Friday, December 16, 2011

Beruntungnya Perempuan Yang Mempunyai Rahim

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...
  1. Dia bekerja dengan Tuhan.. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
  2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
  3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
  4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
  5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
  6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

Wallahualam :)

P/s: Malam ni nak gerak balik kampung. nak kena standby barang baby tak? kena ke? mana lah tau kan...

So Tata.

6 comments:

laskar pelangi said...

ALHAMDULILLAH bersyukur:)

n0rraslida alias said...

allah.....tarik nafas pnjng sy..... tQ sbb sudi share! baru thu....++ info...bwklh bju bby...standby..:) save journey yew.... :)

aTy _faRed~ said...

suker semua...:) ni semangat nak beranak ramai ni...:)
hati2 yer..nak jalan jauh tu...

choclairissa @ intan said...

wah bagus entry ni..sbb tu Allah jadikan perempuan byk bende kene jaga..aurat n jd isteri mithali sbb byk ganjaran kite dapat :)

Reen Tart Nenas said...

Wish my time will come soon

ciksuen said...

ya Allah, beruntung sungguh kite sebagai wanita ni..alhamdulillah :)