakap dah 90% confident its a _________ :D. tapi saje jer lah kan. Dr Atiliana pown skodeng lah jugak n nampak samar2 coz kaki baby bersilang. dia kata insyaAllah betul lah tu apa Dr Ashikin cakap. ok lega :P. takpe nanti next checkup dekat KK, boleh skodeng lagi!
Ok so actually apa masalah yang aku hadapi adalah:
- Sakit dada a.k.a pedih dada tu memang berpunca dari makanan pedas yang aku makan tu. sebabnya baby dah semakin membesar, ruang perut dah makin sempit. asid plak makin banyak terhasil. perut dah memang luka pulak.. dats y lah pedih dada tu susah nak hilang. plus gastrik pulak. haiyoooo
- Baby keras - she dont think that dah ada contraction (takot aku. yer lah dah nak masuk 28 weeks @ 7 months ni, maunya tak cuak?). dia kata baby bukan keras kejap2 come and go. kepala baby memang kat bawah tapi still boleh nampak kepala dia in full. kalo dah nak bersalin
omaigodkepala baby biasanya akan nampak separuh jer sebab dia dah turun.
Alhamdulillah nothing's serious. maunya eden tak riso?
So dapat lah 3 jenis ubat ni..
Untuk gastrik
Kurangkan asid dalam perut. sakit gastrik, kepedihan dada, ketidakhadaman - i'm having all these problems
Stomach pain
Nak baik. nak sihat kan? no more skip2 makan ubat yer? seksa tauuu huhuhu.
So Tata.
2 comments:
take care ti :-D
mOre rest.....wah teruja....ngn klinik nOOr hajar... ^_________^
Post a Comment