Thursday, December 29, 2011

Nombor Ekor --- Nombor Kereta Aku??

Semalam balik dari keje, sorang guard ni tegur. jiran office kami lah. kebetulan aku park kereta betul2 sebelah office dia.

G: Hari ni i beli nombor kereta u
A: Nombor kereta i??
G: Yer lah.. itu i beli nombor u tadi (sambil tunjuk kedai nombor ekor)
A: Oh yeke?? u beli nombor kereta i?
G: Yer lorrr. tadi i beli
A: Hahaha. esok kalo menang u bagitau i tau
G: Haaa esok kalo menang i kasi belanja u makan!
A: Hahahaha ok!

Sekali betul2 ong nombor kereta aku macam mana? hahahaha.

Sampai rumah cerita dekat hubby. tergelak besar dia. tapi dia kata nombor cantik susah nak menang. 8585 cantik kewww?? hahaha. katanya staff number dia selalu dapat 1st prize. tapi kenapa dia tak pernah beli kan? hahaha bongok punya soalan. eh2 nak tau ke nombornya? PM please harharhar.

Cakap pasal nombor ekor ni kan.. tiap2 kali hari Rabu mesti benganggg jer aku. tau kenapa? sebabnya kereta akan berpusu2 parking dekat tepi jalan sampaikan kita nak keluar simpang pown susah sebab tak nampak kereta yang lalu lalang. silap2 boleh accident tau tak!

Yang lagi buat aku menyampah adalah pembeli2 nombor ekor ni majoritinya adalah Melayu dan aku pasti mereka adalah Muslim. tak rasa malu langsung. sebab tu lah orang Melayu ni tak maju2 <-- sorry to say lah yer.

P/s: Persoalannya sekarang... kalo betul lah apek tu menang kan, boleh ke aku makan makanan yang dia belanja tu?? sumber sah2 la dah haram! hohoho.

So Tata.

2 comments:

aTy _faRed~ said...

heheh..betul ar tu..sah2 ar haram..shubhah namemnyer tu..:) dolu2 ade drebar lori melayu kat tempat kerje lame suke sangat main nombor ekor ni..memang sekali dapat 20k lebih rasenyer..terus buat kawen.. hurrmm...tak reti ar nak cakap ape kalau dah sendiri tak paham hukum halal haram..buat kawen pulak tu..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hahaha~ lempang je apek tu kalau dia nak belanja jgk.